About Me

My photo
seorang hamba Allah di muka bumi barakah; yang mencari sinar keimanan, Ummah Rasullullah; juga da'ie yang bertugas sebagai Murabbiyyah si Kecil... sedang bermujahadah mencari redha Ilahi... Wallahualam.. Salam Ukhwah... Jazakallah... **Thinkingg,,,Analyzing,,,Deciding for Writting... Selagi diberi kekuatan atas anugerah Ilham dari Ilahi, terus menulis dan menulis... mencari rahmat dan cintaNYA yang tidak bertepi..

Followers

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Allah bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Allah pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Allah lah penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.." ameen~~~
[Surah Al-Baqarah: Ayat 286]
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan! Allah lah yang memberi kan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah lah juga yang memuliakan sesiapa yang Allah kehendaki, dan Allah jualah yang menghina sesiapa yang Allah kehendaki. Dalam kekuasaan Allah lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Allah Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Allah lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Allah jua lah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Allah lah jua yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Allah jua lah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Allah jualah yang memberi rezki kepada sesiapa yang Allah kehendaki, dengan tiada hitungan hisabNYA" Ameen~~ [Surah Al-Imran; Ayat 26-27]

Wednesday, May 28, 2014

Ya Ilahi..

Ya Allah,
Semakin ku menjauh,
Namun mengapa semakin merasa sakitnya rasa,
Semakin melupakan mengapa tetap dirindui?
Semakin cuba digantikan dengan banyaknya tugas,
Tetapi mengapa masih hadir dalam mimpi?
Ikhlaskan diriku untuk melupakan Ya Allah...
Ingin rasanya pergi jauh dari sini...
Ingin terbang tinggi menggapai bintang di langit..

Ya Allah,
Seandainya dia merasakan apa yang saya rasakan...
Moga berilah ilhamMu untuk kami.
Seandainya tidak,
Bantulah untukku melupakan segalanya..
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah yang telah patah,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu...
Damaikanlah hatinya dengan qada dan qadarMu..
Moga tiada dendam,
Yang ada hanya doa mendoakan dalam diam,
Moga dia tenang dalam keimanan,
Permudahkanlah hidupnya di atas landasan iman yang teguh..
Moga hatiku juga redha dengan ketentuanMu Ya Ilahi,
Moga tunjukilah daku akan jalan menuju syurgaMu..
Jalan yang lurus,
Bukan cinta yang melalaikan,
Bukan perasaan yang menjauhkanku dengan redhaMu..

Moga segalanya dipermudahkan dlm aturanMu..
Sesungguhnya tiada dayaku melainkan dengan pertolonganMu Ya Ilahi..
Ampunilah dosa-dosaku..
Moga layakkanku menjadi ahli syurgaMu...
Izinkanku bersendiri hingga hadir insan yang tepat, pada waktu yang tepat, yang sekufu dan mencintai kerana imanku.. dengan izinMu...
Amin.
Noktah.

Monday, May 26, 2014

Doa dalam hati...

Biar dipendam semuanya..
Biar simpan segalanya,
Dalam hati tersemat hanya Allah yang tahu,
Doa dalam diam,
Mungkin itu yang lebih ikhlas..
Hanya Tuhan yang tahu.
Ya...
Doa dalam diam.

Sunday, May 25, 2014

Hatiku...

Manusia datang dan pergi adat dalam kehidupan,
Namun... kehadiran awak cukup terkesan di hati,
Sukarnya saya untuk lupakan awak,
Mungkin sebab saya meletakkan awak dengan penuh hormat di suatu sudut pada masa itu... Cukup ikhlas.
Ukwah fillah dan telus,
Walau seketika,
Kesannya cukup mendalam..
Sungguh sukar untuk dipadam..
Walau saya cuba delete jejak awak,
Tapi jejak rasa di hati sukar di 'delete'..


Tak apalah...
Mungkin ikhlas bertemu dan berhenti kerana Allah akan ada bahagia di hujung sana...
Saya terus berusaha dan berusaha untuk lupakan awak...
Saya penuhkan masa,
Saya isi kelapangan semata-mata untuk tak berpeluang ingat awak...
Saya bukan manusia yang berhati kayu mudah melupakan segalanya!

Saya tahu Allah sedang merancang sesuatu yg baik untuk kita.. 
Teruskan langkah awak mencari bahagia..
Saya sentiasa doakan yg terbaik..
Saya teruskan mengejar bintang hidup saya!
Jika bukan di sini...
Di syurga nanti.
Semua untuk meraih redha Allah...

Jika ini takdirMU..



http://katahatiputeri.blogspot.com/2014/05/sebuah-pertemuan-pertama-dan-terakhir.html?m=1?

KU DAMBA CINTA ILAHI..JIKA BUKAN JODOH. 

Bismillahirrahmanirrahim.... 

