Friday, January 7, 2011
EPISOD 11 : Muhasabah diri.. Jangan menangisi takdir..
"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya 1 fitnah besar berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah beliau berkata, "wanita dinikahi kerana 4 perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
Beberapa rangkap ayat sempat Ayu baca di satu ruangan motivasi Majalah Al-Islam yang memang tak lepas biarpun satu keluaran.
Direnungnya majalah tersebut beberapa kali.
Sesekali pandangan dilontarkan ke luar tingkap menikmati keindahan waktu petang dan kehijauan yang memukau pandangan mata. Sungguh menghijau dan menyejukkan hati yang melihat. Lebih-lebih lagi petang itu sungguh tenang, awan bersih selepas hujan, cuaca mendung-mendung kebiruan.. Subhanallah, cantiknya alam ciptaan Tuhan.
Mata kembali menatap majalah Al-Islam yang masih belum dihabiskan lagi. Sesekali terdengar seruan Azan, lantas Ayu berhenti membaca dan meletakkan kemas majalah di meja dan ruang tamu yang tersusun rapi. Ayu segera melangkah kemas meuju ke bilik mandi untuk mengambil wuduq.
Solat seharusnya disegerakan, hati Ayu berbisik. Dan seraya itu ayu memasang niat dan perancangan untuk menyediakan minum petang dan beberapa kuih kegemaran kedua ayah dan mamanya. Langkah diatur perlahan..
Selesai solat, ayu melipat kemas telekung dan sejadah serta diletakkan kemas di Penyangkut pakaian yang tersedia di bilik solat. Sesudah itu dengan segera Ayu membuka peti ais, melihat bahan apa yang ada untuk menyediakan minum petang hari itu.. Ya, kuih kegemaran mamanya walaupun mama bukan berasal dari Kelantan. Mama suka kuih cik mek molek.. Sangat sesuai la dengan ayu yang molek nie.. hehehe.. getus hatinya.
Pertama sekali ayu mengupas keledek purple sebersihnya dan merebus isi keledek tadi seraya ditumbuk hancur sehinggalah dibentuk menjadi kuih Cik Mek Molek. Akhir sekali, sepinggan kuih Cik Mek Molek keemasan disertakan dengan 3 cawan teh dihidangkan di atas meja makan di dapur.
Sambil menanti mama balik dari kedai Ayu menghabiskan sisa bacaan Majalah Al-Islam tadi dan menghayatinya dengan penuh khusyuk. Dan, seketika itu jugalah hatinya mengingati kembali segala liku-liku kehidupannya sebagai seorang gadis yang meningkat usia. Ya, memang ada manis dan tidak kurang yang pahitnya juga. Dalam hati Ayu berkata-kata.. "Berdosakah aku yang menolak takdir dan akan menimbulkan fitnah duniawi??.. Tapi, jika memang ia bukan jodohku, pasti ia akan hilang begitu sahaja tanpa persetujuanku. Ah, sudah lah usah di kenang. InsyaALLAH, pasti ada sinar menanti di kemudian hari.."
Tiba-tiba..
"Assalammualaiku,... bisik suara lembut dan tertib.
Ayu ke ni?"
Hati ayu masih tertanya-tanya..
"Eh, siapa pula ni.. Muka ada iras Pak Cik Hassan. errrkkkkk..."
Tanpa membuang masa dan berfikir lagi Ayu menjawab salam...
"Waalaikumsalam.."
TO BE CONTINUE.. DA NGANTUK. IT ALMOST 2.02 - 8/1/2011
TOMORROW WILL BE ATTEND A CLASS.. (catatan puteri)
nice entr ya
ReplyDelete@ Syafiq : tq dear... i'll try to write novel creatively. doakan kak puteri kay???.. :)
ReplyDelete