Penat sangat. Cukup penat mengejar kehidupan yang sebok. Penuh keriuhan. Rasa dunia terlalu dikejar. Tapi biarlah penat sekarang, kelak di sana rehat dengan tenang. Demi redhaMU.. Ya Ilahi, ampuni dosaku.. Maafkan kelalaianku.
Rasa berterima kasih pada ukhti yang membantu. Melalui perjalanan berhampiran perkuburan kembar. Oh, tiba-tiba sebak. Kerinduan menyelubungi... Perasaan apakah? Sampai rumah mak cik, berbual tentang satu kematian. Semalam, whatsapp sebuah kematian. Tentang syurga dan neraka.
Oh cukuplah, ia sebagai satu peringatan. Positif dan ia sebagai satu titik tolak untuk mengingatkan masa terus beredar. Sedang kesebokan semakin mencengkam. Cukuplah dunia dikejar... Berubahlah sepenuh hatimu. Kejarlah akhiratmu.. inshaAllah duniamu kelak terpelihara.
Ya Tuhan, lindungi hambaMU. Tetapkan hatiku... Tunjukilah aku jalan syurgaMU. Bukan kesesatan. Bawa jauh segala yg membawa murkaMU. Bawa jauh segala duka. Aku ingin sunyi.. tenang tanpa keriuhan. Damai di bawah lindunganMU.
No comments:
Post a Comment