Saturday, August 23, 2014

Jangan ada benci...

Tak perlu menjadi yang terbaik untuk disanjungi dan disayangi, dipuja dan dikagumi... 

Cukuplah sekadar tidak dibenci...

Ikhlas berbaik sangka.
Senyum..

Doa moga terhindar dari kebencian.
Allah humma amin.

#Hidup terlalu singkat untuk membenci.
Andainya ada di antara kita nanti,
Merubah hala serta memungkiri janji, 
Jangan ada benci..




Always looking myself into the mirror.

Dalam hidup ini,
Kita takkan mampu bahagiakan semua orang.

Kadang,
Ada yang membenci tanpa sebab dan alasan,
Kadang,
Ada yang mencaci hingga kita tak mampu lagi bertahan..

Tika airmata menitis,
Mungkin itu yang bakal memberi kekuatan,
Tika tangan menadah doa,
Disitulah yang akan memberi kita harapan..

Teruskan melangkah,
Dan jangan lagi menoleh ke belakang..

Kebahagiaan abadi sentiasa menanti kamu di hadapan..
InsyaAllah..
Laras Okta
Allah, betul sekali ukhti :')
Like1Friday at 20:42

Friday, August 22, 2014

Iktibar

Kisah hidup kita bukan untuk dijadikan bacaan umum, dipertontonkan... namun tak salah andai berkongsi iktibar dan pengajaran. Cikgu tertarik tentang artikel ini. - baca

Sebenarnya dalam konteks berkawan, proses takruf, mengenali hati budi dan berkenal-kenalan itu... kita tak perlu terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Andai akhirnya tidak diteruskan dengan hubungan yang serius, hati tidak mudah patah! Andai Allah sudah tentukan tidak berjodoh hati tidak hancur. Dan itulah silap kebanyakan wanita. Mudah lebur hatinya, mudah 'melting' hanya dengan kata-kata. 

Mulai tika ini, wanita.. tinggikan nilaimu! Jangan mudah merasai 'sayang' dalam hatimu.. jika dia masih belum ada ikatan yang rasmi denganmu. 

Seusai usrah kali ini cikgu tertarik dengan tazkirah ustazah tentang 'surah an-nur'.

Antaranya; 
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik & begitu sebaliknya. 

لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Ustazah berpesan.. persiapkan diri. Do the best, Allah will do the rest. In shaa Allah. 

Satu saat nanti mahu rasanya format minda untuk mampu mendelete segala memori yang ada. In shaa Allah... 

Monday, August 18, 2014

Renungan..


Jangan bermanja pada yang tak halal.

Jangan bercerita pada yang tak amanah.

Jangan paksa pada yang tak setia.

Jangan ungkit pada yang tak menghargai.

Jangan benci pada yang tak mengerti.

Jangan berharap pada yang tak sudi.

Jangan bercinta sebelum kawin.

Jangan tanya kenapa JANGAN!

Monday, August 11, 2014

Cukuplah wahai hatiku.. Cukuplah Allah bagiku.

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah.

Syukuri nikmatNya..
HambaMu percaya setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Terima kasih Allah atas ujianMu..
Sungguh, ia cukup mentarbiyahku.

Cukuplah simpan semua rasa di hati,
Yang tergambar hanya senyum..
Indah.
Walau hati hancur berderai..
PadaMu ku bersujud.

Cukuplah Allah bagiku..
Jangan biarkan keputusanku dari diriku sendiri..
Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri..
Pimpinlah hambaMu yang lemah ini.
Moga tergolong dari kalangan orang yang beriman & bertaqwa..
Ampunilah dosaku..
Tunjukkan hambaMu ini jalan mengejar syurga dan bahagiaMu..
Moga istiqomah.


Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan ALLAH.

Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi ALLAH.

Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah.

Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan.

Dialah ALLAH, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah

Saturday, August 9, 2014

Pasrah dengan istikharah...













Tanyalah ustaz at Tv 9 : Tajuk, "Pasrah dgn Istikharah'

Antara suka dan tenang ia adlh sesuatu yg berbeza

Jgn berharap kpd mimpi, krn petunjuk boleh dtg dlm bntuk subjektif....

Lakukan istikharah bnyk2 kali...luaskan pasrah, in shaa ALLAH, ALLAH akn beri jawapan terbaik.

Tenanglah utk setiap ketentuan 

-with  cikayu (jaga solat, jaga pergaulan & tutup aurat dgn sempurna)


Melayari internet seawal pagi.
Sambil mengemas rumah terbaca status seorang junior di sekolah dulu. Katanya, tenanglah untuk setiap ketentuan setelah istikharah yang menjadi sumber keputusan. 

Ok. Tertarik.
Betul... Cikgu percaya dan yakin bukan cikgu seorang pernah dalam kekeliruan, dilema membuat keputusan dalam hidup. Semua org. Jadi menarik untuk dikongsi!..

Semua yang berlaku Allah nak didik cikgu tenang. Kalau ikutkan hati hilang kewarasan akal dan kemurungan melanda. Silap-silap fobia seumur hidup. Tapi cikgu belajar untuk sabar dan tenang. In shaa Allah. Allah yang memegang hati kita. Berdoalah.. moga tenang senantiasa. 

Apa jua ketentuanNya beserta hikmah. Sabar. Sabar. Sabar. dan tenang. Beristighfarlah.. oh ya sebut ttg istighfar, sebenarnya doa kita lambat Allah tunaikan atau terhijab oleh kerana dosa-dosa kita... haaa... cuba check balik muhasabah apa dosa kita bab aurat ke, haa..cikgu suka sebut aurat sbb kite perempuan suka sgt dedahkan kecantikan tu.. sorok ye.. tutup. Bila aurat kita ditutup in shaa Allah Allah tutup aib kita.. in shaa Allah utk elak fitnah, maksiat dan kerosakan.  hormat orang tua ke, menzalimi org lain ke, mengkhianati dan tak jujur, xtepati masa bekerja, sumber rezqi, rasuah, lewatkan solat ke... haaa.... byk lagi dosa kecil, besar, maksiat... beristighfarlah moga Allah ampuni dosa-dosa kita yang lalu... Cikgu pun sedang memperbaiki iman & amal. 

Perbanyakkan amal, zikir dan byk lagi untuk menghapuskan dosa dan menjana pahala. Asalkan ianya ikhlas... in shaa Allah. 

Ok.. semoga kita redha dengan setiap ketentuan Ilahi. Senyum... Tak perlu kata apa. Siapalah kita nak menyalahkan takdir.. 

Thursday, August 7, 2014

Ingat sampai bila-bila..


"Kita minta restu mak dulu. Restu ayah dah lama hilang.."

Kata-kata itu yang membuatkan saya sedih.. sungguh! Sayu dan sedih.. #ayahnya telah kembali ke rahmatullah sejak 2008.

Samaada ikhlas atau lakonan hanya Tuhan yang tahu. Apapun, semua telah berlalu... Moga dia bertemu insan yang lebih mencintai dia apa adanya. Yang menjadi teman tika suka dukanya, di dunia & syurga..

Saya, teruskan melangkah kerana saya pasti hati ini redha & sabar dengan ujianNya... senyum..tak perlu kata apa-apa.