Soal jodoh pastinya bermain di benak hati setiap insan. Siapa yang tidak ingin dicintai dan mencintai bukan? Cinta itu keperluan insani, fitrah dan melengkapkan kebahagiaan. Tanpa cinta hati manusia menjadi kosong, tiada semangat untuk meneruskan kehidupan. Namun sedarkah kita, cinta hanya perlu diraih setelah kita mengenal & mencinta Pencipta kita, Rabbul Izzati sesungguhnya. Cinta insani selepas memperoleh cinta Ilahi itu sememangnya sempurna dan kekal bahagia walau apa jua dugaan yang melanda.

Suatu hari akak dirisik secara peribadi dan tidak formal oleh seorang ukhti yang dihormati serta dikagumi untuk adik lelakinya. Alangkah terkejut akak. Akak ambil masa sehari untuk membuat keputusan pertama iaitu bertaaruf. Alhamdulillah dengan batas-batas agama yang dijaga dan dibajai kami terus berhubung tanpa suara, hanya melalui teknologi whatssapp. Alhamdulillah, atas kurniaanMu ini ya Ilahi! 

Di samping bertaaruf, akak istikharah dan membuat sedikit penilaian awal serba sedikit tentang kononnya 'bakal zauj' yang mungkin akan menjadi sebahagian dari kehidupan di masa akan datang. Satu demi satu petunjuk mententeramkan jiwa. Namun begitu, ada satu perkara yang akak terus tidak selesa untuk berhubung, memikirkan bahawa perhubungan seperti itu walau tanpa bersua dan bersuara lisan tetap dimurkai ilahi. Ya Allah, akak beristighfar panjang, melakukan solat sunat taubat dan menangisi mungkin selama ini mengundang murka Ilahi, walau sekadar di dunia maya. Kami tidak pernah berbual mahupun berjumpa.

Saat itu, akak sedar bahawa cinta bukan boleh diperolehi melalui cara yang sebegitu. Ukhwah wanita dan lelaki ada batasnya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Cinta tetap milik Allah. Hanya bila sampai masanya, cinta itu pasti datang, melamar dan dinikahi oleh insan yang Allah simpankan untuk melengkapkan kekurangan akak dan mententeramkan hati akak. 

Mulai detik itu akak cuba membuang semua rasa hati akak untuk berhenti berhubung walau bunga-bunga rasa sudah mulai berputik, rasa rindu mulai bermain di hati. Namun, keputusan akak muktamad. Semua untuk merebut redha Ilahi... Allahuakbar! Memangis hati akak setiap saat sujud menghadap Ilahi. Namun, cinta Ilahi lebih akak utamakan. Akak berusaha bermujahadah untuk menjadi muslimah yang solehah untuk merebut syurgaNya.. walau tidak lengkap tanpa cintaNya... 

Adik-adik, janganlah dekati zina biarpun sekadar berkomunikasi mesra di dalam dunia maya. Kuatkan iman, berdoa pada Allah untuk menetapkan iman dan diletakkan dari kalangan hambaNya yang bertaqwa. Cinta itu fitrah, namun jangan sekali mengundang kemurkaan Allah walau berbual di ruang maya, apatah lagi dengan mesra. Lepaskan juga biarpun sayang. Moga nanti cinta sebenar kurniaan Ilahi datang memujuk hati kita. Biarpun rasa kekurangan, Allah ada. Jika tidak di dunia, mungkin di syurga nanti. Cinta yang hakiki, abadi cinta yang tulus ikhlas aturan Allah. Adikku, akak masih mendoakan semoga pengorbanan kita untuk meraih dan merebut Cinta Ilahi akan mendapat redhaNya. Moga ada sinar kebahagiaan yang tulus nanti! Usah dirisaukan kata-kata manusia kerana Allah Maha mengetahui walau sayang, walau rindu, simpanlah. Menangislah di sepertiga malam, in shaa Allah seusai itu hatimu pasti tenang.

Ya Allah kurniakanlah kami cintaMu dan pasangan yang mencintaiMu. Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan dengan izinMu... Bertemu kerana Allah dan berpisah keranaMu. Janganlah biarkan kami terus sendiri. Jadikanlah kami insan solehah dan kurniakan kami pendamping terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu... amin.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10152252986914355&id=291202364354

Friday, May 16, 2014

Syukur....

Syukur Ya Allah..
Dengan asbab ukhwah ini,
Saya lebih menghargai setiap hati manusiawi yang hadir,...
Kerana mungkin hadirnya membawa teguranMu,
Mungkin juga bertujuan menginsafkan,
Walau siapa pun dia,
Ia membawa mesej yang baik,
DariMu...
Terima Kasih Ya Allah...
SinggunganMu jua hidayahMu,
Terima kasih untuk tarbiyahMu..
Terima kasih untuk kenangan itu!
Moga selepas ini hati lebih tenang...



Thursday, May 15, 2014

Ya Allah berikan petunjukMu...

