Thursday, March 22, 2012

Biarlah ia pergi..

Sambungan Kisah Hati Qasreena.. Chapter One.

Bismillahirrahmanirrahim... In the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful...


Sepulang dari jalan-jalan, Qasreena dan Raihana merehatkan diri di anjung rumah. Rumah yang berusia hampir 30 tahun itu menyimpan jutaan kenangan mereka berdua sejak dari kecil lagi.

"Reen, ana tanya ukhti jangan terasa hati ya", suara lembut Raihana memecah kesunyian, setelah hilang lelah.

"InsyaAllah, apa tu kak Ana?" balas Qasreena kurang jelas.

"Maaf ya kalau ia akan menyinggung hati ukhti. Ana cuma nak anti honestly share... erm, dah lama ukhti simpan semua ni dari ana?" soal Raihana sambil memandang tepat pada wajah Qasreena.

"Kak Ana, Reen rasa segan untuk kongsi semua ni awalnya. Lagipun akak sebok dengan Final Exam haritu. Alhamdulillah, Allah temukan. Allah rancang segalanya tanpa Reen berterus terang." Qasreena merenung Raihana.

Setenang air di lautan begitulah seraut wajah lembut Qasreena. Namun, siapa tahu di sudut hatinya yang dalam dia menyimpan sekeping hati yang luluh; sekeping hati yang luka..

"Reen dah tak jumpa Azhar ke lepas tu?" Soal Raihana.

Setahu Raihana Qasreena masih perlu menghabiskan pengajian Master hujung December tahun ini. Perlu juga berdepan setiap hari dengan Azhar.

"Sebenarnya kak Ana, Reen cuba kuatkan semangat, untuk berdepan dengan Azhar. Setiap hari Reen kena cekal, menghadapi Azhar. Lelaki yang pernah menjadi sebahagian kehidupan suatu ketika dulu. Senang susah, sakit pedih semua dikongsi bersama. Sanggup bersusah payah dan berkorban untuk Reen. Tapi, nak buat macam mana.. jodoh pertemuan semua ketentuan Allah... Jadi, Reen kena kuat je lah! Reen dah rasa kebal hati ni, hancur, luka pedih tapi masih mampu tersenyum, boleh ketawa lagi. Hakikatnya, hati Reen kecewa dan menangis kak.." Reen berterus terang.

"Tapi, Reen yang sakit. Azhar? Oh ya bila tarikh baitul muslim?" tanya Kak Raihana.

"InsyaAllah, akhir December nanti. Lepas habis sahaja Exam terakhir Master." jawab Qasreena tenang.

"Reen, cuba pandang ana.."

Seraut wajah lembut Qasreena ditenung.

"Ingat ya, ukhti rasa dia baik untuk ukhti, tapi ukhti tidak dapat menilai dia benar-benar untuk ukhti. Jika dia bukan jodoh ukhti, tentunya Allah lebih mengetahui segalanya. Sekarang, kekuatan hati paling penting. Kejar cita-cita dan biarkan cinta datang kepada ukhti melalui abi dan umi. Lupakan semua tu.. Ana tahu Reen kuat!" kata-kata semangat keluar dari seorang kakak yang menjadi teman akrabnya sejak kecil.



"InsyaAllah kak Ana, Reen pegang satu kata-kata ni; When we love someone because of Allah, we would not love to have him, but we will always pray to Allah to give the Best for that person. I Love him so much, that there is not a day i did not pray for him. It unconditional love. Seeing he happy and getting every step closer to Allah is what really matters" terang Qasreena.

"Alhamdulillah. Masih berhubung?" soal Raihana.

"Reen memang dah tak guna number lama. Reen tak nak berisiko untuk kecewa dan hancur kesekian kali. Reen nak tenang dan kembalikan semangat dengan family", jawab Qasreena tenang.

"Maksudnya, Reen elak dari berhubung dengan Azhar? Azhar pulak macam mana?" tanya Raihana benar-benar memberikan satu tekanan buat Qasreena. Namun, Qasreena tahu, Raihana cukup mengambil berat tentang masalah peribadinya.

"Azhar cuba call Reen, tapi Reen tak pick up dan off number tu. Berapa kali juga Azhar ajak siapkan tugasan bersama. Tapi, Reen tak nak masyarakat salah faham, hati Reen juga bukan permainan. Reen bukan wanita yang cekal." suasana sebak menyelubungi anjung rumah kampung tinggalan nenek mereka.

"Maksudnya, Azhar masih contact dan ambil berat?" Raihana menguji sejauh mana perasaan Azhar terhadap adik sepupu kesayangannya itu.

"Ya.. dia nak kami tetap kawan baik. Tapi... Reen rasa nak berhenti je Master ni kalau ia akan menyakitkan hati ni! Reen tak sanggup kak Ana." awan hati Qasreena mulai mendung.

"Reen, sayang.. ukhti seorang wanita yang cekal! Cukup tabah! Jangan ambil tindakan terburu-buru hanya kerana seorang lelaki. Ukhti teruskan cita-cita dan lupakan semua cinta dan perasaan anugerahNYA. Kalau Reen masih terus menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima kenyataan bermakna ukhti tidak redha dengan ketentuan Allah. Ingat sayang, kita wajib percaya pada Qada dan Qadar Allah." pujuk Raihana.

"Ingat! Ketika ALLAH menginginkan dua hati bertemu, DIA (Allah) akan menggerakkan keduanya. tidak hanya salah satu dan apabila dua hati mengingati yang SATU (Allah), maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU". Sudahlah, mari kita ke dapur tolong Mak Su masak tengahari! Kesian Mak Su, esok Kak Ana balik Johor, Reen balik KL semula. Jom!" Raihana menarik tangan Qasreena sambil tertawa berlari ke dapur.

Tawa memecah kesunyian. Menghilangkan segala kedukaan.
Menghapus segala kesakitan. Mungkin ia hilang, mungkin sekadar ditiup angin ria, tapi masih ada kesan di dalam lubuk hati yang jernih.


Hati Kristal bak kata Professor di universitinya. Hati Qasreena perlu diubati, dirawat dengan terapi zikrullah, memuji kebesaranNYA. Sampai masa, hati itu pasti sembuh..

Hatinya bukan untuk disakiti..

Jalan kehidupan Qasreena masih panjang menanti di hadapan. Hidupnya baru bermula. Langkah cintanya masih bertatih, baru mengenal erti kasih dan sayang. Itu bukan bermakna dia gagal tapi, dia perlu mengerti bahawa itulah hukum alam. Lumrah dan ujian yang menjadi persinggahan dalam kehidupan insani..

Bertabahlah, Allah sentiasa ada bersama-sama.

Ketahuilah bahawa pengalaman itu sesungguhnya mematangkan dirinya.

"Life and time are world's two teachers. Life teaches to make good use of time, while time teaches us the value of life."

Dalam nestapa, hati Qasreena lega atas luahan hatinya pada kakak sepupunya. Ketenangan itu memberi satu nafas baru dalam meneruskan perjuangan hati dan semangatnya mencapai sebuah kejayaan. Langkah itu pastinya teratur dan diiringi keimanan dan ketenangan, bukan lagi kesakitan dan penderitaan..

4 comments:

  1. waaah.. teralit bace.. nice.. jiwang2 gitu..=)

    jom tambah ilmu
    sambungan.=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ syukran... apa lah ada pada penulisan yang hanya setitis dari lautan ilham yang ALLAH S.W.T kurniakan... insyaAllah... nti saya singgah

      Delete