Wednesday, March 14, 2012

Tentang Impian..




"Ilmu yang sebenar membawa takut kepada Allah. Jika tidak, itu sekadar maklumat. Untuk menukar maklumat menjadi ilmu... perlu amal. Amal perlu mujahadah.

Mujahadah itu 'perang dalam diri' yang siksa dan menyakitkan.
Namun, setelah beberapa lama... bisa akan bertukar biasa. Biasa akan menjadi manis... Dan akhirnya kita menjadi mujahid kebenaran!

... Mujahadahlah, lebih baik kita 'sakit' kerana menempuh taat daripada sakit menempah maksiat.

Hizbullah dan Hizbusyaitan sama-sama menempuh kesusahan kerana dunia memang negara ujian... untuk pendukung kebenaran dan pendukung kebatilan."

Wallahua'lam. (Ustaz Pahrol Juoi)
Membaca statement yang ditulis oleh Ustaz Pahrol membuatkan saya tertanya-tanya tentang impian hati... Ya; saya berdoa semoga ilmu yang saya timba dan gali selama hampir 4 tahun diharapkan akan membuka mata hati saya untuk sentiasa dalam kebenaran dan keredhaan Allah.. InsyaAllah..

"Sesungguhnya kebenaran ini berat dan menyusahkan, sedangkan kebatilan itu ringan dan menyenangkan" Ya ALLAH; Semoga segala usaha ini dipermudahkan perjalanannya & proses pembelajarannya . amin...


No comments:

Post a Comment