Kenapa masih merasa pilu...
Ya Allah...
Berikan petunjukMu..
Moga hilang segala perasaan ini..
Andai dia bukan untukku,
Hilangkan semua perasaan ini,
Sedih dalam senyum,
Pilu dalam tawa,
Biar pergi menjauh...
Wahai Allah Yang Maha Menghapuskan apa jua yg dikehendakiNya,


Moga langkahku tenang,
Biar jiwaku tenteram.
Moga tetap dalam kesabaran,
Moga menjadi muslimah yang kuat!
Beriman & istiqomah dalam kebaikan.


Tuesday, May 13, 2014

Cukuplah Allah bagiku...

Hanya Tuhan saja
Yang Tahu segalanya...
Apa yang kita fikirkan.
Tetapkan iman di hati.
Demi mendapat keberkatan,
Kita hanyalah hamba.
Tetapkanlah matlamat di hati..
Moga Allah sentiasa meredhai.
Biar mengasing biar berdiri sendiri,
Biar berdikari...
Allah Maha Mengasihi.
Allah Maha Mengetahui...

Terima Kasih Cikgu!

Petang yang tenang.
Cuaca redup.
Sesekali angin bertiup nyaman.
Jam di dinding terus berputar laju.
Cepatnya masa berlalu.
Nurul melirik kelendar di sebelah.
15.5.2014.
Oh! Esok hari guru.

Nurul membuka laman sosial facebook dan berhajat mengirim 'wish' dan ucapan buat semua guru-guru yang pernah mendidiknya. Tanpa mereka siapalah dia pada hari ini, bisik hati kecilnya.

Satu persatu nama gurunya disenaraikan.

Nurul menulis sesuatu, kemudian butang share ditekan. 
Selesai.
Nurul tersenyum lega.
Selesai.
Mudahnya ada teknologi yang mendekatkan semua, mengeratkan ukhuwah, asalkan jangan di salah guna in shaa Allah.

Nurul buka blogspot. Niatnya mahu mengarang sajak khas untuk semua guru-guru yang pernah mendidiknya.

"Guru..
Membakar diri untuk menerangi kehidupan anak didikmu,
Jasamu ku kenang selalu..
Mendidikku tanpa jemu,
Menasihatiku penuh kasih dan sayang,
Marahmu untuk mendidik,
Mengalir keringatmu penuh kesungguhan,
Walau besar dugaan,
Biarpun banyak cabaran,
Namun kesabaranmu sentiasa mengukir senyum...

Tanggal 16 May dari jauh ku kirimkan doa,
Ucapan keramat "Selamat Hari Guru" sebagai ingatanku,
Jasamu tetap ku kenang selamanya...
Terima Kasih Cikgu!"


Done!
Publish!
Hatinya merasa lega. Seorang demi seorang guru menerjah mindanya. Oh! Bukan mudah untuk menjadi guru yang bukan sahaja perlu mendidik, namun turut disertai banyak tanggungjawab lain. 

Rindu terkenangkan zaman di bangku persekolahan. Kini usianya menginjak dewasa dan tugas itu turut dirasainya. Kini Nurul juga berkhidmat untuk mendidik anak bangsa yang masih kecil, putih dan bersih.

Nampak mudah mendidik mereka yang 'fresh' ni... namun hakikatnya banyak cabaran lain dari aspek yang berbeza. Apapun guru tetap sama, mendidik dan membentuk insan agar seimbang dalam meneroka dunia, seiring perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.

2014 memberikan pengalaman yang cukup berbeza dan istimewa. Baginya, setiap tahun dia berazam untuk mendidik dengan sebaik mungkin, moga  anak didik mendapat hak yang sewajarnya dan membesar penuh seimbang serta membongkar potensi secara menyeluruh.

"Assalammualaikum cikgu Nurul?" suara si kecil mematikan lamunannya.
"Waalaikumussalam... oh, Yaya. Ada apa Yaya?" Nurul menjawab lembut.
"Rumah cikgu best! Nak tuition lagi. Esok ada ke tuition?" tanya anak kecil berusia 6 tahun itu.
"Oh... hihi. Best ke? Ada. Datang bawa buku tulisan ye. Ada homework bawa ye?"
"Ok. Tq cikgu" Yaya melambaikan tangannya.
"Welcome yaya. See you tomorrow!" Balas Nurul.
"Ok."

Perbualan tamat. 
Hati Nurul lega.
Tahun 2014 niatnya ingin membantu  anak-anak didik semampunya. Nurul meletakkan dirinya pada anak kecil itu. Jika dia berada di tempat kanak-kanak itu, apa yang diperlukan. 

Peribahasa English "Put yourself in others shoes" sentiasa dipegang. Mudah-mudahan mampu memberi manfaat dan membahagiakannya! Untuk berbahagia, kita perlu terlebih dahulu membahagiakan orang lain... lebih-lebih lagi anak kecil yang sentiasa disukai dan dilayan sebaiknya oleh rasulullah.

Kedengaran azan mematikan lamunan Nurul.

