Tuesday, November 22, 2011

Kerana Sepasang Kaca Mata


Kerana Sepasang Kaca Mata

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa Halina, seorang gadis yang memakai jubah berwarna lembut dan berhijab arab. Hijab yang meliliti sebujur wajah yang berkaca mata dan sebahagian tubuhnya menari-nari tanda menjawab salam angin rindu yang membawa Halina dalam sebuah kenangan semalam. Semalam merupakan sesuatu kenangan yang cukup berharga buat Halina.

Halina seorang gadis berkelulusan Sarjana Perubatan dari Jordan, Mesir, baru sahaja berjaya menamatkan pengajiannya minggu lepas.

Dan, kenangan itu datang lagi membawa jutaan semangat dan inspirasi sebagai azimat kembara hidupnya.

“Ina, belajar rajin-rajin ya. Nanti, bila dah berjaya, jangan lupakan umi. Ingat kita bukan dari keluarga yang senang ina.” Kata-kata pesanan umi sebagai azimat yang tidak mungkin dilupakan.

Kenangan bersama umi yang membakar jutaan semangat untuknya meneruskan pengembaraan hidup dalam menggapai impian yang menggunung tinggi. Umi cukup bersusah payah untuknya, dari kecil sehinggalah dia melanjutkan pengajian ke peringkat yang tertinggi. Tempat pergantungannya adalah Umi. Umi jugalah yang menjadi guru dan sahabatnya. Ketika Halina ditimpa masalah dan kesukaran dalam mengendalikan kehidupan, ibulah tempat meluahkan rasa dan kaunselor yang terbaik dan dekat di hatinya.

Halina masih ingat lagi, betapa Umi bersusah payah memberikan pendidikan yang terbaik buatnya. Ketika itu, Halina masih di peringkat menduduki peperiksaan PMR. Sewaktu ujian percubaan PMR, Halina mendapat keputusan yang teruk sehingga menyebabkan umi menitiskan air mata. Namun, kecekalan dan ketegasan umi memberikan perubahan yang positif dalam hidupnya.

Halina yang pada ketika menduduki peperiksaan percubaan PMR sedang demam panas sememangnya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya. Halina hanya dapat bertahan selama setengah jam dengan keadaan terketar-ketar menahan kesakitan dan selebihnya dia hanya terlantar di atas katil bilik rawatan di sekolahnya.

Sebaik selepas tamat peperiksaan percubaan, umi telah merancang jadual yang padat untuk Halina dengan mendaftar tuisyen di pusat tuisyen yang menawarkan pakej yang cemerlang untuk pelajar PMR. Walaupun kos untuk tuisyen amatlah mahal, namun umi sanggup bersusah payah. Umi yang hanya bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah berdekatan sanggup mengambil upah menjahit pakaian di sebelah petangnya demi membiayai pembelajaran Halina.

Pada suatu petang, sebaik selepas mendapat keputusan PMR dengan lulus cemerlang dengan gred 8A, Umi sangat gembira. Sebagai meraikan kegembiraan yang tidak terhingga, Umi mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran. Antara pesanan yang juga membawa Halina sehingga ke puncak jaya sekarang dan tidak mungkin dilupakan adalah untuk mendoakan kesejahteraannya dan aruah ayahnya.

“Umi nak Ina sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan Umi supaya Umi dapat lihat Ina berjaya nanti. Aruah ayah pun ina jangan lupa doakan ye nak?” sambil menyapu ubun-ubun, Umi tersenyum manis.


“InsyaAllah Umi, janganlah Umi cakap macam tu… Umi dengan aruah ayah tetap di hati Ina. Selama-lamanya. Umie jangan sedih ya, Ina nak struggle untuk SPM dan nak masuk U”

“InsyaAllah… Umie doakan anak umi ni berjaya dunia akhirat. Amin..”

Selepas mendapat tawaran di MRSM Jasin, Melaka Halina meneruskan perjuangannya dalam mengecapi sebuah kejayaan. Sehinggalah dia tamat SPM dengan kecemerlangan 10A1 dalam bidang sains perubatan. Air mata umi yang menjadi sumber kekuatan untuk Halina meneruskan perjalanannya mencari sebuah kejayaan dan keredhaan Allah.

Halina masih teringat lagi satu kenangan yang masih segar dan dapat membakar semangat juangnya sehingga kini. Ketika itu mesin jahit rosak dan umi perlu menjahit menggunakan tangannya demi mengejar tempahan yang menghampiri tarikh permintaan. Jahitan tangan Umi sememangnya cantik dan diminati ramai kawan-kawannya. Kebanyakan pelanggannya adalah rakan sekerja ibu juga.

Paling menyayat hati, jika umi perlu bersekang mata sehingga lewat malam untuk menyiapkan tempahan bajunya. Terkadang mata umi juga kurang jelas, namun umi tidak mahu menempah cermin mata. Katanya mahal, sedangkan jika difikirkan terlalu banyak kos yang umi pertaruhkan untukku. Kos pengajian, kelas tuisyen dan kelas-kelas kemahiran berbahasa lain. Kepayahan dan kegetiran umi lah yang menjadikan Halina kuat dan berazam untuk berjaya dan membalas jasa umi kesayangannya itu.

Umi lah idola hatinya.

Halina memperbetulkan kaca matanya. Matanya mulai rabun sejak dia di sekolah menengah lagi. Ketika peperiksaan percubaan SPM menjelang, Halina kerap menelaah malam dengan menggunakan pelita minak tanah kerana tiada kemudahan elektrik di rumahnya sehingga kekadang terpaksa membaca dalam lampu yang malap di asrama.

Sehingga kini, setiap kaca mata yang ditukar samaada rosak mahupun yang pecah pasti akan disimpan dan menjadi koleksi peribadinya yang akan mengingatkannya kepada pengorbanan uminya. Umi sanggup bersusah payah demi memberikan kesempurnaan buat Halina.

Kini, walaupun Umi sudah tiada, tidak bermakna kenangan itu sudah dilupakan dan pergi bersama tertanamnya jasad aruah uminya. Semangat dan kekuatan itu masih dipengang dan dijadikan sumber kekuatan, insyaAllah. Tanpa disedari air matanya mengalir laju sekian lama menahan sebak. Namun, Halina cuba bertabah dan berfikir positif. Semuanya telah berakhir dan dia perlu kuat membuktikan pada ibunya bahawa kejayaan tetap menjadi hadiah di akhir pengorbanan ibunya walaupun tanpa seraut wajah jernih yang dikasihi dan dirindui.

“Dr. Halina, are you okay?” sapaan Dr. Farid mematikan lamunannya.

“Yes… I’m okay. Cuma, ana rindu pada aruah umi lah Farid!” Farid sahabat lamanya tetap menjadi sahabat yang ada ketika susah dan senang di Jordan.

“Come on friend! Setiap yang hidup pasti akan menemui saat di alam sana, dan pasti akan meninggalkan kita. Tapi, anti kenalah berjuang untuk mencapai cita-cita untuk membuka klinik dan kedai kaca mata tu.” Farid cuba memberi kata-kata semangat.

Memang tidak dinafikan, Farid adalah sahabatnya yang sangat membantu. Sejak dari bangku sekolah lagi Farid merupakan sahabat baik Halina. Sehingga bekerja juga Halina perlu bersemuka dengan Farid, dan memikul tanggungjawab di tempat yang sama.

“InsyaAllah, ana bukan apa Farid. Semangat dan kepayahan yang umi tempuhi untuk mendidik ana sampai ke tahap ini sememangnya menjadi pembakar semangat ana untuk lebih berjaya lagi. Semoga Allah permudahkan, Thanks anyway!”

Sejak dari kehilangan permata hatinya yang selama ini bersusah payah demi membesarkannya, Halina semakin kuat untuk membuka sebuah kedai kaca mata dan klinik matanya. Baginya, biarpun ibunya sudah menemui Allah Azza Wajala, namun cita-citanya tetap tersemat kuat di dalam satu sudut sanubarinya yang dalam.

Hari demi hari dilalui, Halina hanya menetapkan kerjaya sebagai misi dalam perjalanan hidupnya. Farid lah yang menjadi sahabat sejatinya malah dia juga umpama saudara kandungnya juga yang sentiasa ada dalam membimbing dan memberikan sokongan tika susah dan senang.

“Halina, congrates!!!.. Akhirnya anti dapat mencapai cita-cita yang pertama. Kedai kaca mata dah mula masyuk! Klinik bila ni?”Farid sememangnya sahabat yang baik dan setia di sisinya.

“InsyaAllah Farid. Doakan ya?”

