Saturday, December 21, 2013

Sebuah doa...

Setitis air mata yang jatuh,
Menghayati seluruh rasa yang mengemudi hati,
Menghalusi setangkai hati yang kosong..
Mencari jalan sebuah kehidupan,
Jalanku suram,
Persimpangan mengelirukan..
Pilihan mengaburi mata yang memandang,

Datang seorang insan 
Mengamati setiap gerak lakuku..

"Adik perlukan bantuan?"
Ya, balasku..

"Baiklah, sujudlah. Berdoalah.
Munajat padanya..
Merayu padanya, istikharah..
Mohon hidayahnya.
Bertaubatlah, setiap manusia tidak lepas dari silap dan melakukan dosa..
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.


Lalu aku solat, bersujud dan berdoa..
Seusai bangun dari sujud, dengan bertelekung yang masih belum dibuka,
Di manakah insan tadi?
Di manakah dia?
Siapakah insan itu?

Jam dikerling,
Baru pukul 3pagi.
Aku termanggu..
Lantas beristighfar, menyapu wajah..
Al-Quran dicapai..

Hati berbisik...
Berdoalah wahai hamba!
Allah sentiasa ada untuk mendengar.
Allah sentiasa mendengar permintaan hambaNya..
Allah Maha Berkuasa..
Berdoalah.

Mungkin ini juga sebuah doa..
Untuk diberi hidayah dan keampunannya..

Pesanan buat adik-adik.. Sujudlah. Solat & berdoalah. Kembali kepada fitrah. 

Thursday, December 19, 2013

Hujan..

Jumaat yang barakah,
BumiMU yang indah disirami titisan hujan,
Tumbuhan segar, tanaman subur,
Dan seluruh hidupan sujud bersyukur..
Atas nikmat anugerahMu..
Hujan turun mencurah-curah..

Syahdu mengiri titisan hujan,
Sesekali tawa anak-anak kecil memeriahkan suasana..
Tawa si kecil menyedarkan lamunan.
Keriuhan anak-anak didik mengingatkan tentang sebuah tanggungjawab,
Mungkin ia juga sebagai saham dan bekal,
Andai tarbiyah islamiah yang ditanam,


Oh! Syukurlah masih dapat bernafas,
Sejak akhir ini kematian sering menjadi igauan..
Mungkin itu petanda peluang masih diberikan..
Wahai hamba Allah.. bertaubatlah!
Insaflah..
Walau kematian itu rahsiaNya,
Ketahuilah tiada lagi rayuan untuk diberi peluang kedua andai detik itu, saat itu.. nama kita tertulis sebagai 'insan yang kembali pada alam yang kekal'
Moga di akhirnya nanti,
Kita pergi dalam keadaan yang indah, diampunkan segala dosa, bersih & terpelihara dari dosa & fitnah! Sebagai bidadari syuga... In syaa Allah... amin.

Ya Allah kurniakanlah pengakhiran yang khusnul khotimah.. amin.. Selagi nyawa di kandung badan, berjuanglah! Beribadatlah, bersyukurlah.. hidup bukan untuk sekadar bersuka dan bergelak ketawa.. berbaktilah semampumu...


Allah... Allah... Allah... Allah... Allah...


Jumaat
20.12.2013
Jumaat kedua terakhir bagi tahun 2013

Saturday, December 7, 2013

Kehidupan...

Kehidupan ini akan berakhir.. Bila? Tidak kita ketahui, apakah yang telah kita isi dengannya? Agar bernilai di sisi Ilahi. 

Allah itu lebih besar dari dosa-dosa kita. Kalau kita bangga dengan dosa-dosa yang kita lakukan, celakalah kita. 

Kalau kita berputus asa dengan Allah kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan, maka rugilah kita. 

Hilal Asyraf.
Langitilahi.com

Friday, December 6, 2013

Pusaramu...

Dear my beloved twin: Sungguh berimpian untuk disemadikan di sisi pusaramu di bukit kapar, klang selangor bila tiba waktunya. Pasti kita bertemu lagi. 30 tahun berlalu, mungkin sukar menjejaki pusaramu. Moga Allah beri kesempatan untuk mencari pusara sebahagian dariku. Tentunya awak berbahagia menjadi bidadari syurga.. saat jasadmu tanpa nyawa lahir, syurga terbuka untukmu... Bersih tanpa dosa.. Tapi berpeluangkah ku? Saat menyedari diri ini juga adalah pendosa. Masih adakah ruangku untuk menjadi sebahagian darimu? Seperti dulu. Saat kita di dalam rahim ibu.

Allahurabbi...