Sunday, January 16, 2011
EPISODE 13 : NOTA C.I.N.T.A ~ TAUBAT NASUHA ATAS DOSA SEMALAM
Tiba-tiba idea datang.. Back from work!..
(Many Years agoo.. Flashback)
Cinta..
Tak semestinya beerti memiliki..
Cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan
Cinta tidak semestinya berakhir dengan hidup bersama
Sebaliknya cinta adalah satu pengorbanan
Mencintai seikhlas hati sama seperti kita merestui
Dan mendoakan segalanya yang terbaik
Kerana kebahagiaan orang yang kita cintai adalah rasa cinta yang suci dan abadi..
Cinta datang dan pergi tanpa diundang
Datangnya dari hati
Cinta itu anugerah..
Datangnya memberikan sumber inspirasi
Semoga buat insan yang mencari cinta..
Allah pertemukan dengan cinta yang abadi…
Kekal sehingga ke akhir hayat..
Cinta sampai Mati..
Amin,..
"tak guna kau kenangkan ayu..
Tak perlu nak menangis ya..
Ingat, kumbang bukan seekor.." masih segar diingatan ketika iza cba menenangkan aku.
Ayu masih teresak-esak menahan sebak.
"Aku cukup tak sangka abang zul sanggup memilih sue dari ayu. Apa kurangnya ayu? Selama ini, ayu harapkan abang zul jer.." sambil teresak-esak menangis ayu menyapu air matanya dengan sehelai tisu.
"Tak ape lah ayu macam ini je lah. Ayu anggap jer Allah nak menguji kesabaran dan nak menganugerahkan lelaki yang lebih baik dalam kehidupan ayu.. InsyaALLAH, iza yakin!.. "iza cuba memujuk lembut.
"Lagipun, abang kan sakit..."ada sebak dihujung suara Iza.
"Iza, hidup dan mati abang kalau boleh Ayu nak jaga..." Ayu tidak dapat menahan rasa hiba di hati yang dipancarkan melalui raut wajahnya yang suram dan, air mata turn dengan lajunya lagi.
"Tapi, ayu bukan ke kat situ kita dah nampak kejujuran dan hati budi abang. Dia lebih cintakan Sue." balas Iza lembut.
"Iza, iza baca tak mesej abang haritu?"tanya ayu dengan tabahnya.
"Ya, Iza baca. Memang mak abang Zul suka dengan ayu. Dapat terima ayu sebaiknya. Kalau tak memang dia nak ay jadi menantu dia. Tapi, cinta abang Zul lebih kuat pada Sue. Tapi, dia dah buat istikharah kan?" soal Iza penuh tanda tanya.
"Dah.. dia buat keputusan tu setelah solat istikharah dengan ayu sekali pun dah buat. Tapi, silap ayu cakap tak nampak apa-apa. Rasa tak ada jodoh antara kami. Tak apelah... dari ayu menderita kemudian hari, baik hari nie.. sekurang-kurangnya ayu rasa lega." Ayu cuba mententeramkan diri.
Ayu sedar mungkin keterlanjuran ayu membuai cinta bersama bekas kekasih hatinya merupakan dosa yang menjadi penghalang dalam mencapai kebahagiaan hidup.. Tapi, ayu masih sedar dan berada di landasan yang betul. Ayu masih suci dari sudut yang sebenarnya walaupun sikapnya yang dulu sangat menjaga perhubungan lelaki dan wanita telah tergugat sedikit demi sedikit.
Masih segar di ingatan betapa intimnya ayu dan kekasihnya Zack dua tahun yang lepas. Berpegang tangan sudah menjadi kebiasaan, berkucupan dan berpelukan menjadi tanda kasihnya cinta antara pasangan kekasih ini.. Ayu yang dulunya pemalu, sopan dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita kini, berfikiran terbuka sejak mengenali Zack. Tanpa segan silu di khalayak ramai. Seolah-olah dipukau, ternyata Ayu selesa menjalin cinta dengan buah hatinya Zack selama dua bulan lamanya. Sejak ayu tersedar dari sikap Zack yang asyik mengharapkan Ayu, akhirnya aku tersedar dari dunia yang bertemankan syaitan. Cinta duniawi yang ternyata menyesatkan. Zack disyaki oleh polis sebagai seorang pengedar dadah yang dicari oleh pihak berkuasa.
Ya, 2 tahun ini cukup memberi kesan yang mendalam dalam usaha tabat nasuha Ayu sebagai mansia yang tidak lepas dari dosa dan silap. Nauzubillah min zalik, Ayu kembali ke pangkal jalan kini..
"Ayu... kenapa nie? Ayu ok ke? " ttanya iza melihatkan ayu mengelamun sendiri.
"Alhamdulillah akak. Ayu kini tenang. Tak perlu lah nak kenangkan lagi abang Zul. Ayu sifatkan ia seperti cinta Zack. Walaupun Zack dan abang zul adalah 2 insan yang berbeza, tapi mereka tetap insan yang datang memberi kesedaran kepada ayu tentang cinta. Zack memberi kesedaran tentang cints itu ada yang negative dan perlu berjaga-jaga dan Abang Zul datang membawa keinsafan pada ayu tentang betapa sucinya cinta. Dan, ayu rasa lebih matang dan tenang kini. Biarlah ay pulihkan semangat, taubat dan bermunajat kepadaNYA. Semoga suuatu hari, ayu dikurniakan pembimbing yang dapat menerima baik dan burk ayu sebaiknya. Dan, ayu redha jer terima siapa yang datang ke rumah.".. sedu muulai berhenti.
Seperti jua air hujan yang mulai berhenti dan sinar mentari yang mulai menyinari bumi akibat mendung hitam tadi, maka ayu kelihatan nampak bersemangat.
"Ayu.. nie, mama rasa tetamu kita nie kita hidangkan tomyam, kailan goreng belacan, ayam goreng, udang goreng planta, telur goreng, sambal belacan dan dessert sikit. Ok tak?" sapa mama memeranjatkan ayu. Hampir terpotong jarinya.
"Mama nie.. astaghfirllah al azim.. terkejuut ayu..hehehehe" ayu tersedar dari lamunan yang panjang.
"Ya ALLAH, cik ayu dok berangan ape nie??.. eh, apesal nangis nie sayang? Dah comel-comel berbaju kurung nangis pulak.. "pujuk mama.
"Mane ade.. hehehehe.. tadi potong bawang", ayu memberikan alasan.
Maka operasi masak memasak oleh ayu dimulakan sejurus selepas itu..
Mr.Swift : tQ So Much ya! :) Selamat Berhujung minggu juga! :))) Happy Blogging. nti pu3 follow awak pulak ye.. =)
ReplyDelete