Thursday, September 30, 2010

Cinta Ciber..






Assalammualaikum buat tatapan semua pembaca blog KataHatiPuteri,

Sebenarnya puteri terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan semua, pemahaman semua agar semua blogger yang fanatik faham dan tidak menyalahanggapkan tindakbalas puteri.

Okay, secara lebih jelas dan umum apa yang puteri katakan nie berkisar pada tajuk "Cinta Ciber" sesama blogger.. Dan puteri bukanlah seorang yang mudah terjebak pada Cinta Ciber. Sebenarnya, niat utama puteri menceburi dunia Blogging nie bukanlah untuk "mencari cinta" atau pun memburu seseorang. Jauh sekali mencari perhatian..

Dalam 2 tahun membesar dan matang melalui dunia penulisan blog yang bagi sesetengah orang amat membazirkan masa ni, puteri mulai +ve dalam berkomunikasi, dan menolak pendapat yang mengatakan blog membuang masa. Berbalik pada "Cinta Ciber", bagi puteri memang tak dinafikan ada baik dan buruknya menjalinkan rasa hati melalui dunia ciber sebagai platform titik perkenalan dan pertemuan. Puteri tidak menyangka sama sekali, penulisan puteri mendapat perhatian seseorang.. Secara umumnya, sedari dari awal mungkin seseorang akan mengkaji, menilai insan yang diminati seterusnya meluahkan rasa dan perasaan di hati apabila cinta mulai berputik dan mungkin membuak-buak untuk disampaikan kepada insan yang diminati. Amat beranilah seseorang yang meluahkan rasa cinta dan hatinya dengan berkata jujur dan memperkenalkan dirinya yang sebenar. Namun, ada sesetengahnya yang hipokrit dan tidak jujur mengakui identiti dan personaliti diri..

Justeru, bila ditanyakan soal percaya atau tidak, mungkin pada puteri jauh tidak mempercayai dan mengakui kebenaran niat seseorang itu.. Maksudnya, puteri amatlah sukar nak mempercayai "perkenalan ciber" yang bukan perkenalan biasa. Tetapi, menjadi luar biasa apabila insan itu terlalu fanatik dan hipokrit. Ada sesetengah berkata, u tak tahu.. Mungkin dia ikhlas dan benar jujur dengan perasaannya. Kemungkinan dia tidak bersedia dan berani berterus terang pada pertama kalinya.. Cuba kenali dia sejujurnya dan nilailah apabila tiba waktu yang sesuai..

Nak menilai lagi? Sudah terang lagikan bersuluh, dia datang memang membawa niat yang baik. Ukhuwah, tapi.. niat yang suci tu terpadam oleh keinginan yang drastik! Hanaya kerana sekeping gamba, terpesona pada kecantikan anugerah Allah.. Dalam satu masa, keraguan menidakkan keikhalasan kunonnya.. Mana satu yang harus dipercayai?

Untuk mengelakkan penipuan, dan hak sebagai pengguna ciber, puteri tidak akan mudah mempercayai pada sebarang unsur yang meragukan waima dia berterus terang sekalipun. Bukan puteri sombong, tapi.. kita masih perlu pergi ke dunia realiti, bukan masih dipermainkan di alam fantasi.. Sekian buat coretan kali ini.. khas buat sesiapa yang terasa. Okay..



Puteri bukan menolak kata Cinta Ciber nie xbaik semuanya.. Cuma, kena sentiasa berwaspada pada realiti dunia ciber yang sering menjeratkan manusia.. InsyaAllah, selagi puteri akan mempertahankan hak sebagai pengguna ciber dengan menggunkan internet di atas niat dan platform yang betul!.. May Allah Bless me.. Wassalamm..

Monday, September 27, 2010

Lagi 1 Ikon Bloggers..






Assalammualaikumm...

Syukur hari nie puteri berkesempatan update blog lagi.. Buat tatapan anda bloggers, followers, silent readers mahupun visitors semua..

Malam nie puteri terbaca lagi 1 kisah bloggers yg dah pun membuktikan blog salah satu platform untuk mengeluarkan pandangan, memberikan ketenangan dan kegembiraan.. sebab bila anda menulis anda akan merasa enjoy selain dapat mengenali ramai bloggers yang mempunyai minat yang sama..

