About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, January 8, 2011

EPISOD 12 : Memori semalam.. Taubat Nasuha seorang insan.





Tercegat Ayu di ruang pintu mengingati siapakah gerangan yang memberi salam itu. Diiringi dengan beberapa orang yang keliatan segak berpakaian kemas, masing-masing mengenakan kemeja dan seluar slack, yang wanita mengenakan baju kurung dan kebaya. Masing-masing kelihatan manis diiringi senyum yang sungguh ceria. Hati semakin muskil dan tertanya-tanya.




"Ya, jemput la naik. Sedara ayah ke mama? Mama dengan ayah tak balik lagi, keluar tadi.. Kejap lagi mereka balik la tu..Hehehehe.."

Senyum ku tersipu-sipu dengan pakaian yang agak comot. Al maklumlah baru dari dapur tadi tak sempat mandi baru berehat sementara menghilangkan letih.

"Jemput naik ya.."


"Oh ya ke.. kami datang ada hajat besar nie.. "Kata salah seorang pakcik yang kelihatan berseloroh.


"Ya.. Tapi, memang ayah dan mama kamu tak tahu tenatng perkara nie.." seorang mak cik yang memperkenalkan diri sebagai mak lang menambah.


"Oh,.. kalau macam tu biar saya call mama."

Sambil bersalaman dengan para tetamu yang datang ayu mendail nombor mamanya.


Assalammualaikum.. mama, ada tetamu datang. mama katne nie?"
Mama on te day balik sayang. Tolong buat air ye ayu..

Okay...
Setelah air dihidangkan kepada para tetamu, puteri meminta izin untuk ke masuk ke dalam.

"Mak cik pak cik jemputla minum. Ayu masuk dulu ya," sambil tersenyum sipu ayu meminta diri.

"Silakan sayang. kami minum dulu ya." jawab salah seorang mak cik yang vougue.
"heheheee.." ayu tersenyum memandang semua tetamu lantas mengatur langkah perlahan untuk memanjakan dirinya.

Dalam hati puteri berkata-kata.. Ape lah hajat yang mereka maksudkan nie.. Adaka???... Oh.. tidak... " bisik hati Ayu. Dia seolah-olah mengerti dan cuba mengagak niat mereka datang hari itu. Tapi... ah, biarlah ia berlaku. Walau apapun yang terjadi.. Yang penting nak mandi.. hehehehe.. senyum ayu sendiri.

"Opps,,..perlu cover. nanti mereka kata aku gila pula.. hehehehe.. " lantas ayu menutup pintu bilik air.

Selesai bersiram ayu masuk ke bilik untuk bersalin pakaian dan mengenakan sepasang kurung pahang fabrik cotton berlatar belakangkan puti dan berbunga pink.

"Erm, sementara tunggu mama jap lagi ayu nak tulis diary la!..hehehehe.." getus hatinya sambil tersenyum manis. Sebelum itu ayu mengenakan johnson baby powder dan lip ice sahaja supaya tidak nampak pucat. Rambutnya yang tela dikeringkan ditutupi ole sehelai selendang gipsi warna pink. Dan, ini masa unutk ayu meluahkan segala yang terpendam..

Lama pena tidak ditarikan ke dalam Diary setebal 10cm itu sejak Ayu berkecimpung dalam kerjayanya. Dan hari ini Ayu berkesempatan untuk mencatatkan segala rasa hatinya.

“Berat rasanya untuk aku luahkan. Namun, jika ku simpan pasti menjadi toksid yang akan membawa kesakitan dan kemudaratan di kemudian hari. Jadi, aku berhasrat untuk menyimpankannya di dalam diary kehidupanku agar ia menjadi pedoman dan pengajaran buatku.. InsyaALLAH, segala yang baik datang dari ALLAH, dan sebaliknya yang lemah dan daif itu datangnya dari kelemahanku sendiri. Aku sedar dalam menempuhi ranjau kehidupan sememangnya setiap manusia yang disifatkan pelbagai akan menemui segala macam dugaan, ujian dan godaan. Hanya iman yang kuat sahaja mampu menepis segala ranjau yang mendatang. Ini kerana menurut lumrah alam, manusia seringkali tidak terlepas dari salah dan silap samada besar mahupun kecil. Juga sebagai seorang manusia, Ayu tidak pernah menyesal diatas segala apa yang berlaku di masa yang lepas. Bagi Ayu masa lalu adalah satu pengalaman yang mendidik Ayu menjadi hari ini. Masa lalu adalah satu pengajaran yang mendewasakan. Ayu belajar erti kehidupan, erti kepayahan dan penyesalan yang ada sekelumit rasa di hati. Tipulah kalau Ayu katakan bahawa Ayu langsung tidak pernah menangisi masa silam dan menyesali kesilapan lama. Tapi, Ayu tidak akan sekali-kali tertewas dengan kekecewaan dan penyesalan. Sebaliknya Ayu akan bangun dari lena, dan sentiasa berwaspada agar segala yang pahit dan negatif tidak akan berulang.


Entahlah.. Jika difikirkan berat memang terasa berat hati nak melupakan segala kisah silam. Tapi, Ayu telah lama buku baru yang mana membersihkan Ayu dari segala silap dan kealpaan. Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang dan damai. Jadi berbekalkan iman di dada Ayu memulakan kehidupan dengan penuh keimanan, InsyaALLAH.. Pada Ayu kalimah taubat nahusa merupakan satu penawar dari segala dosa dan kesilapan lalu. InsyaALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan Maha Mengasihani. Setiap manusia tentunya tidak lepas akan dosa dan silap semalam. Apa yang pasti jangan diulagi dan mohon keampunan ALLAH..


Apa pun, kehidupan merupakan satu perjalanan dan pengembaraan yang singgah ke destinasi dunia yang mana kita selaku pengembara perlulah mempersiapkan diri dengan segala bekal dan ilmu duniawi mahupun ukhruwi. InsyaALLAH, dalam kesederhanaan kita mengendalikan pengembaraan berdasarkan bekalan yang lengkap dan sempurna segalanya akan dilalui dengan tenang dan lancar. Semoga perjalan menanti di masa hadapan akan terang bersuluhkan iman.. InsyaALLAH.. semoga destinasi yang akan menanti di alam yang kekal membawa bunga keindahan dan kebahagiaan.. amin…”

"Ayu..." mama memanggil namaku.

Kelihatan mama yang baru balik dari pekan membawa buah-buahan dan lauk untuk dimasak buat hidangan para tetamu. Namun, mama tak mengkhabarkan niat kehadiran mereka.

Seperti biasa lah, tugas ayu adalah memasak.
Dan, pena diletakkan dan ayu segera mengayun langkah untuk ke dapur.........

BERSAMBUNG..

7 comments:

  1. nice story, tp niesz x follo cite ni dr episode 1..ermm..pndai nye mengarang..hehe..

    ReplyDelete
  2. wah buat novel ke? nnt published la bila dh siap.

    Jom join ga opismate

    http://akmafaizal.blogspot.com/2011/01/opismate-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. terima kasih follow anna ....
    anna follow blk . hehe .. :))

    ReplyDelete
  4. niesz : tq dear!!!.. but dun worry nti pu3 publish all in one entry kalau da siap :)))))))

    ReplyDelete
  5. @Akmafaizal : insyaALLAH, mesti akan publish all the episode kalau da siap :)))) baca tau! :)))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails