Thursday, February 2, 2012

Fitrah Sesuci Embun..





Si kecil itu
Persis sehelai kain yang putih
Bersih...
Tanpa coretan hitam dan warna

Sucinya hati mereka
Jinaknya mereka

Namun..
Ikhlaskan diri membimbing mereka,
Corakkan lukisan kalam Allah yang terindah
Penuhi qalbunya dengan zikrullah
Hiasi akhlaknya dengan bunga adab terindah
Menurut hukum Allah..


Kasihku buatmu ahli syurga
Semoga sampai ke akhirat sana
Semoga ia menjadi saham yang bakal ku bawa
Semoga mereka menjadi saksi di akhirat sana
Menghadap hari pembalasan
Yang akan menjadi pembela ku..
Dari segala kebaikan yang telah ku curahkan..

Ya Allah
Kurniakanlah hambaMU ini dengan kesabaran yang tinggi
Kurnikan hambaMU ini dengan ilhamMU
Dan tabah mendidik tanpa jemu
Sesungguhnya jika itu dapat membawaku
Ke JANNAH sana..
Berkatilah..
Tetapkanlah aku di jalanMU

Semoga mujahadah ini membawa 1 kemanisan di hujung kehidupan
Memberikan kemanisan dalam iman..
Meniti sisa kehidupan..

Ya ALLAH kurniakanlah hambaMU ini sifat istiqamah
Sifat mahmudah sebagai hiasan peribadi
Menjadi ikon buat si kecil yang dicintai
Biarpun ia sukar namun, kuatkanlah semangatku...

Meniti perjalanan yang panjang
KAU lindungilah hambaMU ini
Peliharalah aku dari sebarang mala bahaya
Jauhkanlah dari maksiat dunia
Sisihkanlah aku dari perkara lagho lagi melekakan..
Tetapkanlah diriku di jalan MujahadahMU...
Amin..

Anak didikku,
Sesungguhnya mendidikmu satu kebahagiaan buatku
Mencintai kalian membawa jutaan kebahagiaan
Melindungi kalian membawa jutaan rahmat sebagai balasan
Mengasihi kalian ibarat mengasihi diriku
Tidak berluak tetapi bertambah kasihku pada Yang Maha Esa
Ya ALLAH, Sucinya si kecil itu
Sungguh, aku bahagia di samping mereka
Kerana mereka ciptaan terindah
Suci dan membahagiakan
Walau terkadang pedih mengenangkan cabaran
Namun, itulah resam kehidupan
Itulah adat mujahadah
Untuk peroleh kemanisan
Pasti ada cabaran dan ujian menanti
Samaada sabar atau tidak
Kerana Allah Maha Menyayangi
Tidak akan membiarkan kita terus lalai
Dengan kemanisan dunia...


Sekian coretan buat anak didik tersayang..

2 comments:

  1. Sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan itu fitrah. Ibu bapanya lah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi (sahihain)

    salam ziarah, jemput menimba ilmu di blog WADi jika punya keinginan, insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu..."Muliakan anakmu dengan mengajar mereka adab-adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakan dirinya di dalam syurga".. InsyaAllah... ada masa akan ke sana

      Delete