"Menulis blog kini bagaikan terapi buat diri saya dalam menangani tekanan sebagai pelajar, selain ia juga cara untuk saya merehatkan minda.

"Malah, minat saya ini juga cara yang paling berkesan untuk memperbaiki cara penulisan saya dari semasa ke semasa," kata pelajar tahun satu jurusan Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu."

Bukanlah popular yang dicari, tapi kepuasan yang diperoleh melalui penulisan dalam memberikan pandangan dan cadangan beserta kretiviti masing-masing.
Okay, utk view blog kedua2x adik beradik nie..
sila click to view : Irene. and Aizul.

Sumber : Laguna Merbok's Blog

Saturday, September 18, 2010

EPISOD 9: Andai Impianku setinggi gunung..

"Assalammualaikum..

Biarlah aku mencoretkan rasa yang tersimpan, Di ruang hatiku yang terpendam.. Sekian lama aku fikirkan..

Dalam diari ini aku lakarkan kisah semalam. Semoga menjadi penawar pengubat duka.. Hilang segala kepedihan, mengukir kelegaan.. Wahai masa, nantikan aku meniti usia ini. Wahai jiwa, kuatkanlah imanmu seiring kematangan usia.. Wahai hati, sabarkanlah dirimu. Wahai lidah, bariskanlah tuturmu dengan kata yang bijaksana tanpa adanya tercacat pada pengaruh emosi.. Yang hanya mengeluarkan kata dengan budi bicara yang terpuji..

Sekian, Tabahlah wahai hati.."

Diari biru Ayu simpan kemas di laci berkunci. Takut-takut ada yang masuk menjengah ke bilik lantas membaca segala rahsia hatinya. Pintu bilik ditutup rapat... tanpa dikunci, kerana segala barang berharga dan duit telah disimpan baik ke dalam laci berkunci. Hari kenduri begini sewajarnya ayu menyimpan kemas segala barang bernilai, ye lah mana tahu ada tangan yang panjang. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..

Ayu bergegas turun ke dapur untuk membantu apa yang patut. Sebelum perlu menyiapkan door gift buat para tetamu, membantu mengemas bilik dan lain-lain lagi ayu ke dapur untuk membantu emak dan mak cik-mak cik yang telah datang awal. Semoga tabah selalu, bisik hati kecilnya.

"Ayu, tolong mak long ambilkan kentang tu. Nak kupas sekarang lah, senang petang nanti dah boleh goreng. Orang datang rewang senang tak lah nak mengopek lagi.. " pinta Mak Long.

"Semua ke Mak Long?" soalku.

"A'ah kakak.. Meh, bak sini". Balas Mak Long.

"Kakak, adik tengah apa ya? Mintak dia buat list menu makanan beradab ye nanti.." Pesan maksu.

"Okay mak su.. Adik tengah mandi tadi. " balasku ringkas.

"Kakak, mak ngah tak sampai lagi ker?" emak bertanya.

"Belum la mak. Tadi mak ngah ada mesej ada kat Federal Highway lagi. Kejap lagi sampai la tu.." aku meredakan hati mak yang risau menantikan adik-adiknya yang masih belum sampai lagi.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam.. eh, mak ngah. Mak, mak ngah dah sampai ni. " jeritku dalam perlahan.
"Panjang umur.. Sihat Kak Sam? Jom masuk. Minum dulu lah. " emak menyambut kedatangan kakaknye..

"Mak, kakak naik lah, nak siapkan door gift kawan-kawan adik esok. Bilik pun tak siap lagi tu.. Mak Ngah, nanti dah free sikit datang atas eh.. Ayu nak mintak tolong mak ngah siapkan bilik adik jugak.. Ayu nak siapkan doorgift ngan hantaran sikit lagi." pintaku.

"Baiklah sayang.. Tapi kakak, mak ngah nak makan dulu boleh?" gurau mak ngah.

"Boleh lah mak ngah.. Kan ayu kate kalau free. hehehe" sambil tersenyum ayu naik ke tingkat atas rumah.

Kring..kring..kring..

Kedengaran telefon bimbit ayu berbunyi..

"Hello intan. Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.. ayu. u tengah buat ape?"
"Erm, i tolong adik prepare ape yang patut lah.. hehehehe.. u jangan lupe datang esok tau intan. " pesan Ayu.
"Mestilah.. i kena datang ayu.. adik best friend i kena la datang. By the way beb, u tak jadi nak jemput boy friend contract ker? hehehe.. " sindir intan.

