Friday, January 21, 2011
EPISOD 14 - MEREKA DATANG MEMBAWA HAJAT YANG BAIK!
Dalam hati ayu menangis hiba
Diamnya tanda pasrah
Diamnya tanda kesal dalam redha
Orang lain tidak tahu
Bukan ayu tak ingin dicintai
Bukan ayu tidak ingin menjalani kehidupan normal seperti rakan-rakannya yang lain
Ayu memang berdoa semoga ada hati yang sudi menemani hidupnya
Ada insan yangsudi melamarnya dengan sepenuh hatinya
Bukan kerana harta, rupa mahupun lain-lain
Tapi,
Ayu masih sedar reality kehidupan
Aku tahu siapa dirinya
Ayu pasrah dengan kisah silamnya..
Ayu yang bertudng litup di zaman persekolahannya,
Menjaga batas pergaulan,
Menjadi contoh insan soleha,
Namun.. leka dengan arus dunia..
Ayu sedar semua itu..
Dia menolak bukan kerana membenci lelaki itu
Tetapi, ada kisah pahit yang mengajar ia supaya membataskan pergaulan.. dan menjaga susila,
Menjaga segala adab dan tuntuhan Ilahi,
Jangan berdua-duaan kerana syaitan akan menemani untk menjadi orang ketiga
Yang bisa menyesatkan..
Kerana takutkan syaitan ayu rela menjadi begitu..
Kerana memang dirinya yang sebenar cukup soleha..
Sambil menggoreng sayur kalian ikan masin, ayu mengemas semua peralatan yang telah digunakan semasa memasak. Semua telah tersedia terhidang di atas meja kecuali tomyam dan kalian goreng ikan masin. Tomyam tu dibiarkan supaya panas-panas dihidang dan kalian goreng sedang disediakan oleh ayu. Kelihatan mama berjalan menuju ke dapur.
“sayang, biar mama tolong kakak.” Tiba-tiba ibu menegur dari belakang. Jarak ruang tamu dan dapur bukannya jauh sangat pun sebenarnya, bayangan silam menenggelamkan kemeriahan rumah petang itu.
“Dah siap Mama!” balasku sambil tersenyum. Pipi mama yang mulus dan kelihatan agak berkedut ayu kucup lembut.
“Sayang mama!” jerit ayu seperti anak kecil!..
“Dah penat!.. nak mandi lagi.. hehehehe.. busuk la ayu mama!” sambil tertawa kecil ayu mengambil tuala yang tidak berapa jauh jaraknya.
“Cepat ye ayu. Mereka ada hajat yang nak dibincangkan. Ia tentang ayuu…” suara mama perlahan.
Langkah ayu yang ingin ke bilik mandi terhenti dan memandang ke arah Puan Hayati. Puan Hayati serba salah kerana mama tahu ayu masih kecewa dan terluka dengan adam, zul, dan zack!.. Nama-nama yang ayu pernah ceritakan pada mamanya. Tapi, ayu tidak menampakkan riak berduka. Sebaliknya diam dan lantas bertanya setelah diam beberapa ketika.
“Maksud mama?” ayu meminta penjelasan seolah-olah tidak faham dengan situasi yang bakal dihadapinya.
“Mereka datang nak merisik ayu. Mereka balik dari kenduri rumah Pak Long Samad. Ingat tak Adam Irfan yang belajar ke luar negeri dulu. Ala, kecik-kecik dulu mereka ada datang sini. Kalau raya mesti singgah beraya rumah kita. Ingat tak? Tu la bakal tunang ayu kalau ayu setuju.” Mama menjelaskan dengan terperinci apa niat mereka datang. Terungkailah semua tanda Tanya sebelum ini. Ayu diam.. Memandang keluar..
“Tak apalah, ayu pergi mandi dulu lah. Nanti diaorang nak tengok ayu, pergi la bersiap. Pakai baju kurung ya?” pesan mama.
“Okay..” jawab ayu pasrah.
Langkah diatur ke bilik mandi. Ayu menarik nafas perlahan dan dihembuskan semula.. Tenang, hatinya tenang seperti mana pemandangan hijau di kampung. Kalau di KL susah nak dapat keindahan dan kehijauan yang memukau pandangan ini… Nyaman sekali. Hatinya cukup berdebar.. Seingat ayu, ini kali pertama ada rombongan yang datang berziarah sambil merisik. Sebelum ini bukan tak ada yang datang merisik melalui emak, tapi selalunya mereka datang wakil seorang bertanyakan emak. Malu ditolak barangkali. Ayu mulai membasahkan dirinya dengan curahan air yang sejuk dan nyaman itu..
