Usai solat subuh berjemaah bersama teman rapat seusrah, Nurul berbual sebelum meneruskan bacaan tadarus.
"Kakak, nak tanya sikit boleh?" Syakira memulakan perbualan.
Nurul dikenali sebagai kakak. "Nick name" senior di kampusnya.
"Boleh...tanya tentang apa Ira?"
"Ira nampak kakak lain la 2,3,4 bulan ni. Ok ke?"
"Ok.. alhamdulillah. Cuma..."
"Cuma apa. Kakak share dgn ira kalau-kalau ira boleh bantu."
Nurul terdiam. Tertunduk.
5 minit Nurul mula bersuara.
"Kenapa kakak dua tiga kali bermimpi dia? Apa maksud yang Allah nak tunjukkan pada kakak? Kenapa semakin nak lupakan, terbayang-bayang muka dia walhal sekali je kakak jumpa dia? Ok lah, kakak nak bercuti. Hajat nak pergi umrah tahun depan. Moga dipermudahkan."
"Kakak tak nak cari pengganti? Dia dah tak ada apa-apa dengan kakak kan cari lain untuk kakak happy"
"Kakak memang tak nak ada hubungan ke, bercinta sebelum nikah. Kalau niat kakak nak berkawan, memang kakak tak akan stop berkawan. Tapi kakak nak jaga batas untuk berkawan dengan lelaki"
"Tapi dulu kakak very open?"
"Ira, itu dulu. Sekarang kakak cukup jaga ukhwah, batas syariat, aurat dan pergaulan."
"Betul tak nak Ira tolong carikkan?"
"Kakak memang tak nak ada hubungan ke, bercinta sebelum nikah. Kalau niat kakak nak berkawan, memang kakak tak akan stop berkawan. Tapi kakak nak jaga batas untuk berkawan dengan lelaki"
"Tapi dulu kakak very open?"
"Ira, itu dulu. Sekarang kakak cukup jaga ukhwah, batas syariat, aurat dan pergaulan."
"Betul tak nak Ira tolong carikkan?"
"Buat masa ni kakak masih belum betul-betul recover. Tak dapat terima seseorang lelaki untuk lupakan dia. Kebaikan itu buat kakak rasa bersalah kalau kakak gantikan orang lain untuk mencari kebahagiaan. Tidak adil untuk hati kakak. Biar cari ruang kekosongan untuk lebih bersedia utk masa depan nanti. Biarlah serah pada Allah."
"Kakak dah tutup peluang untuk cinta."
"Ini bukan untuk tutup peluang, ini soal hati bukan mudah ditukar ganti."
"Tapi bukan kakak yang mulakan & paksa untuk berkawan sampai situ je kan?"
"Betul... Cukup berkawan & berhubung di laman maya. Tapi sampai sekarang kakak tak dapat lupakan segala kebaikan & perasaan kakak pun tak terduga nak jadi macamni."
"Kakak rasa dia frust tak pada hari kakak jumpa & terus paksa dia decide untuk terus stop?" soalan yang mengejutkan. Tersedak Nurul.
"Tu la.. tu yang kakak rasa bersalah sgt. Serta merta kakak tarik muka waktu nak balik tu. Mungkin banyak monolog dalaman & bersangka negatif dari dalam. Dan.. sekarang mungkin sekarang kakak sedang menerima balasan cash dari Allah. Tapi, kakak percaya dia dah rasa kami tak sesuai pada hari pertemuan walaupun sebelum-sebelum tu dia kata kami sesuai & serasi."
"Mudahnya. Kakak yakin itu keputusan ikhlas dari hati dia atau terpaksa & terpengaruh dengan paksaan kakak? Atau sekadar alasan dan tercabar keegoan?"
"Kakak tak tahu. Kakak dah minta maaf tapi dia diam."
#air mata bergenang di kelopak matanya."Kalau dia datang untuk mengembalikan perasaan dan hak yang sepatutnya?"
"Kalau itu dari Allah, kakak terima."
"Maksudnya kakak masih mengharap?"
"Tak juga.... Kakak dah hilang harapan. Serah segalanya pada takdir Ilahi."
"Amboi.. untungnya dia tu."
"Tak lah. Tak ada yang istimewa Ira. Kakak biasa je. Cuma, mampu doakan dia beroleh kebahagiaan hakiki & jodoh yang lebih baik dari kakak. Kakak tak layak untuk dia. Apapun, moga dia istiqomah dlm kebaikan & dikuatkan iman. Segala rahsia dan perkongsian maklumat sepanjang kakak kenal dia in shaa Allah akan disimpan kemas sebagai rahsia. Segala kelebihan & aib yang mungkin ada in shaa Allah kakak simpan. Kakak hormat dia sebagai sahabat terbaik. "
"Kalau macam tu, moga Allah berkati hidupmu!.. Perjuangan yang pahit untuk menggapai redha Ilahi. Kalau dia jodoh kakak & bersungguh pasti dia cari kakak semula. Itu pun kalau Allah beri ilham dan hidayahNya. Kalau tak, pasti ada yang terbaik untuk kakak. Yakin dengan ketentuanNya. Janji Allah itu pasti. Kun fayakun."
"In shaa Allah. Doakan ye. Kakak tawakal je, x beri harapan dan tak berdendam. Serah pada takdir & jodoh Tuhan. Hidup ni kan untuk merebut redha Ilahi...cuma musykil sejak minggu ni asyik bermimpi jumpa dia"
"Baguslah. Allah lebih tahu. Sabar ye kakak. Senyum!"
"Tqs Ira! In shaa Allah".
Mereka saling berpelukan. Sayu menyelubungi hati dua sahabat itu.
Nurul menarik nafas.
Lega..
"Ya Allah tetapkan hatiku untuk mendapatkan keredhaanMu."...
No comments:
Post a Comment