Sunday, April 7, 2013

Keinsafan; air mata sesalan. Moga sama-sama kita mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat…


 Ya ALLAH, dosaku menggunung tinggi
Sudikah kau ampuni..
Sesungguhnya taubat nasuha seorang hamba memulakan helaian baru dalam diary kehidupan yang penuh duri..

Termenung sejenak;
.....:::::::......
::::......::::

Tika ini…
Sesuci embun membersihkan sekeping hati,
Sejernih air hujan membasuh dosa silam
Air mata sudah kering memandikan duka
Munajat membaluti taubat nasuha..
Istiqamah menjadi benteng hati
Agar tetap teguh hingga mati
Biar jutaan manusia mengeji
Biar seluruh dunia mengasingi..
Lontarkan semua hasutan syaitan
Buang semua kepedihan
Campakkan segala kedukaan
Nyahkan bisikan nafsu
Melihat dengan mata nafsu melulu!
Menyaksikan kegembiraan syaitan laknatullah
Yang sentiasa menyesatkan ummah
Yang akan memesongkan hati yang lurus
Tulus namun gelisah tak berpendirian..

Masih panjangkah usiamu?
Sedarkah kamu wahai manusia?

Andai mata hati ditutupi nafsu durjana
Andai akal telah dimusuhi kebenaran
Seandainya mata ditutupi tipu muslihat
Dikaburi wang dan pelbagai nikmat sementara
Hancurlah iman
Berderailah pendirian..
Andai maksiat sudah membaluti sekeping hati
Hilanglah keredhaan, namun mengundang kemurkaan!
Allahuakbar!!

Masih segar diingatan
Bila nafsu merajai sekeping hati yang masih bergolak
Mengenali dunia remaja
Berbolak balik antara keimanan dan kejahilan
Akhirnya nafsu menguasai… menyesatkan sekeping hati ke lembah hina
Walaupun baru tersasar dari landasan keimanan
Biarpun dunia masih belum hitam
Walau harga diri masih menjadi pegangan
Walau mahkota dipertahankan..
Namun…. Kerosakan iman memusnahkan segenap kehidupan
Astagfirullah al adzim

Insaflah wahai insan
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNYA
Mungkin semalam kita jahil
Barangkali semalam kita kurang muhasabah
Mungkin kelmarin kita terlena oleh dodoian syaitan!
Yang membutakan mata hati
Syukur! Kita masih terselamat
Biar apa jua kata manusia..
Walau apa pun pandangan dunia
Tetapkan hati! Bulatkan qalbumu!
Jangan biarkan syaitan menguasai!
Jangan biarkan kita dibutakan oleh nafsu!
Kita Nyahkan!
Kita Hapuskan!
Kita lihat dengan mata hati!
Bukan mata kasar yang menipu!
Siapa sedar? Mata kasar telah menipu ramai lelaki di luar sana?
Mata kasar telah menipu jutaan manusia.
Mata akal tidak semestinya tepat,
Logik bukan bererti benar!
Ada kalanya mata akal sekadar melindungi sesuatu yang salah!
Bangunlah sahabat!
Sedarlah saudaraku!
Kita masih belum terlambat!
Insaflah..
Kembalilah kita kepada fitrah; bersih dan suci
Kembalilah ke pangkal jalan.
Moga sama-sama kita mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat…
InsyaAllah, amin

Salam renungan dari;
insan kerdil mencari magfirah dan hidayah ALLAH..




Sekadar sebuah tulisan dari penulis seusai seminar.... renungan buat adik-adik. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang terlah meninggal dunia... Ia rekaan semata-mata.... Moga melihat dengan mata hati.... 



No comments:

Post a Comment