“Maghrib juga hampir menjelang. Bermakna mereka akan solat di rumah la.. erm.. “ bisik hati ayu.
Selesai mandi, ayu segera mengenakan baju kurung cotton kehijauan lembut, sesuai dengan ketenangan hatinya. Mungkin kali ini ayu sudah bersedia menerima kedatangan seorang insan dalam hatinya. Ayu cuba mengintai ruang tamu melalui cermin kecil biliknya. Melihat dan mungkin mendengar apa yang mereka sedang bincangkan. Tapi, jarak yang agak jauh membataskan alunan suara mereka. Tapi, apapun nampaknya mereka sudah siap makan dan menunggu maghrib tiba. Lantas ayu segera menyusun dan mencari telekung yang tersimpan kemas di dalam almari buat tetamu. Kelihatan mama berjalan menuj ke bilik.
“Ayu, diaorang nak solat kat sini. Ayu dah siapkan telekung dengan sejadah sayang?” soal mama.
“Dah siap semua mama. Baik ayu solat dulu ya.. Dah azan tu” dengan air wuduq yang masih belum batal, ayu selesaikan kewajipannya menghadap Yang Maha Esa. Selesai solat maghrib, ayu menadah tangan dan berdoa dan merayu padaNYA. Ayu memohon dengan suara yang cukup perlahan supaya tidak didengari sesiapa. Suaranya seolah-olah berbisik meminta kasih dan keberkatanNYA.
“Ya Allah ya Tuhanku,
PadaMU aku mengadu, padaMU jualah tempatku bergantung harapan..
KasihMU yang kekal dan abadi, kasihMU jualah yang suci dan murni..
Seandainya telah tercipta dia untukku,
Maka satukanlah hatinya dan hatiku..
Seandainya bukan berilah pertunjuk kepadaku,
Damaikanlah kami agar tiada siapa yang kecewa dan berdendam
Seandainya ia baik untukku,
Pupuklah kasih antara kami supaya dapat sama-sama melayari bahtera kehidupan
Sesungguhnya tiada siapa yang sempurna
Melainkan setiap hambaMU adalah insane yang punyai kelebihan dan kekurangan
Kasihanilah aku Ya ALLAH,
Aku bertaubat padaMU dan memohon magfirahMU Ya ALLAH..
Kurniakanlah kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Dan para sahabat nabi s.a.w.
Amin ya rabbal alamin.
Alhamdulillah..
Selesai berdoa puteri memandang di belakang sudah tersedia auntie-auntie tu berserta telekung yang dipakai untuk solat maghrib. Ya ALLAH, tersipu-sipu ayu menahan malu.. Dia hanya malu setelah tahu niat sebenar mereka datang ke rumahnya hari itu..
“Dah siap ayu? Meh auntie nak pinjam telekung tu..”Tanya salah seorang auntie yang jga turut menegurnya tadi semasa dia menghidangkan teh.
Ayu tersimpul malu seraya menjawab “dah siap auntie,… sila-sila ye.. ayu masuk ke bilik dulu.”
Langkah diatur sebaik yang mungkin. Sesudah sampai ke bilik, ayu melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang empuk.
“Ya Allah,.. betul ke niat mereka baik? Atau.. “ segera ayu menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan perlahan. Hatinya lega kini.. InsyaALLAH, dia cukup kuat mendepani perbincangan nanti dan ayu cuba untuk tidak mengecewakan hati sesiapapun.
Mama mengetuk bilik….
“Dah ayu, pi pakai tudung saayang. Mereka nak berbincang dengan ayu nie.. make up sikit ya ayu nampak pucat sangat ni..” pesan mama.
“Baik mama..” jawab ayu rngkas.
Segera dililitnya selendang gipsi yang paling mudah dan selesa. Dalam hatinya, bukan nak bergambar pun, berbincang sahaja tak perlu nak make up tebal-tebal. Cukuplah dengan lipstick dan eye linear untuk tidak menampakkan mukanya yang pucat itu.
“Mari Ayu” panggil salah seorang auntie yang ada.
“ok auntie.. hehe..” ayu tersenyum manis. Dalam hati siapalah yang tahu.
