Tuesday, May 13, 2014

Terima Kasih Cikgu!

Petang yang tenang.
Cuaca redup.
Sesekali angin bertiup nyaman.
Jam di dinding terus berputar laju.
Cepatnya masa berlalu.
Nurul melirik kelendar di sebelah.
15.5.2014.
Oh! Esok hari guru.

Nurul membuka laman sosial facebook dan berhajat mengirim 'wish' dan ucapan buat semua guru-guru yang pernah mendidiknya. Tanpa mereka siapalah dia pada hari ini, bisik hati kecilnya.

Satu persatu nama gurunya disenaraikan.

Nurul menulis sesuatu, kemudian butang share ditekan. 
Selesai.
Nurul tersenyum lega.
Selesai.
Mudahnya ada teknologi yang mendekatkan semua, mengeratkan ukhuwah, asalkan jangan di salah guna in shaa Allah.

Nurul buka blogspot. Niatnya mahu mengarang sajak khas untuk semua guru-guru yang pernah mendidiknya.

"Guru..
Membakar diri untuk menerangi kehidupan anak didikmu,
Jasamu ku kenang selalu..
Mendidikku tanpa jemu,
Menasihatiku penuh kasih dan sayang,
Marahmu untuk mendidik,
Mengalir keringatmu penuh kesungguhan,
Walau besar dugaan,
Biarpun banyak cabaran,
Namun kesabaranmu sentiasa mengukir senyum...

Tanggal 16 May dari jauh ku kirimkan doa,
Ucapan keramat "Selamat Hari Guru" sebagai ingatanku,
Jasamu tetap ku kenang selamanya...
Terima Kasih Cikgu!"


Done!
Publish!
Hatinya merasa lega. Seorang demi seorang guru menerjah mindanya. Oh! Bukan mudah untuk menjadi guru yang bukan sahaja perlu mendidik, namun turut disertai banyak tanggungjawab lain. 

Rindu terkenangkan zaman di bangku persekolahan. Kini usianya menginjak dewasa dan tugas itu turut dirasainya. Kini Nurul juga berkhidmat untuk mendidik anak bangsa yang masih kecil, putih dan bersih.

Nampak mudah mendidik mereka yang 'fresh' ni... namun hakikatnya banyak cabaran lain dari aspek yang berbeza. Apapun guru tetap sama, mendidik dan membentuk insan agar seimbang dalam meneroka dunia, seiring perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

2014 memberikan pengalaman yang cukup berbeza dan istimewa. Baginya, setiap tahun dia berazam untuk mendidik dengan sebaik mungkin, moga  anak didik mendapat hak yang sewajarnya dan membesar penuh seimbang serta membongkar potensi secara menyeluruh.

"Assalammualaikum cikgu Nurul?" suara si kecil mematikan lamunannya.
"Waalaikumussalam... oh, Yaya. Ada apa Yaya?" Nurul menjawab lembut.
"Rumah cikgu best! Nak tuition lagi. Esok ada ke tuition?" tanya anak kecil berusia 6 tahun itu.
"Oh... hihi. Best ke? Ada. Datang bawa buku tulisan ye. Ada homework bawa ye?"
"Ok. Tq cikgu" Yaya melambaikan tangannya.
"Welcome yaya. See you tomorrow!" Balas Nurul.
"Ok."

Perbualan tamat. 
Hati Nurul lega.
Tahun 2014 niatnya ingin membantu  anak-anak didik semampunya. Nurul meletakkan dirinya pada anak kecil itu. Jika dia berada di tempat kanak-kanak itu, apa yang diperlukan. 

Peribahasa English "Put yourself in others shoes" sentiasa dipegang. Mudah-mudahan mampu memberi manfaat dan membahagiakannya! Untuk berbahagia, kita perlu terlebih dahulu membahagiakan orang lain... lebih-lebih lagi anak kecil yang sentiasa disukai dan dilayan sebaiknya oleh rasulullah.

Kedengaran azan mematikan lamunan Nurul.

"Ok jom kita solat. Dah asar ni.." Nurul meminta semua anak-anak kecil itu bersiap untuk solat. 
Masa berlalu begitu pantas.
Mendidik itu terapi jiwa dan ikhlas adalah tunjang untuk bahagia... Berbahagialah wahai jiwa yang tenang. Berbaktilah!

No comments:

Post a Comment