"Hehehehe.. tu la intan. Tak jadilah.. U cakap kat khairul, i cancelled ye beb. Sian die nak menjadi pelakon jer. I pun segan lah.. Nanti orang ingat i betul-betul dah ada boy friend dan mengharap pada khairul tu mati la i.. But then, i kena kejar dengan girl friend khairul nanti. hehehe.." senyum puteri berbunga ria.

"Tapi, die asyik tanye jer.. U tahu tak yang sebenarnya khairul memang ada hati ngan u ayu? One more thing, khairul ngan shiya tak ada apa-apa lah."

"Gosip apakah yang intan melodikan nie... bisik hatiku."

"Cin Intan sayang, tak berminat lah!.. hehehe. eh, anyway, mintak maaf pada khairul ye. Jangan la dia salah faham ye. I dah insaf, i redha dengan ketentuan.. Whatever la orang nak cakap ape pun and i am okay.. Doa yang baik-baik sahaja okay intan. I akan kuat dan cekal. I am what i am.. Tak perlu lah nak contract boyfriend. I just berharap dan berdoa semoga one day i dapat find someone twin. I mean i nak find lelaki yang ada twin so that mereka lebih memahami i more.. Boleh tak?" ayu bertanya sambil tersenyum.

"Takpe lah.. bagus lah u dah sedar.. k, i'll send your message to him. Tentang twin tu so sweet.. But, tingginya impian u. Ingat senang.. Apepun, i'm always pray for u.. amin.. Ok lah,stop dulu ya.. Kita chat later and see you tomorrow ayu.

"Okay intan..Assalammualaikum. bye"
"Waaalaikumsalam. bye.."

Lantas ayu menyambung cas elektrik pada bateri henfon yang semakin berbunyi untuk diisi.

"Adik, nanti sediakan list menu makan beradab ye.. Mak Su nak tengok.."

.................Bersambung...............

Friday, September 17, 2010

Tak Caye?.. Bacalah..

Salam semua,

Mungkin ia topic yang dah lama bagi anda, rata2x bloggers dah buat entri ni last time(last weeks or days). But then, once i dpt connection dgn stremiyx ni barulah i dapat baca.. Jom share about nuffnang.. U all ragu-ragu, xpercaya tentang nuffnang? Okay, then puteri share satu article newpaper online nie.. Let's read.. C.L.I.C.K

Friday, September 3, 2010

Hidup Seorang Blogger. Maklumat atau pengetahuan bloging baru.


Assalammualaikum..

Apa yang seronok sgt dalam kehidupan seorang bloggers?.. erm, biasa jer.. tak ada beza dengan orang lain.. Sama jer puteri yang dulu tak ada relationship dengan internet dan puteri yang memang lappy addicted.. :D, sebenarnya apa yang seronok sgt dalam konteks entri ini adalah ; Sgt gembira blog puteri dibaca oleh seorang readers dari USM, sedang dia follow blog pu3, make puteri pun add la facebook adik ni.. Apa yang menariknya puteri dapat satu informasi baru yang meyakinkan lagi niat utk google adsense sebelum nie...

Again..new information that i wanna ask everybody.. Anybody wanna explain to me?.. Tapi, rasanya puteri dah cukup faham tentang new info nie.. Cuma, masa yang membataskan untuk puteri memulakannya.. Google adsense, memang dah lame nak try.. Cuma belum lagi berkesempatan dan tak cukup keyakinan sebelum ni nak mencuba.. Tapi, insyaALLAH, kali nie dah yakin sangat memang puteri nak cuba dan sangatlah berbesar hati nak sertainya.. insyaAllah, cuti sem kot.. Semoga diberkati..amen..







English.. erm, bile sebut tentang bahasa yang digunakan dalam google adsense weblog "hanya English".. ramai yang takut.. Puteri pun bukanlah bagus sangat dalam English.. Kalau tak dah banyak article puteri leh create earning.. But, belum lagi.. But, tak bermakna puteri tak boleh dan tak mahu mencuba.. InsyaALLAH, i'll try improve my english.. Kalau english bagus memang that's advantages for us to build our own $$$$$ in this developed and cyber days.. Yang pasti semoga weblog baru nanti bakal melatih puteri untuk menulis dalam Bahasa English dengan lebih baik.. Ye la, bak kata mat saleh, Practise makes perfect tau.. ^_^




Ok, chat dan conversation di atas banyak membantu meyakinkan puteri tentang adsense.. Nantilah... ada masa puteri create.. Dan yang pasti puteri harap nuffnang dapat collect some more by end of this year..InsyaAllah.. kali nie mahu tiga angka!.. Jadilah, dari xdapat apa2x.. nak 4 angka impossible by end of this year :D

Semoga semakin ramai knowledge bloggers yang akan memberikan sokongan pd blog puteri ye.. Tq semua... I'm sure i'm not weasting my time and i'm lucky sebab dapat followers yang informative and memang tak kedekut info nak share.. Thanks! ;) Sehingga bersua di lain ketika!.. Ada info yang dpt create earnings dan etc, puteri will share to all.. Keep in touch! ;) Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... =)
Dan, tadddda... saya lah.. sebaik selesai test tadi.. balik uma sihat.. then rasa xsihat lagi.. weak again.. please demam... go away..

Wednesday, September 1, 2010

KataHatiPuteri Diabaikan?..

Assalammualaikum semua,

Selamat pagi ya.. erm, jam skg dah menunjukkan tepat pukul 3.30pagi.. hmm, mata puteri masih tak mengantuk lagi, mungkin sebab puteri dah tidur terlalu lama semalam.. Dua tiga hari yang lepas puteri demam, tidur je la.. penat sikit, lesu, letih dan terasa sedikit tak selesa atau sakit mesti akan tidur,.. jadi, hari nie puteri langsung tak terasa mengantuk. Tu yang dapat bertahan sampai ke pagi ni... Alhamdulillah..

Di kesempatan yang puteri rasa sangat baik nie, amatlah bagus kalau puteri manfaatkan untuk mencoretkan sesuatu dalam blog katahatiputeri ini.. Ialah, sedangkan blog puteri yang lain berganti2x entri, blog yang satu ini seolah-olah diabaikan.. Eh, betul ke? Tak sebenarnya.. Puteri bukan mengabaikan, bukan juga ketandusan idea, dan bukan menganaktirikan, cuma kekangan masa mengatasi semangat utk berblog ni.. huhuhu..

Erm, skemanya ayat.. U all ada fikir maca tu ker? Bagi puteri, terpulanglah bagi sesiapa pun nak menilai..Yang pastinya, pu3 selesa dengan identiti tersendiri.. Tapi, xder la skema sangat kot..

Sebenarnya, sebelum puteri terlupa, disini juga puteri ingin maklumkan kepada semua pembaca blog puteri, pengikut setia ataupun pengkritik2x (tak banyak pun).. insyaALLAH, puteri akan senyap dulu buat seketika waktu dalam berblog memandangkan pu3 akan bercuti raya mulai sabtu ni.. So, almost 2 weeks tanpa talian network dan internet yang akan mengurangkan traffic dan UV agaknya.. Hoho.. Tak dilupakan, buat semua bloggers maaf dipohon, kata diatur atas salah dan silap, khilaf dan kekurangan yang tak disengajakan.. Manalah tahu dalam berbicara ada mengaibkan sesiapa, dalam menulis ada menguriskan hati sesiapa, dalam berkretif ada mengecilkan hati sesiapa.. Apa pun maaf dipinta.. Bile sebut tentang raye nie.. pu3 dah pau abang long wit raye.. hohoho.. ye la gomen dapat 500 kan, so, minta lah sikit.. hehehe.. tapi, puteri mintak sebab nak gune tau..buat ape tu xbole lah beritahu.. too personal. tapi, keperluan la bukan kehendak.. dan abang dgn bermurah hatinye beri la sikit amount yg puteri perlukan.. after pu3 pujuk.. shukkeee.. semoga murah rezeki abang.. amen..

Apapun, sebagai kata akhir buat blogger yang rajin tu, sila2x datang dan ziarahi blog pu3 eh.. Puteri akan kembali aktif mengupdate rasa hati, pandangan, pendapat, info dan penulisan kretif - novel mulai seminggu raya, insyaALLAH... So, stay tune okay..


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin k..


with luv,
pu3