About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Tuesday, April 12, 2011

Hidup tak seindah pelangi petang yang menyinari dan mewarnai bumi..





“Inikah ujianMU YA ALLAH...

Aku melangkah dan terus melangkah dalam kepayahan..
Aku menangis, menangis dan tersedu dalam perjalanan itu,
Aku redha atas ketentuanMU, Namun.. aku mengaku, aku tak mampu menolak rasa hiba dan pilu..Aku diuji dengan pelbagai perasaan, Aku diuji dengan kesakitan, Aku diuji dengan penderitaan.. Namun aku sedar, semua ini adalah pinjaman, semua kesakitan pasti membuah bunga kebahagiaan di akhirat kelak...
Aku sedar aku insan biasa yang tak bias lepas dari kesilapan,
Baik dan sempurna di mataku bukan bermakna sempurna dimataMU Ya ALLAH..
Begitu rendahnya aku disisiMU YA ALLAH.. namun, berkat nilai kesabaran yang KAU anugerahi, aku cekal meniti kepedihan..
Dalam kebuntuan dan kepedihan yang menghiris setiap urat dan nadiku, aku diberikan kekuatanMU.

Aku jua dikurniakan seorang sahabat yang mampu menjadi penawar dan penasihat dalam kehidupanku.. Aku bersyukur YA ALLAH.. Dalam kepayahan kau berikan aku sinar untuk menerangi jalan yang perit untuk kulalui.. Dalam kesakitan aku memperoleh ubat yang mujarab, dalam kepahitan aku merasai kemanisan.. Dalam tangis aku peroleh tawa dan ria, dalam air mata aku temui ketenangan... Aku bersyukur Ya ALLAH.. Aku bersyukur.. Lebih manis rasanya mengalirkan air mata di atas tikar sejadahMU dari ku menangis di hadapan seorang sahabat yang tidak mampu menghargai dan menilai keikhalasan sebuah persahabatan,.. Aku bersyukur YA ALLAH, aku dikurniakan sahabat yang hanya mahukan kesenangan dariku, namun tidak mampu berkongsi masa sukar denganku..

Aku mencari ketenangan dalam kepayahan.. kerana aku yakin setiap yang sukar pasti ada kemudahan.. “

Nurul mengakiri kata-kata hatinya dalam sebuah diary usang yang bewarna biru hadiah terindah dari seorang sahabatnya.

Pena ditarikan perlahan-lahan dan berhenti sehingga noktah penamat. Seperti mana kehidupan seorang manusia yang mana pastinya akan menemui jalan penamat iaitu sebuah kematian..begitu jua sebuah penulisan sehingga ke titik noktah. Itulah antara beberapa nasihat yang pernah diterimanya dari seorang sahabat baik yang menjadi pembakar pelita hidupnya.. Jasanya pasti akan dikenanginya sehingga akhir hayat beliau.. Faiz, seorang sahabat yang baik dan benar-benar ikhlas menjadi kekuatan sepanjang kepayahannya melalui ranjau kehidupan suatu ketika dulu..

Nurul akui, kehidupannya bukan semudah yang pernah diimpikan sewaktu di zaman kanak-kanak rebina. Padanya kehidupannya nanti pasti dilingkari kemewahan, kebahagiaan, kawan-kawan yang ramai dan menyayanginya, seorang putera hati yang melindungi dan menyayanginya. Walau tanpa seorang teman iaitu kembarnya, namun dia mampu melalui kehidupan dengan bahagia di samping insan tersayang di sisi.. Namun, impiannya hanya sebuah khayalan seperti dunia fantasi dalam sebuah filem.. Nurul tetap seorang insan biasa yang jua diuji dengan bermacam-macam ujian.. Sedangkan sejak dilahirkan Nurul sendiri tanpa teman (kembar) disisi, justeru nurul semakin tabah dan cekal untuk bangkit melalui kehidupan.

Assalammualaikumm..” kedengaran suara orang memberi salam dari hujung laman mematikan lamunan dan khayalan nurul.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails