Thursday, June 9, 2011

My Creative Words..


Bahagian sebelum ini..

BAHAGIAN LAPAN BELAS

GOLDEN VALUE CONSULTANT


Business “Golden Value Consultant” semakin baik di bawah tadbir adik Nurul sementara dia bercuti menjaga Raudhah membesar. Ummie juga merupakan pembantu terbaik yang membantu adik mentadbir dengan cemerlang. Selepas jer adik Nurul tamat menyambung pengajian peringkat Master Business Information Technology di Lim Kok Wing University, Nurul mengamanahkan adik untuk membantunya sementara dia bercuti.


Sesekali Nurul akan datang ke pejabat melihat keadaan sekitar dan melakukan audit untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, adik mempunyai bakat yang terpendam dan cukup mahir mentadbir perniagaannya.

Alhamdulillah, bulan lepas sahaja, keuntungan syarikat telah meningkat sebanyak 200,000.00 untuk kutipan bulan lepas sahaja jika dibandingkan dengan sebelum ini.

“Syaza, macam mana tender Government untuk consult kementerian penerangan tu? Semuanya Ok? Ada masalah?” Nurul bertanya kepada adik pada meeting minggu lepas bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Head of Department. Turut dibawanya sekali Raudhah, si comel puteri kesayangannya itu. Nurul memang tidak pernah meninggalkan Raudhah bersama pembantu mahupun di pusat jagaan kanak-kanak kerana dia lebih selesa menjaganya.

Sementara meeting Raudhah ditinggalkan di pejabat dan dijaga oleh kerani bahagian pemasaran. Nasib baik Raudhah seorang anak yang tidak banyak kerenah dan mendengar kata. Yang kedengaran adalah tawa ria di ruang pejabat apabila beberapa staff melayan kerenah puterinya itu.

“Alhamdulillah kak, minggu depan kita aka nada meeting kali kedua dengan Kementerian Penerangan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan beberapa rules and regulations. Proposal kita telah diterima pada meeting yang pertama. InsyaALLAH, bulan depan kalau tak ada aral, kita akan hantar consultant seramai 5 orang yang akan memberikan consult selama setahun.

Ia merupakan tender terbesar yang pernah kita terima, yang mana kita akan beri service dan consult start North, Weast, East and South. Memang kita dah prepare consultant yang terbaik. InsyaALLAH.” adik menjawab dengan lancar sekali.

“Alhamdulillah.. Bagus. Teruskan memberikan PR yang terbaik dengan jabatan kerajaan dan kementerian. Jika ini berterusan ini bermakna kita boleh mencapai keuntungan bersih pada hujung tahun berakhir 2019 sebanyak 1juta. Congratulation all and Work hard to turn our dreams into reality.” Nurul memberikan kata-kata semangat kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Head of Department untuk lebih berusaha.

“Ummie, sentiasa update Profile company ya.” pesan Nurul kepada PA yang setia bekerja dengan penuh bersungguh-sungguh.

“Baik Puan Nurul,” Ummie mendengar arahan dengan baik.


“Encik Kamarul, teruskan mencari peluang dan dapatkan maklumat pemasaran terkini.” Arahan Nurul kepada Pegawai Pemasaran di “Golden Value Consultant”.


“Baik Puan Nurul, setakat ini saya masih follow up kontrak di Multimedia Venture dan Kementerian Pendidikan” Kamarul yang komited bekerja sejak 10 tahun yang lalu menjelaskan dengan penuh bersungguh-sungguh untuk menambahkan kontrak dan tender syarikat.


“Puan Maslizawati, I’m sure U boleh focus on effective cost and budgeting. Cut mane-mane cost yang tak relevant, and try to manage IT Department dan Procurement well ya. I tak nak monthly cost macam 4 months ago lebih dari expected ya.” Nurul menasihatkan staffnya sebaik mungkin.


“Baik Puan Nurul. I’ll try managed it with my best!”, Puan Maslizawati seorang Akauntan yang berpengalaman lama dalam bidang perakaunan dan pengurusan kewangan syarikat.


“Baiklah, ada apa-apa pertanyaan dan cadangan? InsyaALLAH, next 2 months I akan come back to “Golden Value Comsultant” dan U all keep it Up a good work ya!” Nurul memandang setiap staff yang berada di meja meeting dengan penuh tenang.


“Puan Nurul, kami perlu Puan attend meeting bersama Kementerian Pendidikan next month ya memandangkan itu permintaan dari CEO mereka.” Wajar Kamarul memastikan tender kerajaan kedua menjadi projek terbesar mereka pada tahun 2019 itu.


“Baik. Nanti update date and time ya. Boleh I arrange nak sent my princess kat mane ya.. hahahaha.. So, now That’s all. This meeting is adjourned ya.” Nurul mengakhiri meeting pada hari itu.


Masing-masing meninggalkan bilik mesyuarat dan menuju ke bilik masing-masing selepas bersalaman dengan Nurul.


Nurul memeluk Syazawati dengan penuh erat tanda penghormatan dan kasih sayangnya sebagai seorang kakak. Nurul cukup menghargai adiknya yang banyak berkorban untuk bersama-sama membangunkan syarikatnya.


No comments:

Post a Comment