BAHAGIAN SEMBILAN
PUNCAK KERJAYA
Seawal 6.10pagi, tatkala kabus pagi
menebal, embun menitis di pagi hari yang barakah, subuh membuka lebaran hari
Nurul.. Sesudah solat, Nurul menadah tangan bermunajat pada Allah Rabbul
Izzati..
"Seandainya
telah tercipta dia untukku, baik buatku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Seandainya bukan,
Damaikanlah hatiku dengan takdirMU,
Sesungguhnya KAU maha mendengar dan mengetahui Ya ALLAH..
Amin ya Rabbal Alamin."
Seusai solat Nurul bersiap
mengenakan 1 sut kemeja berwarna biru muda. Disertakan selendang arab berwarna
kebiruan, atau light blue. Lantas dia mengalas perut dengan sekeping roti
wholemeal, dengan segelas susu segar.
Selesai bersarapan, Nurul keluar
melangkah dengan penuh tenang. Pak Hassan yang setia bekerja sebagai Driver
selama 5 tahun dengannya tersenyum mesra.
“Assalammualaikum Cik Nurul, wah..
nampak manis hari ni” tegur Pak Hassan.
“Waalaikumsalam Pak Hassan. Terima
kasih. Hari ni ada appointment dan meeting, so kena smart sikit.” Balas Nurul
seraya tersenyum mesra.
Pak Hassan juga telah dianggapnya
sebagai ayah bagi Nurul.
“Dah sarapan Pak Hassan?” Nurul
memang sentiasa mengambil berat tentang pekerjanya. Baginya kebajikan
pekerjanya cukup diutamakan.
“Oh, dah tadi mak cik siapkan awal
pagi. Alhamdulillah. Cik Nurul banyak appointment nak keluar ke hari ni?” Pak
Hassan cukup berdisiplin dalam menjalankan tugas.
“Hari ni.. erm, rasanya tak. Semua
urusan dalam pejabat. Mereka yang datang tapi, apa-apa pun nanti saya inform
kemudian ye Pak Hassan.” Nurul membelek-belek diarynya hari ini. Check list
yang telah disiapkan tadi untuk jadual dan aktivitinya sepanjang hari itu.
Setiba di perkarangan bangunan
pejabat, Nurul menaiki lif dan seterusnya menuju ke tingkat 8. Sejak pejabatnya
berpindah ke bangunan baru di tingkat 8 itu, Nurul rasa peningkatan disiplin
pekerjanya semakin meningkat. Jika tidak dahulu mereka bertempat di bangunan
lama, tingkat 14. Menjadi kebiasaan staff akan tiba lewat sedikit kerana
kesesakan di dalam lif mahupun kesesakan lalulintas.
Nurul memasuki pintu masuk
pejabatnya. Senyuman manis penuh karisma dihulurkan buat semua staffnya. Nurul
cukup peka dengan setiap masalah pekerjanya. Baginya, mereka adalah sahabatnya
kerana setiap operasi syarikat bergantung pada komitment dan kerja keras mereka.
Jadi motivasi mereka perlu sentiasa dipupuk melalui hubungan yang baik antara
mereka, selain memberikan training, one to one, dan sebagainya. Jika ada
keuntungan lebih, Nurul pasti membuat mesyuarat untuk merangka lawatan dan hari
keluarga. Mostly, semua demi menjaga kebajikan pekerjanya.
“Assalammualaikum, morning
everyone!” manis Nurul melangkah sambil tersenyum buat semua.
Ummie, kelihatan manis berbaju
kurung warna biru berbunga keemasan. Cantik sungguh! Tersenyum ayu sambil
member penghormatan kepada majikannya.
“Waalaikum salam Cik Nurul! Wah..
cantik hari ni!” suara keriangan Ummie menambahkan serinya di pagi hari. Memang
bagus untuk membuka rezeki di pagi hari. Nurul memang menekankan kepada
kakitangannya untuk senantiasa mempunyai sifat yang baik, tersenyum di pagi
hari dan elakkan memasamkan muka! Greeting juga penting bagi mempereratkan
hubungan masing-masing.
“You pun
apa kurangnya. Ayu berbaju kurung! Anyway, warna dia memang cantik!” puji Nurul
kepada setiausaha yang rajin itu.
Tersenyum simpul Ummie menahan malu.
Ya lah dah kena puji dengan bos! Hehehe..
“Cik Nurul, how are U?” Encik
Khairul mencelah di sebalik perbualan dua gadis berdua itu.
“Alhamdulillah, fine.. Bertambah
sihat bila tahu U all kerja bagus! Oh ya, semalam kita dapat pujian dari
Syarikat Bumi Cemerlang tau! Good deal U did! Congratulation and Keep it up
Encik Khairul!” Nurul tersenyum lagi.