"Ok jom kita solat. Dah asar ni.." Nurul meminta semua anak-anak kecil itu bersiap untuk solat. 
Masa berlalu begitu pantas.
Mendidik itu terapi jiwa dan ikhlas adalah tunjang untuk bahagia... Berbahagialah wahai jiwa yang tenang. Berbaktilah!

Monday, May 12, 2014

Sebuah pertemuan pertama dan terakhir...

Semalam antara nasihat yang sentiasa menjadi pegangannya.
Aina, cukup menjadi teman setia di kala suka dan duka.
Hari ini, rindu pada ibunya semakin menebal.
Hatinya ingin mengadu kisah hatinya,
Niat mahu meluahkan apa yang terjadi,
Supaya nanti dia tidak dipersalahkan.
Sejak dari awal ibunya tahu dia berkenal dan saling bertakruf dengan seorang yang dipercayai.

Setelah berkira-kira akhirnya nombor mama didail.
Telefon bersambut.

"Assalammualaikum mama, kakak ni," Nurul memulakan bicara.
"Oh Nurul. Sihat ke kakak?", suara mamanya dari kejauhan.
"Sihat alhamdulillah. Rindu mama la.. lama tak jumpa"
"Ye la kakak kenapa tak balik? Lama mama tunggu"
"Kakak sebok la ma. Tunggu next month ye in shaa Allah kakak balik."
"Ok. Balik tau mama rindu sangat. Semalam pun mama nangis ingat kakak."
"In shaa Allah mama. Mama jangan sedih."
.......

Telefon tanpa suara seketika.

Nurul.diam.

Dari kejauhan mama memanggil-manggil namanya.

"Kakak kenapa ni? Okay ke?"
"Mama, kakak rasa sedih sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Kakak tak tau nak luah kat siapa. Kak tak kuat." suara anak emak itu teresak-esak.

Sedih menyelubungi hati wanitanya.

"Kenapa ni nak?" pujuk puan Rania.
"Semalam kak dah jumpa Zahrul dan dia ok sangat, tapi kak memang dari awal kalau sekadar berkawan siapa pun kak tak nak.. kak pun dah janji tu first and last jumpa."
"Kakak dah tak berkawan ke maksudnya?"

"Ye ma. Kakak tak boleh terus berkawan walaupun dia baik sangat."
"Kenapa?"
"Kakak nak jaga syariat untuk bercinta selepas nikah sahaja. Jumpa dan berbual terlalu banyak tu bagi kakak dah menjurus kepada'percintaan' kan?
"Tapi zaman sekarang mana ada orang sebaik tu kak. Tapi mama tahu kakak dah berubah."
"Ye ma, dulu memang kak tak kisah berkawan tapi kak dah berubah ma. Kak nak menjaga suci dan tinggi nya nilai cinta. Bak kata ustazah fatimah syarha cinta high class tu.."
Mama tegelak kecil.
"Mama jangan gelakkan kak"

"Mama faham. So, kakak takde perasaan dengan Zahrul kan?"
"Mama... Memang kakak takda apa-apa soal hati dengan Zahrul. Tapi, kak sedar perasaan lepas kami decide setuju untuk tak saling berhubung. Sedih la mama"
"Nurul suka Zahrul?" Puan Rania cuba meneka.
"Entah la mama. Kalau kakak suka pun hidup kami berbeza. Lagipun, kakak jaga syariat. Biar yang approach tu direct ke mama & ayah. Kakak tak nak berdosa dengan maksiat hati, mata dan lain lagi. Sebab tu kak tak nak layan sangat, sebab kak takut hati kak jatuh terpikat. Nak pandang mata dia pun kakak berdebar. Jadi baik kakak undur diri. Kakak tak nak terhutang budi walau sikit pun sampaikan minum pun kak bayar sendiri"

"Ya Allah kakak ni...Sampai macam tu sekali?"
"Ye mama kak memang jaga sangat. Bila dah berbual tentang tak tengok wayang ke, kakak terus terkejut. Tergamak dia tanya macam tu dah tengok kakak jenis macam ni..."

"Kenapa kakak tak cakap terus terang je?"
"Kakak malu mama, on that day blur sangat. Macam kelu tak dapat nak cakap apa-apa."

"Sekarang ni kakak yang sedih. Sian anak mama.."

"Kak nak buang semua diary kak. Tak boleh simpan. Kalau kak baca, nanti menangis!.. Setiap kali lukis gambar ada value dan kisahnya. "
Suara semakin sebak..
Puan Rania hanya mampu memujuk dari kejauhan.

"Sabar ye kakak. Oh ya haritu kak jumpa macam mana?"
"Tu la mama, kak first time. Memang tak reti nak jumpa lelaki. Lainlah kalau kawan study yang dah kenal lama ke, jumpa ramai ke. Memang tak kekok. Ni berdua je.. First time.  Memang kak blur, tak tahu nak buat apa. Tapi kak dah cakap kak hanya simpan keindahan hati dan akan buka seluasnya untuk yang halal" Jawab Nurul.

"Oh... Zahrul tahu? kakak pun kenapa tak ajak kawan?"
"Dia tak bagi. Kakak percaya dan respect dia."

