Dipetik dari Jadikan Allah Sebagai Kecintaan Paling Agung Mengatasi Kecintaan Lain facebook..
Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi dan
rohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinya
ditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai
masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan atau
menghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhibur
atau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuatbuat.
Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak real
dan tidak semula jadi.
Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang dari
dalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tandanya
nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengan
kata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceria
di muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apa
yang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hati
manusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.
Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohani
itu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata di
muka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecuali
orang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembira
dan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutup
hingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah dia
gembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenang
sahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.
Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasa
gembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka.
Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak,
terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalau
dukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung,
muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomelngomel
dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senang
itu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-kelalang.
SEBAB-SEBAB GEMBIRA
Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidak
boleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang menggembirakan
kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Di
antaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:
1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidak
duga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dan
sebagainya.
2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti ingin
lulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja,
tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.
3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai seperti
kepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kita
setelah balik dari kampung dan sebagainya.
4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintai
seperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dan
sayangi dan lain-lain.
5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangan
kita mendapat kesusahan dan lain-lain.
6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh perjuangan,
atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.
7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa,
guru, kawan kita dan lain-lain.
8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencana
yang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas daripada
hukuman itu atau daripada bala itu.
9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cintai
atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.
10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekiansekian
lama.
11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak dibayar.
Bahkan kita sudah melupakannya.
12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sangat
membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebih
lagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.
13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahaja
tanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kita
dibuatnya.
14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakit
yang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.
15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berharga
kepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yang
selama ini sudah lama terputus dan terpisah.
16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.
17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan seperti
menolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang,
mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang bermusuhan.
Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalam
kehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyak
lagi dari itu.
CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN
Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluar
batas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan
yang memberi nikmat. Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan,
menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjuk
kesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasa
meluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkan
kegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlismajlis
maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegembiraan
itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak dan
megah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia boleh
mencacatkan hati orang atau persaudaraan.
Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin melahirkan
rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah seperti
berikut:
1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasa
malu kepada-Nya.
2. Sujud syukur.
3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tanda
bersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.
4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.
5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana mengenang
jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepada
kita.
6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.
7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesama
manusia.
No comments:
Post a Comment