Nurul bangga dan tak sia-sia
mengambil pekerja seperti mereka. Sanggup bekerja lebih masa, tak kenal erti
penat, dan sentiasa berusaha untuk memajukan syarikat. Bukan apa, Nurul pun tak
kedekut nak memberikan bonus jika ada rezeki dan keuntungan lebih dari
syarikatnya itu. Apalagi, masing-masing menunjukkan prestasi kerja dan potensi
masing-masing.
Mereka cukup bertuah, Nurul juga tidak
lokek memberikan peluang kursus peningkatan kerja dan motivasi mereka.
Kesannya, mereka tidak bosan dan kerja berjalan baik sekali!
“Oh.. tu semua sebab Cik Nurul juga
cool. Tak terlalu kedekut!.. hehehe.. Diaorang dapat discount terus on jer buat
kontrak setahun dengan kita! Hahaha.. “ tawa Encik Khairul memenuhi ruang,
menghidupkan keceriaan.
“Hehehe.. ye la, kadang-kadang kita
kena ada give and take. InsyaAllah, tak rugi. Harap-harap dia akan sambung dan
sambung kontrak! Amin.. “ Nurul menadah tangan dan kadangkala sikap Nurul yang
masih muda itu melucukan.
Walaupun dia masih muda, namun
kematangannya jelas terpancar. Nurul cukup bersyukur dikurniakan kakitangan
yang menceriakan.
“InsyaAllah, boleh punye Cik Nurul.”
Jawab Encik Khairul.
“Work hard toward it! Ok la, I nak
masuk bilik. Happy Working ya!” Nurul melangkah lembut memasuki biliknya.
“Oh ya, Ummie, nanti U masuk bilik I
ya! Please present for me today’s appointment and check list. Thanks” Nurul
memandang Ummie yang sebok menaip minit meeting.
“Ok Cik Nurul. Sure, can!” Ummie
menoleh ke arah Cik Nurul lantas mengangguk sambil tersenyum manis.
Pintu biliknya dibuka
perlahan-lahan.
Air cond dipasang pada suhu yang
sederhana. Meja dikemas dan disusun teratur. Nurul memasang suiz computer riba
dan desktop computernya. Bulu ayam diambil lantas digunakan untuk membersihkan
peralatan dan perhiasan yang tersusun di atas meja.
Bunga yang terletak di atas meja
disusun rapi. Sesekali ingatannya terbang jauh pada seraut wajah Adam Fahmi.
Setiap kali Nurul memandang kuntuman rose merah, setiap kali itulah dia
terkenangkan seorang lelaki yang pernah menjadi igauannya.
“Nurul, Happy Birthday! Moge murah
rezeki, panjang umur!” 3 kuntum mawar merah beserta 5 cawan cup cake menjadi
hadiah buat tahun pertama mengenali Fahmi. Sekian lama Nurul membesar di atas
bumi ini selama 22 tahun, inilah kali pertama lelaki yang tiada hubungan
persaudaraan celebrate birthday. Hehehehe.. malunya Tuhan sahaja yang tahu.
Debaran di dada memang tak dapat nak
dihentikan. Jantung seolah-olah laju mengepam oksigen tika itu. Wajah Nurul
merona merah! Petang itu kebetulan kelas bermula lewat, jam 4petang. Sebelum
kelas, mereka memang merancang untuk study group. Tak sangka pulak mereka
melencong celebrate birthday! Hahaha.. Padan muka! Terkena! Malu!
Lelaki ini… takpalah, dia tak cakap
apa-apa pun. So, assume dia tak de perasaan kat aku lah! Jangan perasan Nurul!
Sila terima dengan hati yang terbuka.
“InsyaAllah…. Eh, susah-susahkan
Fahmi degan Kak Azie jer!.. Thank You so much!!!” Nurul tersenyum riang.
Hatinya cukup gembira, namun kelopak matanya mulai bergenang dengan air mata.
Heeee.. terharunye!!..
“Tak ada apa Nurul. Kami bersyukur
dikurniakan sahabat macam Nurul. Komited dalam pelajaran. Tak sia-sia kami
group dengan Nurul. Nurul rajin, tak berkira. Pendek kata, kami sangat hargai
Nurul!” Fahmi ikhlas berkata sambil terjerit gembira.
K.Azie juga turut mengangguk.
Tersenyum manis. Dia turut memberikan sedikit ucapan.
