About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Saturday, March 5, 2011

New Story is under construction..





Untuk menyerikan KataHatiPuteri, saya catatkan sedikit draft sedutan dari episod penulisan terbaru. Penulisan lama masih dalam proses utk editing dan ending.



"Setiap kali Nurul mendengar lagu Jason Marz bertajuk Best Friend Nurul pasti teringat dengan sahabat baiknya yang menjadi Cinta yang mematangkannya sewaktu di alam university sehingga sekarang. Cinta sebagai seorang teman, Cinta yang ikhlas kerana Allah swt. Tak sangka sungguh, lagu itu jugalah yang menjadi kegemaran suaminya Zulfahmi kerana ada kisah indah yang tersirat di sebalik lagu itu katanya. Nurul masih teringat kali pertama dia memutarkan lagu itu, suaminya turut sama menyanyi dan akhirnya lagu itu jugalah yang menjadi kegemaran anaknya Raudhah Nur Islam yang masih berumur 2 tahun itu. Bila jer mendengar muzik Best Friend oleh Jason Marz Rudhah pasti ceria dan mengerak-gerakkan badannya seolah-olah menari dan melayani muzik tersebut. Alhamdulillah, cerdik sungguh walaupun masih kecil. Apapun, Nurul bersyukur kerana dikurniakan Zul yang tidak putus-putus solat Hajat sewaktu kandungan Raudhah masih dalam usia 2 bulan sehinggakan saat kelahirannya, dan diteruskan sehingga ke hari ini. Setiap kali sebelum tidur Zul pasti akan membacakan surah Al-Insyirah di atas ubun-ubun anak sulungnya itu. Setiap hari ada sahaja doa yang diajarkan kepada anaknya yang berusia 2 tahun itu. Alhamdulillah, Raudhah juga mudah meniru segala apa yang diajarkan oleh bapanya itu.

Kring, kring, kring.. Telefon berbunyi di hujung sudut. Ada panggilan dari Zul. Waktu itu Raudha yang sedang bermain alat permainannya terus bernyayi ala-ala wonderpets “Ipon, Ipon nyi.. aaawan aye.. aaawan aye.. shaanneeee..Yay! pets!!!” ape lagi, pecah ketawa mengenangkan Raudah yang mula mengikuti apa yang didengari, dilihat, diajar dan dipertontonkannya. Seisi rumah pasti ceria mengenangkan teletah Rudhah yang memang mencuit hati itu.



“Assalammualaikum sayang, sayang ok? Ada apa-apa masalah?” soal Zul memastikan keselamatan dan kebajikan isteri dan anaknya. Jelas terpancar kerinduan suasana rumah menyebabkan Zul menghubungi setiap kali berkesempatan. Kadang-kadang setiap kali rehat, tetapi kadang-kadang sekali sehari memandangkan kesebokan mengatasi masa yang ada. Sebagai seorang isteri, ahli perniagaan dan juga bekerjaya Nurul pasrah dan cukup memahami situasi suami tersayangnya itu.


“Waalaikumsalam abang. Alhamdulillah, saya ok jer. So far so good tak ada masalah, lagi I ceria dengan our princess sayang. Nak tahu apa respond dia dengar fon ringing?hahaha.. dia menyanyi sayang. Dia nyanyi lagu wonderpets. Nie mesti sebab selalu tengok wonderpets la ni.. hahahaha.. comel jer. Sesekali I nak U dengar sendiri Raudhah nyanyi sayang. Serious memang comel lah!.. Our baby dah grown up sayang. Memang dekat hati I dengan dia. Tak sanggup I nak tinggalkan dia pi kerja sayang. Tunggu besar sikit I bawak dia ke mana I nak pergi. U macam mana kerja ok sayang?” Nurul cukup menghormati suaminya sebagai seorang pembimbing dan juga sahabat terbaik.


“Oh, really? I tak sabar lah nak dengar our princess tu menyanyi lagu wonderpets. Anyway, kita kan pernah dengar sekali dia baca Surah Al-Fatihah waktu kite tengah solat magrhrib haritu. Alhamdulillah, tak sia-sia U amalkan surah Maryam dan Yusuf waktu kandungan awal lagi sampai la saat kelahirannya. Now, ustaz ada pesan kat I untuk beri dia minum surah Yasin selain selalu baca surah Al-Insyirah di ubun-ubun dia sewaktu dia nak tido dengan bangun tu. Lepas ni kita cuba ya.. I dah fikir nak hantar raudhah pi kelas Iqra selain kelas melukis dan berenang.” Jelas Zul panjang.


“I setuju sangat dengan U sayang. Sementara I cuti nie boleh la I tolong jaga dan ajar Raudhah sikit-sikit, once dah start on work, I akan focus give her additional class seperti yang U plan tu. Next year, insyaALLAH, kite budget more on her class ya. Ok la, U tak keluar lunch ke nie abang?” Nurul bertanya sambil memerhatikan puteri Raudhah buah hatinya yang seorang itu.
“Nak pergi la nie. Before that I kena make sure orang uma dah makan ke, ok ke.. anyway, U dah masak ke sayang? Masak ape lunch nie?” soal Zul mengambil berat perihal isteri dan keluarganya.


“Oh, memandangkan I on diet, so kena amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang kan. I dah buat sup sayur dan Ikan bakar, nasi I makan 1 cawan jer dah improve tau!.. hahaha.. “ tawa ria memecahkan kesunyian ruang tamu rumah pada tengahari itu. Sesekali Nurul menjeling ke arah si kecil yang bermain di hujung laman. Ada syukur di hujung hati atas semua takdir ketentuanNYA.


“Oklah sayang, I hope U happy dengan menu sihat tu!.. Nanti jangan lupa, I balik awal tonite so that we can get dinner together out ya.. I nak bawak U makan sedap-sedap dah lame tak keluar sejak U berpantang dan baby pun dah besar, pandai menyanyi, mengaji, menari (bahaya nie..)hahahaha.. Ok la, I nak keluar dengan Dato. Mustafa ni. Take care sayang.” Ayat yang sering menjadi terapi buat Nurul meneruskan kehidupan yang kadang kala menguji kesabaran.
“Ok dear.. U too take a good care!.. Have a Good Lunch ya. Assalammualaikum Abang.” Nurul mengakhiri perbualan yang agak panjang hari ini.

“Alright.. Waalaikumsalam. Luv U and Our baby dear!” Zul tersenyum lega. Kerinduannya telah terubat.
“Luv U too.” Nurul menutup perbualan.


Kasih Nurul pada suaminya Zul semakin menebal setelah lahirnya zuriat dan cahaya mata yang menjadi penyeri dan bunga yang membahagiakan keluarganya. Raudhatul Nur Islam menjadi kebahagiaan dan kebanggaan kedua ayah dan ibunya. Alhamdulillah.. Nurul boleh tersenyum kini walau hatinya pernah menyimpan cinta buat insan yang disayanginya suatu ketika dahulu. Segalanya telah berubah kini. Cintanya hanya satu buat suaminya dan puteri kesayangannya itu. Raudhah yang sedari tadi di taman setelah puas bermain di ruang tamu diambilnya dan dibawa ke masuk.


“Raudhah, jom masuk kite makan sayang.” Nurul mengajak anak sulungnya itu masuk ke dalam rumah.


lain-lain is private and confidential dalam sebuah manuskrip..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails