Hidup mana tidak ditimpa
hujan. Panas yang disangka sampai ke petang dan mampu diisi dengan pelbagai aktiviti,
rupanya hujan di siang hari. Tapi, hujan itu rahmat. Ujian itu rezeki. Hujan
itu nikmat yang Allah beri, bukan sahaja itu manusia tetapi untuk semua makhluk
ciptaanNYA.
“Reen, maafkan kak Ana… akak
ada dengar orang bercerita tentang anti. Betul ke ?” Raihana serba salah
bertanya. Tersekat-sekat suaranya.
“Maksud Kak Ana? Cerita
apa K.Ana? Reen tak faham,” Qasreena buat-buat tidak faham.
“Sebelum Reen dan Azhar
berpisah, Reen dan Azhar ada berdua tanpa ditemani mahram pada hari Azhar tiba di Malaysia?
Betul?” Raihana terpaksa berterus terang.
Tersentak hati Qasreena
mendengar soalan yang keluar dari salah seorang sepupu yang paling akrab dengannya.
“K.Ana, akak percaya pada
semua tu?” sebak suara Qasreena.
Qasreena tidak menyangka
sekali pertemuannya dengan Azhar atas urusan pengajiannya pada hari pertama
Azhar di Malaysia menjadi buah mulut orang. Paling mengecewakan ia juga menjadi
satu fitnah yang memakan hatinya.
Qasreena diam. Raihana
senyum lantas memegang bahu adik sepupunya. Kasih sayang terpamer oleh senyuman
ikhlas yang sekian lama menyinari kehidupan Qasreena.
“Reen, akak percaya pada
anti. Ana pasti ia adalah satu fitnah.” Raihana memeluk erat adik sepupunya
itu.
“Kak Ana, orang hanya
mampu berkata melalui apa yang mereka lihat atau dengar dari orang lain.
Hakikatnya hanya ALLAH Yang Maha Megetahui segalanya.” Sebak suara Qasreena.
“Jadi, apa yang berlaku
sebenarnya?” Raihana penuh tanda tanya.
“Kak Ana, Reen
terperangkap oleh kata-kata manusia. Semua tu fitnah. Waktu tu, Reen Cuma menyampaikan
surat kemasukan Azhar ke USM. Azhar apply dengan alamat Reen. Secara kebetulan,
hanya kami berdua di pejabat ayahnya. Malah, keadaan semakin parah dan
menimbulkan bual bicara manusia tika Reen terpaksa menumpang Azhar untuk balik
dari ofis ayahnya tu. Reen takde transport. Kak Long Sha dah tinggalkan reen
lepas balik ofis. Dia ingat reen drive haritu senarnya reen datang pun tumpang
Kak Ngah. Dari reen duk tercegat kat situ tak dapat balik, reen pun tumpanglah
Azhar. Itu pun secara kebetulan. Allahurabbi… Kak Ana, reen tak sangka semuanya
berpunca dari kebetulan.” Jawab Reen panjang.
“MasyaAllah… ya ke? Kesian
Reen..” sedu Raihana menahan sebak, sambil mengusap lembut kepala adik
sepupunya itu.
“Tak apalah. Mungkin ada
hikmah semua tu. Ukhti percaya setiap kebetulan itu adalah pengajaran, tarbiyah
dari Allah.. Pasti ada hikmah. Dan, ukhti percaya pada Reen dan Azhar.” Tambah
Raihana.
“Terima kasih Kak Ana”
Qasreena memeluk erat kakak sepupu kesayangannya itu yang merupakan sahabat
baiknya sejak kecil lagi.
“Sama-sama Reen.. Dah,
pergi mandi kita nak solat Terawih malam ni, insyaAllah.. Malam 27 ni antara
malam genap yang kita tidak pasti lah adakah mala mini LailatulQadar, tapi kita
perlu bersedia sebaiknya, persiapkan diri dengan amal kebaikan. Doa moga-moga
jodoh Reen ada menanti di hadapan Kaabah sana. Boleh pergi umrah!..hehehe” tawa
Raihana menyuntik satu suasana riang dan ceria.
Wajah Qasreena merona
merah.
“Ada saja akak ni… usik
Reen!” secubit kasih sayang singgah di lengan Raihana.
“Reen, u are almost 30. So
behave ya.. Kena doa banyak-banyak. Tak semestinya depan kaabah. Tapi kalau ada
duit lebih dan mampu apa salahnya kan?” Raihana menambah perisa pada jenakanya.
“Kak Ana ni… yelah, yelah…
Reen simpan duit dan berjimat. Takdelah nak pergi Pavillion grab hand bag,
pergi Midvalley bought clothes, pergi Alamanda grab camera, phones whatsoever..
Kena berjimat dan utamakan keperluan dan matlamat, bukan penuhi nafsu duniawi
kan… hmmmm, wanita dengan nafsu yang pelbagai..” Qasreena menjeling manja pada
kakak sepupunya.
“Ok.. good lah tu. Kalau
macam ni adik akak, insyaAllah Allah hilangkan kasih sayang cintaNYA melalui
Azhar tetapi Allah nak beri kasih dah cintaNYA yang suci dengan insan yang
lebih baik dari Azhar. Percayalah, berbaik sangka dengan Allah! insyaAllah..
janjiNYA buat setiap hambaNYA yang soleh dan soleha. Sekarang pergi mandi, kita
berbuka di masjid. Doa seikhlasnya untuk apa juga hajat Reen. Moga Allah
kabulkan. Bulan mulia, hari mulia.. bertaubatlah, mohon keampunan dan
berdoalah. InsyaAllah, Allah kabulkan. Amin…” Raihana menutup tazkirah sebelum
diangguk oleh Qasreena seraya tersenyum simpul menahan malu.
Qasreena melangkah tenang
ke ruang hadapan Masjid Putrajaya. Indahnya permandangan senja menanti maghrib.
Allahurabbi.. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. Segala puji bagi Allah yang
mengurniakan alam yang indah dan damai. Permai menyelubungi alam..
Baginya, cukup tenang
menikmati waktu-waktu menjelang waktu berbuka puasa. Kelihatan beberapa
keluarga memenuhi ruang masjid, beberapa sahabat turut mewarnai kejernihan
wajah masing-masing yang berpuasa dengan tenang.
“Pastinya mereka insan
yang hebat!” Bisik hati Qasreena.
Tiba-tiba..
“Tenung apa tu ya humaira’?”
bisik Raihana tiba-tiba mengejutkan Qasreena.
“Kak Ana ni, terkejut
Reen..” senyum turut menyerikan seraut wajah yang lali dengan titisan air mata.
Air mata itulah yang dikongsi bersama kakak kesayangannya itu agar hatinya
tenang.
“Reen tengok air ni..
Tenang je, permandangan ni.. damai je.. sukalah kak!” suara Qasreena berbunga
riang.
“Alhamdulillah, alam
ciptaan Allah. Sebab tu, kita perlu berzikir, memuji nama Allah, itu tandanya
kita tidak sombong atas pemberianNYA yang tak terkira banyaknya. Tunaikan
segala suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA. Itu amanah kita sebagai hamba ke
atas penciptaNYA. Jadilah seperti bunga Sakura, biarpun hayatnya tidak lama, cuma seminggu tapi tetap teguh bersemangat. Okay, mari kita masuk Reen. Dah dekat nak azan masuk waktu
maghrib.” Raihana berkata sambil menarik tangan adik sepupunya itu.
Hati Qasreena berbunga
bahagia. Ada sebab Allah hilangkan Azhar dari pandangan mata kasarnya kerana
Allah mahu tarbiyah mata kasarnya, hatinya, jiwanya, dan segala-galanya agar
menggunakan mata hatinya agar jiwa lebih kuat menghadapi ujian. Setiap kejadian
itu pasti menurut kemampuan sesuatu makhluk. Berbaik sangkalah kita kerana
Allah sayang kita!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedih n kesian pon ade dlm citer nie...tpi Allah maha mengetahui atas segala sesuatu...
ReplyDelete@jelah : Allah Maha Mengetahui... tapi, ramai mula-mula ingat review drama bersiri Seindah Sakura tu... hehe.. no, it's about another chapter of Cerpen Bersiri KataHatiPuteri
ReplyDelete