Tanyalah ustaz at Tv 9 : Tajuk, "Pasrah dgn Istikharah'

Antara suka dan tenang ia adlh sesuatu yg berbeza

Jgn berharap kpd mimpi, krn petunjuk boleh dtg dlm bntuk subjektif....

Lakukan istikharah bnyk2 kali...luaskan pasrah, in shaa ALLAH, ALLAH akn beri jawapan terbaik.

Tenanglah utk setiap ketentuan 

-with  cikayu (jaga solat, jaga pergaulan & tutup aurat dgn sempurna)


Melayari internet seawal pagi.
Sambil mengemas rumah terbaca status seorang junior di sekolah dulu. Katanya, tenanglah untuk setiap ketentuan setelah istikharah yang menjadi sumber keputusan. 

Ok. Tertarik.
Betul... Cikgu percaya dan yakin bukan cikgu seorang pernah dalam kekeliruan, dilema membuat keputusan dalam hidup. Semua org. Jadi menarik untuk dikongsi!..

Semua yang berlaku Allah nak didik cikgu tenang. Kalau ikutkan hati hilang kewarasan akal dan kemurungan melanda. Silap-silap fobia seumur hidup. Tapi cikgu belajar untuk sabar dan tenang. In shaa Allah. Allah yang memegang hati kita. Berdoalah.. moga tenang senantiasa. 

Apa jua ketentuanNya beserta hikmah. Sabar. Sabar. Sabar. dan tenang. Beristighfarlah.. oh ya sebut ttg istighfar, sebenarnya doa kita lambat Allah tunaikan atau terhijab oleh kerana dosa-dosa kita... haaa... cuba check balik muhasabah apa dosa kita bab aurat ke, haa..cikgu suka sebut aurat sbb kite perempuan suka sgt dedahkan kecantikan tu.. sorok ye.. tutup. Bila aurat kita ditutup in shaa Allah Allah tutup aib kita.. in shaa Allah utk elak fitnah, maksiat dan kerosakan.  hormat orang tua ke, menzalimi org lain ke, mengkhianati dan tak jujur, xtepati masa bekerja, sumber rezqi, rasuah, lewatkan solat ke... haaa.... byk lagi dosa kecil, besar, maksiat... beristighfarlah moga Allah ampuni dosa-dosa kita yang lalu... Cikgu pun sedang memperbaiki iman & amal. 

Perbanyakkan amal, zikir dan byk lagi untuk menghapuskan dosa dan menjana pahala. Asalkan ianya ikhlas... in shaa Allah. 

Ok.. semoga kita redha dengan setiap ketentuan Ilahi. Senyum... Tak perlu kata apa. Siapalah kita nak menyalahkan takdir..