Hilangnya sebuah kepercayaan..
Hilanglah rasa persahabatan
Kenapa tidak berterus terang?
Anta dalam kesakitan...
Segala mengundang kelupaan..
Allahurabbi.. ana simpati,
Wahai sahabat..
Ana terlupa.. kita berbeza
Ana akhwat dan anta ikhwan..
Jadi mana mungkin ia boleh akrab sepertimana sahabat akhwat yang lain..
Seperti mana dulu.
Walau ana ikhlas... Anta seperti saudara kandung ana,
Kita tetap dibatasi syarak..
Mungkin anta biasa bersahabat ramai dwngan akhwat... tetapi tidak ana,
Ana tidak biasa... dan tidak pernah mempunyai sahabat ikhwan yang ramai..
Percaya atau tidak... hanya 2 orang yang mungkin akrab atas urusan pelajaran ataupun ukhwah fillah seperti anta..
Mungkin ada hikmah ukhwah selama ini... Ukhuwah fillah.
Jadi lebih manis andai kita biarkan sahaja ukhuwah ini pergi...
Boleh jadi ia menjadi fitnah!
Jumaat 28 Zulkaedah.. Al-Quran sebagai kenangan yang mungkin menjadi syafaat di akhirat sana..
Ditimbang di neraca timbangan amalan..
Moga Allah memelihara anta..
Biarlah ukhuwah ini menjadi sebuah kenangan...
Yang akan padam ditelan zaman..
Suatu hari nanti anta tahu betapa bernilainya ukhuwah sebuah persahabatan...
Biarlah ia terpadam sendiri...
Hilang dari pandagan mata, lubuk hati...
Lontarkan jauh-jauh!
Buangkan semuanya..
Kalau itu mengundang keredhaan Ilahi,
Moga Allah melindungimu..
Terima kasih atas segalanya..
Air mata menjadi saksi keikhlasan hati...
Kesedihan itu tandanya kasih dari Ilahi!
Moga beroleh kehidupan bahagia dunia & akhirat... amin
#andai suat hari nanti benar rindu cukuplah perasaan itu dikirimkan melalui doa, Biar rasa yang berlagu di hati itu, kita cuma coretkan dalam warkah sepi yang isinya cuma Tuhan yang tahu... Jangan kerana ini gugur keimanan perjuangan mencari redha Ilahi. Jangan kerana ini kita terus leka dengan kealpaan....
No comments:
Post a Comment