“A’ah Nurul. Tak ada apa kalau
dibandingkan dengan kerja-kerja Nurul. Semua Nurul yang monitor, Nurul boleh
handle semua. Kami rasa bertuah sangat! Akak sayang Nurul!.. hehehe..” satu
kucupan mesra singgah ke pipi gebu Nurul.
Maka satu kemesraan telah bersatu.
Mereka bertiga kini sehati sejiwa. Di sebalik kuntuman mawar Nurul terlihat
kepingan-kepingan cinta dari sinaran mata Fahmi. Namun, ada sesuatu yang
tersimpan di sebalik rahsia kelopak mata. Nurul melihat mata Fahmi cuba
berselindung di sebalik sinar matanya yang pucat dan kelesuan.
“Cik Nurul. Are U okay?” suara Ummie
kedengaran sayup dari bahagian pintu.
Eh, aku mengelamun pagi-pagi ni!
Haih!.. malunya! Hahahaha.. Fahmi oh Fahmi! Angau ke aku ni?! Haih!!..
“Ya Ummie, ni ha.. I tengah baca
buku ni.” Nurul mencari alasan untuk menyelamatkan diri. Hehehe..
“Oh… bagus tu buku motivasi…. Oppps…
motivasi Cinta! Hehehe.. good. I pun suka baca buku motivasi cinta ni” Ummie
terseyum.
Alamak jangan tanye aku lebih-lebih
sudah. Baca pun belum buku ni.. haha..
“Anyway, schedule hari ni, Cik Nurul
ada meeting dengan Lembaga Pengarah untuk monthly meeting, Meeting untuk
Kontrak “Syarikat Bumi Cemerlang”, Meeting untuk promotion New Year, dan petang
tu Cik Nurul free.” Terang Nurul satu persatu.
“Ok, good. Nanti kalau ada orang nak
jumpa ake sebelah petang tanya I dulu ok..” Nurul mengarahkan Ummie penuh rasa
hormat.
“Baik Cik Nurul.” Kelihatan Ummie
mencacatkan sesuatu ke atas buku nota yang dibawanya.
“Oh ya, Ummie, nanti email I minute
meeting pagi nie, I nak check draft then, dah confirm approved nanti baru U
boleh print copy untuk meeting ya? ASAP before 10am ya.. Hari ni kita full
dengan meeting jer. So, get ready Ummie.” Nurul memastikan mmie bersedia.
“Baik.
Saya cuba yang terbaik. Cik Nurul ready check inbox. I email sekejap lagi okay.
So, kalau tak ada apa-apa lagi I keluar.” Ummie tersenyum hormat.
Nurul
tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
Pintu
ditutup perlahan. Nurul kembali di alam nyata setelah mengelamun sebentar tadi.
Haih! Mengapa perlu hadir lagi… Aku perlu bercuti ni! Roh tak masuk dalam badan..
huhuhu..
BAHAGIAN SEPULUH
MOTIVASI CINTA KEHIDUPANKU
Nurul
menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Sementara menanti email Ummie dan
menanti saat meeting, dia menatap buku motivasi kegemarannya hasil tulisan
Dr.HM Tuah Iskandar al-haj, sesekali dia termenung..
"Erm..
Jinak-jinakka diri anda dengan sungai sebelum membeli joran. Biar tidak
mendapat ikan kerana tiada joran daripada ada joran tetapi disengat ikan..
Kelakar juga kata-kata hikmah ni.. " kata hati Nurul sambil
tersenyum.. Betul juga kata Dr.HM Tuah ni, hati Nurul berbisik lagi.
Nurul
gemar membaca sambil berfikir kerana ia merupakan senaman minda yang terbaik.
Ia juga merupakan terapi terbaik untuk memuhasabah diri. Seketika fikirannya
melayang, mengenangkan tragedi semalam lagi..
Mungkin,
aku yang terlalu mencari kesempurnaan.. Tapi, bukankah kita seharusnya menilai
dari pelbagai sudut dan segi agar kelak tidak merana... Namun, jika dibiarkan
kelak cinta itu akan pergi buat selamanya.. Tapi, bukankah semua tu soal
jodoh.. Kalau memang dah takdir ketentuanNYA, semuanya pasti kemas teratur oleh
Allah s.w.t. Monolog dalaman Nurul akhirnya dikejutkan oleh setiausahanya,
Ummie.
"Assalammualaikum cik Nurul.. Mengelamun lagi
ker?" Ummie menyapaku dalam senyum.
"Ummie nie, ada2x jer!.. hehehe.. Actually
yes..I need vacation this weekend. I dah melayang-layangkan kisah semalam. I
tak tahu kenapa.” Nurul berterus terang.