“Semoga berjaya Halina! I know u can do it! Jangan putus asa berusaha dan sabar menempuh dugaan yang datang.” Farid mengakhiri perbualan.

Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun kedai “Kaca Mata Ummi” beroperasi dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Bermula dari rakan-rakan terdekat, saudara mara dan kenalan sehinggalah ia menjadi buah mulut dan pilihan pelbagai peringkat usia. Halina tersenyum dan bersyukur atas anugerah rezeki dari Allah.

Halina berjubah lembut putih kosong dan bertudung rona putih bercorak lembut. Tangannya sebok menyusun atur kedudukan kaca mata di hadapan kedainya. Sesekali Halina di kedai selepas waktu kerja, dia tidak melepaskan peluang untuk berbakti kepada kedai yang dibangunkan dengan penuh gigih dan susah payah. Beberapa orang pekerjanya yang terlatih turut membantu.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenalinya menyapa.

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumsalam, ya encik boleh saya bantu?”Halina memberikan perkhidmatan komunikasi yang terbaik dalam berurusan dengan pelanggan.

“Ya, saya nak buat speck baru, yang ni almost broken. Can u give me a suggestion, and I will select then.” Lelaki yang berkaca mata hampir lusuh itu sedang sebok meneliti beberapa kaca mata berjenama Levis.

Hampir satu jam akhirnya lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Zulfahmi itu pun beredar dengan sehelai bil yang bernilai RM450.00.

Hari demi hari, dan bulan berganti bulan, seterusnya berganti tahun. Halina semakin sebok dengan urusan pembukaan kliniknya, namun dalam masa yang sama Halina tetap menyertai beberapa program anjuran Masjid, dan menitikberatkan soal keagamaan dalam urusan kehidupannya. Bagi sesebok manapun kita, tanggungjawab dan peranan sebagai muslim adalah mengabdikan diri kepada Allah SWT, pencipta kita.

Seiring dengan pertukaran bulan dan tahun, usia Halina juga semakin meningkat ke angka yang menakutkan bagi sesetengah gadis sepertinya. Namun, bagi Halina dia tetap berdoa semoga dipertemukan dengan seseorang lelaki yang beriman agar dapat menjadi pelengkap hidupnya dan seorang imam dalam kehidupannya. Tiada apa yang sempurna bagi Halina melainkan keimanan. Bukan tiada yang cuba mendekati Halina, namun istihkharah untuk mendapat restu Allah swt tidak menyebelahi jodohnya disamping sketegasannya dalam mencapai cita-citanya telah menolak mereka dengan cara yang cukup sopan dan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.

Kehidupan Halina tetap kosong tanpa seorang insan bernama lelaki. Jika ada pun, rakan sekerja di hospital dan pekerjanya di kedai dan klinik. Halina tetap bersabar sehinggalah pada suatu petang, sekitar jam 3.30 dia didatangi oleh seorang hamba Allah yang telah membuka rahmat Allah melalui istikharahnya.

Halina masih ingat pesan umi, pilih cinta biarlah berdasarkan iman. Kelak, keredhaan Allah akan membuahkan kebahagiaan sehingga ke syurga sana, insyaAllah.

Kehadiran seorang hamba Allah yang bernama Zulfahmi pada suatu hari bersama keluarganya tidak pernah disangka-sangka oleh Halina. Memperkenalkan diri sebagai anak kepada sahabat aruah umi, menyatakan hajatnya untuk memperisterikan Halina. Seperti biasa, Halina akan meminta masa untuk berfikir dengan melakukan istikharah yang akhirnya dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki berjubah putih bersih yang tersenyum sambil menghulurkan sebentuk cincin. Dalam mimpi itu juga Halina menerima cincin tersebut dan mereka sama-sama bersolat dan bersujud memohon restu.

Dan lelaki itu adalah Zulfahmi. Akhirnya, setelah 3 hari Halina mendapat petunjuk yang baik dari Allah, akhirnya Halina bersetuju untuk menerima lamaran tersebut. Mungkin, Zulfahmilah yang telah ditentukan oleh Allah swt untuk menjadi teman hidupnya buat selamanya.

Hari yang ditetapkan telah tiba. Halina yang sedang disolekkan berdebar-debar untuk melalui satu fasa kehidupan yang baru dan menyempurnakan sebahagian imannya. Namun, Halina yang telah mendapat pendidikan agama dan akademik secukupnya bijak menenangkan diri dengan beristighar serta tidak putus berzikir.