"Mama, lepas kak balik Zahrul duduk lama kat situ. Kak tak perasan waktu tu... Kawan kakak yang intai dari jauh. Kakak tak treat him nicely. The most important thing yang kakak takut azab balasan Allah ma. Tak mustahil kakak dilayan sebegitu  oleh orang lain suatu hari nanti."

"Ye ke... tak apalah kak tak biasa. Allah Maha Pengampun. Doa doa dan doa banyak-banyak. Allah Maha penerima taubat. In shaa Allah"

"Mama, betul tak tindakan kakak?"
"Sebenarnya kakak agak drastik. Terburu sikit. Tapi mama percaya kak dah fikir habis habis & buat keputusan dengan istikharah."

"Allah decide for us mama. Kak dah fikir lama yang kak tak layak dengan Zahrul. Lepas jumpa memang kak janji nak stop semuanya. Kebetulan dia pun kata kakak tak sesuai. Memang Allah dah bagi hint awal. Tapi kakak masih terus berkawan sampailah kami jumpa".

"Ok mama faham. Tapi mama pun terkilan sebab mama baru nampak kak happy je haritu"
"Mama, kakak pun tak sangka"
"Mama rasa Zahrul marah kakak tak? Selama ni kak advice dia reduce rokok, then sekarang tengok dalam whatsapp profile dia gambar rokok."
"In shaa Allah, kalau Zahrul ikhlas dia tak marah. Mungkin dia ada sebab tertentu. Bersangka baik lah kak.
"In shaa Allah ma"

"Kak, sebenarnya ada orang tanya tapi mama tak cakap dengan kakak sebelum ni."

"Ma... takpe lah kak malas nak fikir lagi, biar kakak recover dulu hati ni entah sampai bila. Mama doakan hati anak mama ni terbuka ye. Tapi yang pasti kak memang rasa lain sangat. Hiba yang tak dapat nak described. Rasa bersalah pun ada, remuk hati bila kenangkan, confuse dan macam-macam lagi."

"Kak ingat Allah ye. Ni semua ketentuan. Allah yang izinkan. Kalau memang dah jodoh jauh macam mana mesti bersatu. Kalau bukan jodoh berapa lama berkawan dan sayang macam mana pun tak mungkin terjadi. Kun fayakun.,"

"In shaa Allah ma. Doakan kakak."
"Jangan serik untuk berkawan lagi ye."
"Oh... buat masa ni memang kakak dah tawar hati ma. Mama doakan untuk kakak ye."
"In shaa Allah. Sentiasa doakan setiap masa."

Air mata yang bersisa disapu, ingatannya segera pada alunan zikrullah yang memuji Nama Allah. Hari itu berakhir dengan pujian atas segala dugaan dan pelajaran yang cukup menusuk jiwa.

Doanya moga tiada dendam di hati antara satu sama lain, sebaliknya ukhwah fillah.

Tersimpan kemas kata ibunya, "Kalau  memang dah jodoh, jauh macam mana pasti bersatu. Kalau bukan jodoh, sayang dan berapa lama berkawan pun tak mungkin terjadi. Kun fayakun."

Jadilah perempuan baik yang bercinta wahai anakku. Cintakan Allah yang utama. Do the Best, let Allah do the rest. Pastikan cinta yang halal.

Jari jemari Nurul menekan butang click blognya. CLICK

Sunday, May 11, 2014

Sahabat... tabahkan hatimu.

Aina sahabat baik Nurul.
Mereka umpama pantulan di cermin kaca.
Seperti kembar juga. 
Sejak kebelakangan ini hari-hari Aina terasa hambar. 
Nurul tak seceria dulu.
Kadang kala tertawa nampak juga dukanya.

Petang itu,
Sunyi tiada bunyi manusia.
Yang ada hanyalah bunyi deruan angin melambai dan dedaun berterbangan. 
Kicauan burung mengejutkan lamunan Aina. 
Kedengaran telapak kaki manusia.
Seketika Nurul berada di depannya. 

"Assalammualaikum Aina, kenapa Nurul rasa tak selera nak makan ni ye Aina?" 
"Kenapa pulak selalu ok je selera Nurul."
"Entahlah....rasa sedih sangat. Rasa lain, macam lost something."
"Bersabarlah sahabat, Allah ada.. mengadulah padaNya. Saya faham perasaan Nurul. Hati wanita kan... bukan mudah untuk melupakan. Allah is always by your side. Baguslah pendirian Nurul. Jadilah bunga yang terpelihara. Moga kelak awak bertemu jodoh yang tepat pada waktu yang tepat. In shaa Allah." 
"Terima kasih sahabat!" Air mata tetap mengalir. Antara terharu dan duka.
Moga Allah cepat-cepat sembuhkan hati sahabatku ini, detik hati Aina.

Ambik la lirik ni. Renugkan. 

