Dalam mengharungi arus dunia..
Saya seolah-olah masih mencari pegangan tempat berpaut,
Entahlah..
Saya seorang insan, muslimah dan mukminah..
Sedarlah wahai diri..
Ya saya mencari maghfirah Ilahi..
Dalam kesamaran duniawi..
Dalam kepayahan saya mencari sinar,
Dalam kepekatan malam saya cuba bangun dan mencari kekuatan..
Dalam kesunyian malam juga saya memuhasabah kekurangan..
Dalam kedinginan malam saya pelajari erti keinsafan..
Yang mungkin terlalu halus untuk dikongsikan..
Hanya insan yang dapat merasainya mampu mentafsirkan..
Di sini saya temui..
Sebuah keimanan..
Dalam kepekatan malam.. cahaya untuk menerangi hati dan hidupku..
(Tanpa disedari air mata saya mengalir..)
Kisah ini puteri kongsikan betapa indahnya sebuah keinsafan. Betapa kita manusia diberi kenikmatan.. Tanpa menyedari diri sering melakukan kesilapan dan tidak pernah bersyukur pada AnugerahNYA.. Puisi ini merupakan garapan ilham dan kisah sebenar yang menjadi salah satu episod kehidupan dalam perjalanan diri puteri. Ia juga menjadi pembakar semangat dan sumber keimanan puteri.
Detik itu, puteri hanya mampu bersujud memohon keampunanNYA kerana hanya Allah s.w.t sebaik-baik ZAT yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, kerana tiada siapa yang lebih berkuasa melainkan DIA...
No comments:
Post a Comment