Setelah tiba masa diarak, Halina terpandang 1 dulang hantaran yang dihiasi dengan sepasang kaca mata! Ya, kaca mata yang Zulfahmi beli di kedainya! Tidak salah lagi… Namun, segala persoalan di hati hanya dipendamkan sehingga dia mendapat kekuatan untuk bertanya hal sebenar. Rupanya, Zulfahmi juga merupakan seorang doktor mata. Keluarga Halina dan Zulfahmi juga saling mengenali, cuma mereka terpisah kerana keluarga Zulfahmi berpindah. Walaupun begitu, ia tidak memutuskan khabar tentang Halina dan, Zulfahmi juga tahu segala kesusahan keluarganya sejak dahulu lagi.

“Ana tidak pernah melupakan betapa Umi sanggup bersusah payah untuk anti, walaupun dia memerlukan sepasang kaca mata. Dan kerana sepasang kaca mata ini jugalah, ana berazam untuk mejejaki keluarga anti. Malangnya, ketika itu, anti masih menuntut di Jordan dan umi sudah pergi buat selamanya. Kerana sepasang kaca mata itu jugalah, ana berazam membuka sebuah kedai kaca mata dan akhirnya terbinalah “Optik Umi” sehingga sekarang. Ana juga tidak menyangka anti juga berjaya menjadi doktor mata. Tidak sangka kerana kita sama dan mendapat restu Allah.”

“Terima kasih. Anta cukup sempurna. Ana tidak sangka untuk mengakhiri kehidupan selama ini dengan anugerah Allah yang tidak dikenali sama sekali namun, sebenarnya kita dekat dan perjuangan kita sama. Tapi, sebelum itu, ana nak tanya, adakah anta akan sama-sama memperjuangkan kedai kaca mata kita kerana ia adalah lambang kasih sayang dan cinta kita buat aruah umi?” Halina menahan sebak sambil tertunduk hiba menutup kesedihan yang bersarang di ruang matanya.

“Padang mata ana, kita akan majukan kedai kita kerana sepasang kaca mata ini juga!” Zulfahmi menunjukkan ke arah kaca mata yang pernah dibelinya beberapa tahun yang lalu dan kini menjadi hantaran perkahwinannya.

Ya ALLAH, betapa kuasa cinta Allah itu sungguh unik. Kerana sepasang kaca mata, hidup diteruskan dengan semangat, hidupnya sempurna menemui Cinta Anugerah Allah dan Imannya kuat tatkala ditimpa musibah dan ujian sekalipun.

Buat adik-adik yang dihormati,

Nasihat akak yang mungkin boleh diambil sedikit iktibar adalah:

  1. Bersemangat dalam kehidupan, walau pelbagai raujau dan dugaan menimpa
  2. Kuatkan keimanan dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba.
  3. Berdoa untuk kedua ibu bapa walaupun mereka sudah tiada lagi.
  4. Jangan menderhakai kedua ibu bapa, insyaAllah hidup akan menemui kejayaan dan keberkatan.
  5. Melakukan istikarah dalam memilih jodoh agar restu Allah ada bersama-sama dalam melayari kebahagiaan rumah tangga
  6. Yakin dengan setiap jodoh Allah dan jangan berputus asa dengan setiap kelemahan kerana mungkin kita tidak sukakan sesuatu seangkan ia memang baik untuk kita, manakala mungkin kita sukakan sesuatu namun, ia tidak baik untuk kita. Sesungguhnya hanya DIA Maha Mengetahui.
  7. Berkerja keras dalam belajar agar berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.
  8. Ingat dengan segala susah payah kedua ibu bapa berkorban untuk memberikan pendidikan terbaik untuk kita.
  9. Ingat, “Syurga itu di bawah telapak kaki ibu”.

2 comments:

  1. Tiba-tiba t'fikir p'gorbanan mak akk pulak...very simple loved scene "jodoh rahsia Allah " betul ! dari jauh DIA dekatkan ,dari hilang DIA jumpakan...alangkah bestnya kalau jodoh kita semudah ini ...amin...

    ReplyDelete
  2. pengorbanan yg tiada tara adalah pengorbanan kedua ibu bapa kita... jodoh, insyaAllah... mesti ade ceriteranya yang tersendiri nanti... Semoga dipermudahkan.amin.

    ReplyDelete