"Ubat hati ada 5 perkara,
Yang pertama baca Quran dan maknanya,
Yang kedua solat malam dirikanlah,
Yang ketiga berkumpullah dengan orang solih,
Yang keempat perbanyakkanlah berpuasa,
Yang kelima zikir malam berpanjanglah...."

Allahuakbar. Syukran ya sahabati...
Air mata laju sekali.
Kali ini hujan turut mengiringi air mata.
Hujan diluar juga hujan di hati... 

Istikharah

Andai hati kita berbelah bahagi,
Istikharah lah...
Walau atas tujuan apa pun...
Moga Allah sentiasa memberi petunjukNya
Atas jalan redhaNya..
Kita tidak tahu sehingga Allah takdir & tentukan,
Boleh jadi sesuatu yang tidak disukai itu baik untukmu,
Boleh juga sesuatu yang disukai itu tidak baik untukmu...
Allah Maha Tahu kemampuan kita..
Allah Tahu daya kita...
Moga di atas landasanNya,
Rebut redha Allah,
Jauhi murkaNya..
Sesungguhnya Hidup adalah pentas ujian...
Dunia adalah penuh dengan ujian,
Siapakah yang paling tinggi imannya?
Bersabarlah jiwa yang tenang,
Beruntunglah orang yang sabar,
Berbahagialah hati yang cekal dan tabah...
Iaitu kita semua. 
In shaa Allah

Saturday, May 10, 2014

Hidup terlalu singkat...

Cepatnya masa berlalu...
Sehari demi sehari berlalu bagai kerlipan mata,
Hidup terlalu singkat,
Maafi sesiapa sahaja yang menyakiti,
Maafkan semua yang mengkhianati,
Buang semua hati yang terasa,
Bersyukur dan bangunlah!
Bangun mengejar syurga Ilahi..
Doa, doa dan berdoa...
Taubat dan bermunajat,
Moga akan ada kesenangan,
Setelah melalui jalan kesulitan...
Janji Allah Maha Benar.


Friday, May 9, 2014

Tazkirah dari mata pena cikgu

Bismillahirrahmanirahim...

Click

Moga kita memperbaiki diri setiap hari. Beristighfar & insaflah setiap saat. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Erti setelah kehilangan.. Pengajaran terbesar.

Benar!
Baru diri merasai,
Pertama kali melalui daerah yang sukar,
Keliru dengan hati sendiri...
Kita baru rasa betapa berharganya seseorang setelah kehilangan...
Namun,
Semalam mustahil untuk diputar,
Terima kasih Allah atas pengalaman,
Moga diri lebih cekal,
Walau hiba,
Walau duka,
In shaa Allah,
Semuanya gerak hati atas ilhamMu..
Biar kehilangan banyak air mata sekarang,
Bukan di alam yang kekal sana..
Ya Allah, beginikah sebenarnya hatiku?
Hilangkanlah dukaku Ya Ilahi..
Ingin saja pergi menjauh dan menjauh,
Untuk melupakan segalanya...
Ingin ku terbang tinggi hingga hilang semuanya,
Bantulah hambaMu ini untuk membuang cerbisan hati yang masih keliru...
Ya Ilahi,
Moga ini realiti dan ketetapanMu,
Agar aku tidak pernah menyesali,
Kun fayakun...
Damailah hati,
Tenanglah diri..
Alunkan ayat-ayat cinta Ilahi,
Mengadu padaNya!
Tenangkan hatimu dengan zikrullah...
Ada hikmah atas setiap yang berlaku,
Percayalah!







Jangan ada benci... Tetap semat namanya dalam doa!

Andainya ada diantara kita nanti,
Berubah arah serta memungkiri janji,
Jangan ada benci...
Doa dalam diam,
Tanpa siapa tahu...

Ya, doa untuk awak.
Moga tiada dendam..
Ukhwah fillah,
Bertemu dengan izinNya dan berhenti keranaNya...
HE decide for us..

SubhanAllah... akhir nafasku.

Hanya padaMu ku bersujud..
Ampuni dosaku,
Tetapkan imanku,
Tetapkanlah hatiku untuk meraih redhaMu...
Walau berapa tahun lagi...
Moga Allah kurniakan ku dengan jodoh yang tepat...
Bukan jodoh yang salah & tidak tepat,
Moga hidup matiku kerana Allah,
Bukan sekadar bicara,
Namun iman terpatri kukuh melalui hati & tindakan yang teguh,
Di akhir nafas khusnul khotimah..
Amin... 

