Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata
Ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela...
"Hai adik akak ni asyik dengar lagu Arjuna beta ni.. ada apa-apa ke?"
"Ish.. takde lah kak. Saya suka lirik dia... motivated kalau tengah down."
"Down lagi? Cukup-cukuplah rasa sedih tu. Dah lebih 6 bulan pun masih terasa down lagi ke Nurul?"
"Akak... bukan dia totally yang buat saya down. Dia dah ada kehidupan yang lebih bahagia. Datangnya sekejap. Macam mimpi. Sekelip mata semuanya.. gone. Kadang-kadang perkara kecil lain pun boleh buat kita down kan?" balasku.
Nurul menarik nafas.
Senyum. Tapi tawar.
"Jadi?..Apa yang buat adik akak ni sedih dan down ni?"
"erm... entah lah kak. Saya rasa berat hati, pilu, lost something, semua tak kena je rasa. Tak tau nak pergi mana nak hilangkan rasa semua ni. Ke sana sini semua rasa ada bayangan dia. Solat je tak teringat.. heehe. Sebab tu saya nak solat lama-lama. Rasa tenang je. Rasa nak duk masjid lama-lama"..
"Tadi kata takde kaitan dia... huhuhu.. Dulu awak ok je. Akak suka Nurul yang dulu."
"Maksudnya akak suka saya jadi "play girl"? No kak... I'm serious with only one. Saya maybe boleh cuba ubah semula be a happy person, positive, open minded. But bukan untuk berkawan. Bab-bab cinta ni saya cukup berhati-hati. Jaga sangat halal haram, batas pergaulan. Nak pasangan yang baik kena jadi baik dulu kak"
"Ala... akak baru nak kenalkan awak dengan seorang kawan ni. Handsome, engineer, baik pula tu".
"Akak ni... saya dah la kerja biasa-biasa. Siapalah saya, bukan top model nak yang handsome semua tu. Yang paling penting, I'm not ready kak. Malu rasanya dengan mama, ayah & yang dah tau dulu. Saya malu, kalau saya tahu ini akhirnya saya tak nak cerita inform sesiapa. Biarlah saya back to normal. Happy betul-betul happy".
"Kawan-kawan je dulu. Kalau ok, teruskan. Move on. Kalau x, just kawan biasa je"
"Kak... saya bukan Nurul yang dulu kak. Saya tak nak berkawan dengan mana-mana lelaki..."
"Akak ingat nak awak lupakan dia yang awak duk teringat, terbayang.. kesian awak. Untunglah dia sentiasa diingati dan dikenang."
"Akak... kalau saya ingat pun saya hanya doakan dia untuk bahagia dan redha dengan semuanya. Lintasan ingatan je untuk saya jangan mudah membuka hati. Moga Allah permudahkan urusan perkahwinannya. Sekurang-kurangya mengurangkan dosa dia, mengelakkan maksiat. Saya ok je... boleh puasa. Walau kadang-kadang diuji rasa down tapi Allah menguji saya supaya ego saya down. Supaya saya be a nice and good women. Kental jiwa dan lunak hatinya."
"Alhamdulillah, akak menguji awak je. Finally awak dah semakin matang! Alhamdulillah.. syukur. Akak doakan awak terus positif dan happy."
"InshaaAllah kak. Saya cuba!.."
"Hebatnya kuasa Allah. Sekelip mata semuanya dalam aturan & genggamannya. Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya. Beruntung bagi hambaNya yang berfikir Dan mengambil ibrah dalam tiap ketentuan & takdirNya... Jadilah orang yang beruntung itu dik"
"Doakan supaya hati saya kuat ye kak."
"InshaaAllah. Sentiasa. Akak sentiasa doakan. Pasti DIA ada... Jangan risau Allah ada. Doa je minta pada Allah."
"Alhamdulillah... saya lega. Now saya rasa happy sangat! Saya nak bahagiakan semua orang. Mama, ayah, abang, adik, family, dan sesiapa sahaja. Jodoh semua saya serah pada Allah. Ada, adalah.. takda pun takpa. Allah lebih tahu. Nak beribadah, ganti hutang-hutang solat waktu baru-baru baligh, hutang puasa, bayar fidyah, sedekah, kerja keras, positif dan bahagiakan semua orang. Mana tahu saya berjodoh dengan kematian. Sekurang-kurangnya saya tak habiskan usia dengan sesuatu yang mengundang murkaNya & saya nak tersenyum di akhir nafas nanti"
"InshaaAllah, tapi akak pasti awak akan bertemu bahagia di dunia sebelum bahagia di syurga nanti."
"InshaaAllah kak. Saya sentiasa positif. Moga takde dendam dari mana-mana pihak. Saya cukup takut kalau ada orang berdendam. Tapi rasanya selagi saya husnuzon, happy & think positif, pasti semuanya baik-baik."
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.
Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )