Friday, August 22, 2014

Iktibar

Kisah hidup kita bukan untuk dijadikan bacaan umum, dipertontonkan... namun tak salah andai berkongsi iktibar dan pengajaran. Cikgu tertarik tentang artikel ini. - baca

Sebenarnya dalam konteks berkawan, proses takruf, mengenali hati budi dan berkenal-kenalan itu... kita tak perlu terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Andai akhirnya tidak diteruskan dengan hubungan yang serius, hati tidak mudah patah! Andai Allah sudah tentukan tidak berjodoh hati tidak hancur. Dan itulah silap kebanyakan wanita. Mudah lebur hatinya, mudah 'melting' hanya dengan kata-kata. 

Mulai tika ini, wanita.. tinggikan nilaimu! Jangan mudah merasai 'sayang' dalam hatimu.. jika dia masih belum ada ikatan yang rasmi denganmu. 

Seusai usrah kali ini cikgu tertarik dengan tazkirah ustazah tentang 'surah an-nur'.

Antaranya; 
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik & begitu sebaliknya. 

لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Ustazah berpesan.. persiapkan diri. Do the best, Allah will do the rest. In shaa Allah. 

Satu saat nanti mahu rasanya format minda untuk mampu mendelete segala memori yang ada. In shaa Allah... 

No comments:

Post a Comment