Dalam hiba, Allah kirimkan bahagia

Pernah tak anda rasa down?
Memang rasa terduduk...
Terjatuh dan terjelupuk,
Rasa kosong dan kecewa,
Rasa dipergunakan,
Rasa dipersendakan?
Rasa dungu dengan sesuatu.
Rasa tak disambut,
Rasa tak dirai?
Rasa tak dihargai...
Oleh insan yang selama ini dihormati,
Oleh ukhuwah yang dibajai..
Dan...
Tika itu Allah biarkan kita menangis dan terus menangis,
Pelbagai emosi menekan diri..
Namun ketika itu syukurlah andai istighfar yang menjadi ucapan pertama..
Bertabahlah,
Bersyukurlah ada Al-quran penghilang duka,
Tika itu Allah hadiahkan sabar,
Allah kurniakan tenang,
Senyumlah!
Tabahkan hati...
Hadapi, pergi dan terus lupakan semua yang menjatuhkan..
Berlarilah!
Senyumlah dan katakan, Allah sentiasa ada..
Allah Maha Mengetahui..
Mungkin ada salah kita,
Mungkin selama ini kita semakin menjauh dariaNya,
Kembalilah pada cinta Rabul izzati...
Moga Allah sentiasa membuka pintu rahmat buatmu..


Thursday, May 8, 2014

Please stop ask me.. in the process to recover my heart

Bersilih ganti
Bertanya dan merisik..
Maaf ya,
Saya tidak terfikir lagi,
Cukuplah....
Masa untuk memperbaiki kekurangan,
Pelajari setiap yang menjadi iktibar,
Ambil kisah apa jua yang terjadi,
Moga takkan ada kesilapan yang berulang...
Bukan senang untuk belajar menerima dan melupakan,
Andai mudah untuk kalian,
Tapi bukan saya...
Sama-sama berdoa moga ada sinar buat semua,
Untuk menemui ketenangan...
Ingin saja terbang,
Namun hakikatnya kita tetap perlu melalui hakikat kehidupan.
Biar sendiri..
Biar berdikari,
Tetap ada penduduk syurga yang meramaikan...

Maaf bukan masanya saya fikirkan tentang hati dan perasaan..
Biar riang!
Biar tenang...
Lupakan semalam..
Pantaskan langkahmu..
Sebokkan tugas dakwah,
Banyakkan amal & sebarkan kebaikan..
In shaa Allah.

Wednesday, May 7, 2014

Setiap orang fitrahnya baik..

Ya Allah perbaiki akhlak ku..
Tuntuni langkahku agar di atas landasan agamamu,
Indahkan susilaku,
Perindahkan budi ku,
Moga luhur penuh kesabaran,
Perbaiki imanku,
Indahkan imanku..
Moga menuju fitrah keindahan ciptaanMu..
Bersihkan hatiku,
Moga sentiasa lunak meraih redhaMu..

Cikgu percaya awak pun fitrahnya baik..
Ya,.. awak, anda my readers

TakdirMu...Allah Maha Tahu.

Allah Lebih Tahu..
TaqdirNya Benar,
Dia Maha Tahu...
Sabar dan syukur,
Noktah.
Kembalikan semua padaNya..
Berikan ku petunjukMu...
Noktah.

Tiada yang lebih indah melainkan sujud memohon ketenangan....

Bismillahirrahmanirrahim...

Tika ini,
Bersendirian adalah yang terbaik,
Hanya sujud yang mampu memberikan ketenangan jiwa,
Memohon keampunan & redhaMu Ilahi,
Terasa betapa kerdilnya diri...
Astagfirullahal adzim...
Ampuni dosaku..
Moga petunjukMu ada,
Memimpin ke jalan syurgaMu...

Amin...
May Allah Guide all the way to Jannah
Please avoid me to the wrong way
Oh Allah, Don't leave me alone,
May Allah Bless to others as well..
Amin...


Tuesday, May 6, 2014

Sebok untuk melupakan kesedihan..

Moga gerak kerja yang pantas, banyak dan memenuhi masa lapang melupakan saya pada kesedihan, kepiluan dan kedukaan... Wahai Allah yang memegang hati-hati manusia, moga tenanglah kami & hindarilah dendam... Jauhilah kebencian dan moga Allah pelihara hati kami... 

Mulakan langkah aktifmu.. 
Doa, doa dan doa...
Husnuzon dan sentiasa lontarkan senyuman meskipun hati Hanya Tuhan yang tahu..... 

Ku pohon ilhamMu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap ketentuanNya beserta hikmah. Cikgu menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran. Cikgu mengolah apa yang tertanam di hati.. Apa yang dirasakan biar dikongsi...asalkan bukan umpatan, kejian atau membuka aib sesiapa... Syukur atas ilham itu, Allah berikan rezqi menambah dana di Nuffnang walaupun baru sikit.. This year entah merasa cash out entah tak. Btw, tq Nuffy for your CPUV... :) i'm happy with it! At least Nuffnang appreciate my writing & poems... :)

Pray that i can post very great entry soon and write beneficial poems as our inspiration... we learn from others and u learn too from me... 

Tq for keep browse! Your effort is highly appreciated!

Cukuplah dengan anugerahNya... Syukur.

Kadangkala rasa ingin menangis..
Meratapi rasa....
Menangisi sendiri,
Ya Allah Yang Maha Peyayang,
Tenangkan hatiku bersama penduduk syurgaMu..
Syukur keceriaan si kecil mampu menghiburkan..
Syukur adanya penduduk syurga melupakan seketika episod duka,
Kuatkan hatimu,
Allah sentiasa ada untukmu...
Pastinya,
Esok lebih bahagia menantimu!
Penduduk syurga yang mendoakanmu..
Ampuni dosaku Ya Ilahi..
Muhasabah hatiku...