Ruang tamu dihampiri. Kelihatan beberapa pasang mata lelaki dan perempuan memandang sambil tersenyum ke arah Ayu.. Ayu yang seolah-olah tidak mengetahui apa-apa bersalaman dan melabuhkan punggungnya di sofa yang tersedia untuk semua yang ada malam itu. Ayu kelihatan manis dengan pemilihan warna rona hijau lebut. Secara kebetulan, ayu terpandang salah seorang jejaka yang memakai baju yang sama dengannya.
“Eh, hijau juga.. Tadi tak ada. Kebetulan agaknya!.. “ bisik hati ayu.
“Okay, semua dah ada ye..” auntie yang vogue bertanya meminta kepastian kalau-kalau ada yang masih belum selesai.
“Adam tak ada lagi.. Dia baru siap solat tadi. Lambat sikit ke bilik air agaknya. “ balas uncle yang segak dan tegap itu.
“Tak apalah.. kita berkenalan dulu.” Kata salah seorang uncle yang masih memakai kopiah.
“Ok, antie nie dengan mama kamu dua pupu. Waktu kamu kecil kami adalah datang sini selalu raya lah. Tapi, sejak kami pindah ke Pahang, jarang balik ke sini. Auntie nie panggil jer Auntie Mas.” Jelas auntie yang memang kelihatan menonjol dalam kalangan tetamu yang datang.
Sesi suai kenal berterusan sehingga kelihatan susuk tubuh yang segak datang dari luar. Eh, tiba-tiba muka ayu berubah menjadi terkejut sambil sesekali memandang wajah jejaka yang duduk memakai baju yang sama dengannya. Sejurus kemudian ayu memandang kepada jejaka yang baru sahaja duduk disebelah auncle Samad.
“Ayu, kenapa. Terkejut ke?”Tanya untie Mas.
“Mereka tu kembar. hahahaha.. " tercetus gelak tawa di ruang tamu memeriahkan suasana. Ayu hanya tersipu-sipu malu setiap pergerakannya diperhatikan oleh mereka. Wajah ayu yang hanya berhiaskan lipstik sedikit, eye linear dan bedak sedikit seperti ditambah blusher!.. Blushing dengan kemerah-merahan yang cukup mengasyikkan dua jejaka kembar di depannya. Pada waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya Ayu.
"Tak apalah.. mari kita mulakan sebab sekarang semua dah ada. Setuju ya?" tanya auntie Mas kepada semua yang ada.
Mereka semua menganggukkan muka tanda setuju.
"First of all, auntie Mas wakilkan perbincangan dengan Uncle Samad." auntie mas mengarahkan uncle Samad yang menyampaikan hajat. Iyalah, lelaki lebih baik mengetuai sesuatu kumpulan mahupun perbincangan. Lelaki adalah sebaik-baik pemimpin.
"Assalammualaikum.. keluarga Hashim dan Puan Hayati. tak payah formal sangat lah ye.. " Uncle Samad lebih selesa santai sahaja.
"Waalaikumsalam.. " bisik hati Ayu.
"Sebenarnya kami datang membawa hajat besar untuk merisik Ayu dan bertanyakan sendiri bahawa cik Ayu nie dah ada yang punya ke belum?.. Kami berhasrat nak satukan Ayu dan Adam Irfan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia ada nie.. Lagipun, dah lama Adam Irfan nie mencari calon teman hidupnya, dan dia memang berkenan dengan Ayu waktu Ayu sekolah lagi. Ingat tak Ayu pernah ke klinik sebab jatuh basikal waktu berumur 12 tahun. Adam yang bawa sebab waktu tu Adam ada kat rumah Ayu?.. Adam waktu itu berumur 17. " Jelas Uncle Samad.
Ya Allah, malunya ayu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pipi Ayu merona kemerahan lagi. Menampakkan lagi keayuannya. Dari sepasang mata Adam Irfan, ayu dapat perhatikan ada sinar keikhlasan dan kesungguhan. Pandangan mata Adam yang sungguh tenang itu membuatkan Ayu terpesona dan cukup terpukau. Adam memang cukup menjaga penampilan, dan itu membuatkan Adam kelihatan lebih muda dari usianya yang sebenar. Mata mereka bertembung dan Ayu mendundukkan sedikit pandangan matanya dan segera memandang Uncle Samad.
"Jadi, lebih manis rasanya kita tanyakan sendiri tuan punya badan." Untie Mas memandang ke arahku. Semua mata kini tertumpu memandangku menantikan jawapan yang positif dariku.
"Ya Allah yang Maha Penyayang, berilah petunjuk kepadaku. Aku pasrah.." hati aku berbisik.
"Ok sayang, Ayu dah ada boyfriend ke?" tanya Untie Mas.
Ya Allah terasa mahu menutup muka dengan bantal sofa sahaja Ayu menahan malu kerana seluruh keluarga itu menanti penuh debar jawapan Ayu. Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini dan menjaga air muke kedua belah keluarga lantas ayu menggelengkan kepalanya tanda dirinya masih belum berpunya. Seluruh keluarga yang datang tersenyum sambil mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t yang memudahkan urusan mereka.
"Jadi, Ayu terima hajat kami nak menyatukan Adam Irfan dan Ayu ya? Ini Adam Irfan dan yang sebelahnya kembar dia Adam Haikal. " tanya Uncle Samad meminta kepastian.
Ya Allah, beratnya hati hanya Allah sahaja yang tahu ketika ini. Ayu berharap keputusan itu adalalah yang terbaik buatnya. Dan Ayu menganggukkan kepalanya tanda setuju lalu tertunduk malu. Tidak sanggup rasanya memandang ke arah Adam Irfan yang pastinya sedang memandang ke arah Ayu...
Seluruh kelarga tidak habis-habis mengucapkan syukur tanda gembira dan senyum ceria. Masing-masing berpelukan sesama keluarga tanda kesyukuran. Bukan mereka tidak tahu beberapa kali Ayu dilamar dan menolak atas alasan masih muda dan menyambung pengajian sehingga sudah bekerja pun masih belum bersedia. Kini pada mereka, tuah menghampiri Adam.
Sebentuk cincin disarung ke jari manis Ayu oleh Auntie Mas sebagai tanda dirinya kini sudah berpunya. Kelihatan kedua ibu bapa Adam memandang dari kejauhan dengan air mata keceriaan.. Suasana serba ringkas tanpa persiapan dan perancangan merupakan detik bersejarah dalam hidup Ayu. Segalanya tanpa dirancang berjalan dengan lancar. Ayu juga cukup tabah melalui detik-detik soal jawab tadi.
"Agaknya bila majlis pertunangan nak dilangsungkan ya?" tanya Uncle Samad.
"Kalau majlis pertunangan, biar kita bincang kemudian. Biarkan Ayu dan Adam berkawan dahulu." jawab Puan Hayati.
"Tak apalah, macam ni aje... Kita tetapkan tarikh pertunangan dan dalam masa yang sama Ayu kenal-kenalah dengan Adam boleh. Untuk mencari keserasian dan keselesaan. Setuju?" tanya Auntie Mas.
"Baiklah..Kalau begitu kami menurut sahaja" jawab Puan Hayati.
"Bila tarikh yang sesuai ya agaknya?" tanya Uncle Samad kepada Puan Mas.
Adam seolah-olah-olah berbisik sesuatu ke telinga Uncle Samad dan masing-masing menganggukkan kepala. Pak Samad seraya menetapkan tarikh pertunangan jatuh pada hari kelahiran Ayu.. Hairan benar Ayu, rupanya Adam tahu tarikh lahirnya!.. Ya Allah, perasaan Ayu sunggh teruja namun disimpannya di dalam lubuk hati yang terkunci.
"25 December kan pblic holiday!.. sedang elok lah tu" jawapan Uncle Samad disambut senyum riang keluarga Adam. Encik Hashim dan Puan Hayati hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Saat itu Ayu masih berbelah bahagi dengan keputusannya. Namun sebentuk cincin tersemat di jari manis mengikat janji antara 2 hati yang masih belum Ayu pasti lagi..
"Adakah ia terbaik untukku?" Bisik hati Ayu menjadi tanda tanya dalam dirinya...
-Bersambung-
kalau nak tau pasal faceblog tu..tekan kat link nie...
ReplyDeletehttp://the-faceblog.blogspot.com/
tul tu..kalau boleh biar la kenal dulu then baru kawen kan.. :)
ReplyDelete@ana : thanks!!!..
ReplyDelete@niesz : ermmmm.. betui.. tapi, kalau dah jodoh sebelum kenal pun puteri redha..
ReplyDelete