Tuesday, April 20, 2010
EPISOD 2 : Mimpi semalam..
Malam itu terasa malam yang begitu panjang,
Seawal 10malam lagi Ayu sudah melelapkan matanya kerana barangkali penat bekerja hari ini di pejabat.
Jam 12tengah malam.
"Asslammualaikum.." Adam memberikan salam ikhlas dengan penuh sayu, lembut dan lunak.
"Waalaikumsalam.." Ayu membalas salam teman baik yang diminatinya itu.
"Ayu, adam sebenarnya dah lama memendamkan satu perkara, dan adam menyimpannya tanpa ayu ketahui. Hari ni adam harap dapat berterus-terang dengan ayu." Kata-kata adam diatur cermat dan bersahaja membuatkan ayu tenang.
Ayu diam.
Suasana juga diam, tenang, damai walau sesekali terdengar bunyi musical dari laptop kesayangan adam. Adam sedang menghasilkan entri baru di dalam blog peribadinya. Adam mahu menukar lagu latarbelakang blognya.
Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa membawa fikiran ayu jauh dari kesibukan kota.
"Ayu..Hujung minggu ni ayu balik kpg tak?" Adam memulakan sesi luahan isi hatinya.
"Erm, insyaAllah.. ayu balik. Lama ayu dah tak balik, menjenguk ibu dan abah di kampung. Diaorang pun dah berapa kali tanya jer ayu nak balik bile. Lagipun baby airisya asyik tanye pasal ayu jer. Rindu kot baby dengan ayu." Balas ayu lembut.
Nampak ada seraut wajah bercahaya lahir dari sebujur wajah adam. Adam diam seketika..
"Kenapa Adam?" ayu pelik.
"Oh ya ayu plan nak beli teddy bear untuk airisya lah!.. ape kata, petang ni teman ayu pergi Midvalley.
"Boleh jer.. Kebetulan adam free." Harapan adam semakin berbunga. Adam kelihatan sungguh bercahaya dan berseri.
"Ayu.. dah lama adam nak berterus-terang. Tapi, adam takut ayu belum bersedia untuk mendengar. Dan adam masih perlukan masa selama ini sehinggalah hari ini adam rasa dapat satu kekuatan yang luar biasa."
Adam menyusun kata-kata dengan penuh hikmah dan bersopan. Ayu memang cukup mengenali adam sejak 2 tahun yang lepas. Adam memang seorang lelaki yang berbudi, bersahsiah tinggi dan cukup teratur. Ayu bersyukur mengenalinya kerana adam bukanlah seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita.
Kata-kata adam diteruskan lagi..
"Ayu selama ini adam cuba mengenali ayu, memahami dan mendalami ayu sebagai seorang sahabat, Ternyata ayu cukup sempurna pada adam. Ayu sabar, tak mudah patah semangat. Ayu cekal, kuat dan sederhana dalam segalanya. Adam cukup tertarik pada sifat keibuan ayu sejak awal lagi. Tapi, ayu tak perasan."
Mahu tak perasan wahai cik abang adam. Bisik hati ayu. Aku tahulah, cuma aku juga takut aku hanya bertepuk sebelah tangan, hatinya berbunga ria. Menampakkan sedikit keceriaan dan cahaya keserian dari wajahnya.
"Ahad ini adam berhajat membawa abi dan umi merisik ayu. Ayu bersedia kah?" Adam perlu mendapatkan persetujuan ayu sebelum segala persiapan dilakukan.
"Ahad ni?" Ayu seakan-akan terkejut namun hatinya dapat dikawal oleh perasaan yang berbunga-bunga lagi bercahaya.
"Ye.. sebab abi dan umi free this weekend jer. Next-next weekend diaorang banyak attend kursus." Adam memberikan penjelasan.
"Ok. Ayu tak kisah.."
Angin turut meniup lembut baju kurung berona merah jambu yang dikenakan oleh ayu. Dan wajah ayu turut kelihatan berwarna merah jambu apabila dilengkapkan dengan tudung yang sama warnanya. Hati adam juga digambarkan pada keceriaan dan cahaya yang terpancar oleh satu kuntuman senyum yang tulus dan ikhlas..
"Ayu.. bangun ayu. Akak dengar kamu sebut nama adam ya." Suara Kak Nanie menusuk ke kalbu ayu.
Pantas matanya digosok. Ayu bangun dan beristighfar.. Ayu bingung.. Ya Allah aku bermimpi rupanya.
"Ayu mimpi ya? " Kak Nanie yang aku kenali seorang yang baik hati dan lembut amat cantik sekali. Baru keluar bersama tunang nya. Kak Nanie akan melangsungkan perkahwinan bulan depan. Ayu lah yang dijemput sebagai pengapitnya.
"Ye lah kak. Ayu bermimpi jer tadi.. "
"Dah lah.. pergi ambil wuduq dan solat sunat." Kak Nanie mamberikan nasihat yang sering membuatkan ayu hormat kepada Kak Nanie.
"Baiklah kak.." Ayu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduq.
Selesai membersihkan diri dan berwuduq, ayu bersolat sunat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan solat sunat witir. Sebelum melangkah tidur ayu membaca beberapa potong ayat Al-Quran sebagai ubat ketenangan dan kebahagiaan. Dan, ayu kembali tidur pada jam 3pagi.. Hatinya berharap semoga ada sinar menanti hari esok...
.................bersambung...............
No comments:
Post a Comment