Andai ku tahu...

Andai ku tahu fitrah cinta insani begini...
Pasti tidak sekali-kali untuk ku mengenali.
Namun semua dengan izinMu,
Untuk mentarbiyah diriku dengan rasa hati,
Untuk mengenali hati manusiawi,
Untuk mengangungkan cinta Ilahi,
Tiada yang lebih indah melainkan cinta Allah,
Atas keredhaanNya
Atas nikmatNya
Syukurku...

Allah Maha Tahu.. andai ini akhirnya..

Hati berat untuk berbicara..
Sebenarnya berkali-kali juga langkahku berundur..
Sememangnya gementar
Walau jiwa ini selalunya tenang
Namun gementar mengatasi keberanian,
Tewas juga akhirnya...Keberanian hilang,
Saya kelu tanpa kata
Memang berdepan itu ternyata sukar,
Mungkin diam lebih baik
Oh! Apakah?
Saya analisa akal di minda
Saya perhatikan seluruh luaran
Ternyata hatiku resah dan tak mampu berdepan..
Keberanian hilang..
Walau cuba perbualan di selang seli gurau dan tawa..
Saya harus pergi secepatnya!
Ya..
Kebetulan hujan rahmat memberi satu kelegaan..
Syukur Ya Allah,
Allah Maha Mengetahui..
Namun setelah difikirkan
Betapa segannya..
Terasa hijab aibku terbuka,
Apakah ia salah di sisi Allah,
Oh mungkin ia mengundang kemurkaan Allah...
Ya Allah ampuni dosaku,
Aku berjanji tiada pertemuan yang kedua,
Andai dia bukan jodohku..
Segala ketentuanMu yang berlaku hari ini dengan izinMu jua,
Setiap yang diatur merupakan pelajaran yang cukup mematangkanku..
Cukuplah...
Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung,
Jika benar bisik akal minda dan hatiku,
Bawalah hatiku untuk mengenal cintaMu yang hakiki,
Bukan bertemu dengan orang yang salah...
Ampunilah dosaku..
Kuatkan semangatku!
Tetapkan hatiku dengan kebaikan,
Bukan sesuatu yang meragukan...

Tenanglah wahai hati untuk bersendirian sehingga hadir anugerah dari Ilahi..

La tahzan innallaha ma'ana

Sunday, May 4, 2014

Tawakal..

Ya Allah,
Ku memohon redha Mu,
Ampuni segala dosaku,
Moga ketentuan ini dariMu..
Bukan sebuah kebetulan yang melalaikan,
Andai dia baik untukku,
Tautkan hati kami..
Andai tidak jauhkanlah hati kami,
Ketuklah hatinya untuk menjauhiku..
Damaikanlah hatiku,
Tenangkanlah jiwaku,
Tanpa ada rasa berbekas di hati kami..
Tiada dendam dan dengki,
Moga tenang untuk kami,
Moga tenang hatiku untuk berpegang dengan tali kesetianku,
Mencintai Rabbul izzati,
Bukan terlalu mengejar duniawi,
Wahai Allah yang memegang hati-hati manusia,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
Cinta Ilahi, Cinta hakiki...

Moga aku adalah hambaMu yang menjaga batas hati...
Hanya untuk yang selayaknya,
Hanya istimewa buat yang halal.

Saturday, May 3, 2014

Sujud padaNya...

Tatkala hati diuji rasa,
Tika jiwa mulai berbunga,
Simpanlah sepenuh hatimu hanya buat yang halal,
Setialah padanya,
Simpanlah hatimu untuknya,
Bukan mencuba, merasa dan berbunga bukan pada masanya..
Jaga syariah akhlak terpelihara..
Mahalkan akhlakmu puteri ayahanda bonda,
Tinggikan peribadimu wahai syabab,
Jangan dekati andai iman belum bersedia..
Moga Allah ilhamkan tenang dari sudut hatimu,
Tundukkan pandanganmu,
Moga barakah Allah mengiringi langkahmu..

Redha dengan apa jua ketentuanNya..
Percayalah,
DIA Maha Mengetahui..

Friday, May 2, 2014

Muhasabah hati

Wahai hati yang lunak, Jangan pernah jatuh hati, Andai ia bakal mengundang kecewa, Jangan pernah merasa rindu, Andai tidak ada ikatan halal... Kerana hati itu berubah sifatnya, Tidak ada sesuatu yang terjadi tanpa izinNya... Kun fayakun.. Yang pasti kematian tetap menjemputmu... Serahkan hatiMu hanya untuk bermunajat, Memuji dan bertafakur mensyukuri nikmatNya.. Pasti bahagia disambut redha Allah, Tenang dan damai selamanya.. In shaa Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails