Tuesday, February 26, 2013

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...


Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah,  syukur atas nikmatNYA yang tak terhingga dan sujud syukur atas segala kurniaanNYA. 28 February 2013. Pejam celik pejam celik, dah berada di hujung February, nak masuk bulan March. Masa terlalu cepat berlalu. MasyaAllah…  Moga kami tergolong dalam kalangan hambaNYA yang tidak rugi dan mensia-siakan masa yang ada. InsyaAllah.. Sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali insan yang beramal soleh dan berbuat kebaikan. Allahurabbi… Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara sentiasa perlu dikemaskini. Allahurabbi… Kadang kala terlepas pandang juga…. Ya ALLAH tetapkanlah hatiku dengan kebaikan. Moga istiqamah… insyaAllah…



Ingat 5 Perkara sebelum 5 perkara.

1.       Sihat sebelum sakit
2.     Muda sebelum tua
3.     Kaya sebelum miskin
4.    Lapang sebelum sempit
5.     Hidup sebelum mati

TINDAKAN.

So; mulai hari ini perlu ambil tindakan sewajarnya. Terlalu banyak perkara yang terlepas pandang. MasyaAllah… Ok, pertama sekali matlamat perlu sentiasa jelas dan fokus. Seterusnya, perlu lihat 5 perkara tersebut…

1.       Amalkan pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Tak perlu ambil junkfood atau fast food. Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai ganti. Breakfast kalau boleh ambil bijirin penuh. Tekad di hati nak amalkan oat setiap pagi dan supper. Paling penting, susu omega plus…
2.     Muda sebelum tua, beringat sewaktu nikmat usia yang Allah berikan. Tidak perlu tunggu nanti untuk bertaubat. Syukuri nikmat usia muda pemberian Allah S.W.T. Optimumkan amal kebaikan sementara masih bertenaga dan muda.
3.     Jika sekarang diberi kebebasan kewangan, dan mencukupi keperluan, perlu ingat untuk buat sedikit simpanan untuk hari esok. Jangan terlupa bahawa ada hari esok yang tidak pasti lagi. Jika sekarang kita membuat tabungan, insyaAllah, ringan lah sedikit bebanan di hari kemudian, apa yang diperlukan sudah disediakan. Rezeki yang ada jangan dibazirkan pada yang tidak memberikan apa-apa manfaat dan tak perlu pun. Kelak, menyesal badan.
4.     Jika sekarang kita masih dikurniakan waktu lapang bersama keluarga, manfaatkanlah. Jika diberikan waktu lapang untuk beribadat, perlu lakukan sebaiknya. Sebaliknya, jangan mengeluh kebosanan. Bimbang jika Allah kurniakan kesebokan kelak, barulah sedar betapa berharganya nikmat masa lapang itu.
5.     Syukurilah nikmat usia yang Allah berikan. Sementara umur masih panjang, penuhkanlah ilmu di dada, persiapkan bekalan ke sana, perbanyakkan amal kebaikan, kurangkan kemungkaran, dan cuba jadi yang terbaik berbanding semalam. Jika kita inginkan kehidupan yang baik dan mati dalam khusnul khotimah, usahakan yang terbaik. Perbanyakkan doa moga Allah permudahkan dan dekati insan-insan soleh agar dipermudahkan menuju jalan kebaikan. InsyaAllah.



Ya ALLAH, moga dilancarkan segala usaha baik kita. InsyaAllah..

La haula wala qu wata illa billa hil aliyy il adzim…



Monday, February 25, 2013

Ya Hanana....


Ya Hanana bi Muhammad dzalikal fadlu minALLAH..
Ya Rabbi, Ya ALLAH..
Kerdilnya aku di sisiMU..
Kecilnya aku dikalangan insan soleh dan solehah..
Jauhnya aku dari syafaat nabiMU..
KekasihMU..
Yang jauh dari sunnah nabiMU..

Namun…
Bukan tidak kuimpikan,
Bukan tidak ku usahakan..
Namun, ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buatku..
Mungkin bahagia itu menanti di hujung..
Atau tersimpan indah di dunia baru..
Reserved buatku di JANNAH Abadi..

Walau sunyinya hatiku di sini..
Namun, ku syukuri atas ujian ini..
Mungkin banyak aspek lain yang perlu ku perbaiki..
Banyak sunnah lain yang boleh kuikuti dan teladani..
Mungkin itu selawat itu yang akan menyinari jalan untukku bertemu di syurga sana..
Ya Rasulullah s.a.w