“Cik
Nurul, U have to.. Pergi ke pantai or tasik. InsyaAllah, mesti tenang! Ajak
Encik Zul.” Kata-kata Ummie mengundang tawa.
“Heheheehe.. Entahlah, dia busy lah
Ummie. Anyway, cuba U baca words Dr.HM Tuah ni… geli hati pun ada."
Lantas
buku novel motivasi Nurul yang menjadi koleksi bahan bacaannya di kala
kebosanan, lemah dan bersemangat bertukar tangan. Ummie cuba menghayati maksud
yang cuba disampaikan melalui ayat yang disusun. Dr. HM Tuah memang merupakan
motivator ataupun doktor cinta yang dapat merawat kegusaran hati pembacanya
mengenai cinta. Kadang-kadang kita rasa seolah-olah kisah kita ada di dalam
penceritaannya. Maksudnya, dia sememangnya mengungkap kisah masyarakat dan
menyelami sebenar masalah masyarakat.
Ummie
dipandangnya turut tersenyum.
"Ia lah cik Nurul.. Kelakar!..Tapi
memang betul.." Ummie mengiyakan.
“Betul
kan?” Balas Nurul.
“Tapi
kan Cik Nurul dah bertunang? So why worried sangat?” Ummie musykil dan agak
terpinga-pinga.
“Betul,
tapi Cinta ini indah bagi insan yang merasainya. Saya tak bercinta pun dengan
tunang saya ni. Semuanya secara kebetulan. Dia pun busy jer memanjang. Saya
terima atas takdir Tuhan. Semuanya saya serahkan padaNYA.” Nurul cuba meluahkan
apa yang terbuku di hatinya ketika itu.
"Cik Nurul jangan risau.. Cinta akan
datang bila tiba tanpa disangka-sangka. Cinta juga anugerah ALLAH kalau sampai
serunya. Jangan cik Nurul takut, sebab cik Nurul muda lagi untuk mengenali
Cinta itu nanti!..Cik Nurul baik hati! Mesti Cik Nurul akan mendapat
pasangan yang baik juga!…" kata-kata semangat dari Ummie yang lincah
betul-betul menambahkan lagi semangatku!.
"By the way, Thank You Ummie. Awak
antara orang yang menyokong saya. Kalau orang lain dah siap nak match matching
lagi.. adoi, macam lah saya nie desperate pulak"
"Erm, diaorang
tu memang dengki!..hehehehe.. Taklah cik Nurul, diaorang sayangkan cik Nurul
tu.. "Balas Ummie.
"Kalau sayang sabar lah kan..
" Nurul membalas ringkas seraya tersenyum.
"Tak apa, nanti saya explain kat
diaorang ye cik Nurul. Saye kan jurucakap cik Nurul.. hehehe..Oklah cik Nurul,
saya nak siapkan Report dan minute meeting yang cik Nurul minta semalam. Petang
ni pukul 3.30 kan meeting tu?"Ummie meminta diri.
"A'ah..dun forget remind all tru email ya
Ummie." pesanku sebelum Ummie beredar dari pintu.
"Baik Bos!" Ummie mengakhiri
perbualan sambil tertawa meninggalkan bilikku.
Ummie..
itulah setiausahaku, dialah temanku dan motivatorku.
Tak sangka kali pertama aku berjumpa dengannya
ketika interview lah.. Ummie orangnya lincah dan memang suka lompat kerja..
Katanya mahukan pengalaman dan persekitaran baru.. Aku yang mula-mula tidak
yakin dengan Ummie diyakinkan oleh Dato Zakaria.. Katanya, biarlah kita
mencuba. Aku takut sangat dia kerja tak lama.. Aku takut dia nak cari
pengalaman baru pulak setelah kerja dengan aku selama setahun ke, paling parah
sebulan atau seminggu.. Rupanya jangkaan aku salah sama sekali. Ummie memang
seorang yang rajin, cekap dan bijak. Dia memang cukup komited dengan kerja dan
tugasan..Tak sangka juga aku boleh menjadi kawan baik dengan setiausahaku sendiri..
Dia memang cukup sporting! Pendek kata memang sekepala lah!..
Tuk, tuk, tuk…Lamunan Ayu
terhenti oleh ketukan semula pintu oleh pembantu peribadinya, Cik Ummie.
“Assalammualaikum
Cik Nurul” suara merdu Ummie memenuhi ruang biliknya.
“Waalaikumsalam.
Masuk Umie.” Jawab Nurul penuh berhemah.
“Cik
Nurul, tadi ada panggilan dari Encik Fahmi dari KH Construction and Multimedia
Berhad call untuk appointment petang nie atas urusan kerjasama katanya. Boleh
ke Cik Nurul terima appointment ni memandangkan petang ni tak ada apa-apa
urgent meeting atau appointment. Schedule besok memang Cik Nurul pack.
“Oh,
Encik Fahmi tu uni mate saya. Boleh, appointment pukul 3pm ni ya.. Sebelum
asar, sebab saya plan selepas asar nak datang ke office semula untuk siapkan
semua plan dan budget bulan depan. Oh ya, Umie jangan lupa siapkan revised
minute meeting yang dah dibentangkan semalam dan kalau sempat minute meeting
next week siapkan by this Friday ya. Ada apa-apa call saja saya ya.“
Pesanku
kepada PA yang banyak membantu dalam pembangunan syarikatnya itu.
Umie
merupakan seorang pekerja yang rajin dan cekap.
Sebab
itulah dia pernah dianugerahkan sebagai pekerja cemerlang “Golden Value
Consultant” pada tahun lepas sempena Dinner Company. Nurul juga tidak
teragak-agak memberikan ganjaran seperti membelikan souvenirs apabila pulang
dari melancong, menyambut hari kelahiran Umie secara mengejut, membelanja Lunch
dan sebagainya. Pernah sekali Nurul membelikan Umie sepasang Kurung untuk
Aidilfitri yang lepas. Semuanya hanya kerana tugas yang cekap dan amanah. Pada
Nurul, tidak salah menghargai seorang pekerja yang benar-benar cemerlang
seperti Umie.
“Baik
Cik Nurul. Kalau macam tu saya keluar dulu.” Umie meninggalkan bilik Nurul
dengan penuh sopan.
Kring..
kring… Kring..
Nurul
yang sedang menyemak akaun syarikat tiga bulan yang lepas dan membuat
comparation dengan akaun bulan ini menjawab telefon yang berbunyi sedari tadi.
“Ya
Umie, ada apa?” jawab Nurul professional.
“Cik
Nurul, Panggilan dari IBM.”
“Baiklah,
sila sambungkan, tq Umie”
Begitulah
setiap kali segala permintaannya ditunaikan oleh Umie, Nurul pasti tidak lokek
berterima kasih.
Mungkin
itulah antara sebab mengapa pembantu peribadinya itu cukup menghormati dan
mengkagumi setiap keputusan dan arahan darinya.
“Assalammualaikum
Cik Nurul, saya Azman call dari IBM.”
Suara
dari telefon yang cukup cekap dalam membuat kerja.
Mungkin
kerana kami merupakan pelanggannya justeru perkhidmatan yang diberikan memang
tip top.
“Waalikumsalam
Azman. Ya, ada apa ya? Good or Bad News?” Jawab Nurul mesra.
“Of
Course Good News!.. hahaha..
Begini
Cik Nurul, berkenaan order Software Microsoft Projector yang Cik Nurul order
tu, insyaALLAH akan kami hantar selewat-lewatnya dalam minggu hadapan ya.
Desktop tu pula ada 5 buah yang kami sedang packing dan dihantar bersama lah.
Memandangkan Cik Nurul merupakan pelanggan tetap kami sejak 3 tahun ni, jadi
saya nak revised lah Quotation yang minggu lepas saya fax tu.” Terang Azman,
eksekutif Jualan di IBM.
“Oh,
ye ke? Baguslah!.. Thank You so much for the efficient and good job that you
have done!.. Allahuakbar, Thanks GOD. So, berapa discount yang U beri nie
Azman?”
Ada
riak riang di wajah Nurul mendengarkan penerangan Azman.
“Ok,
now kite beri 5% discount menjadikan amount about RM500 decrease. Tapi,
software tu still in the same price ya.” Ujar Azman.
“No
problem Azman, as long as you give me that discount, it’s enough!.. Nanti I nak
buka new branch, so hopefully those Desktop is very well operated ya!“.
“Okay,
sure good Nurul!. That’s all ya!. Tq Assalammualaikum.”
Azman
mengakhiri perbualan.
“Alright,
Good. Waalaikumsalam.” Perbualan berakhir.
Telefon
didail ke nombor Umie.
“Hello
Umie, masuk bilik I kejap.”
Nurul
memberikan arahan kepada Umie untuk mengemaskini segala revision yang
disampaikan oleh Azman IBM sebentar tadi.
“Baik
Cik Nurul.”
Lantas
gadis molek itu mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik Nurul.
“Umie,
tolong beri kat Procurement untuk mereka update dan revise P.O number ni semula
dan tunggu IBM fax revised Quotation, kalau lambat call follow up dengan
diaorang dan semua Azman dan Inform I tadi. Before failing dan distribute
please dapatkan my signature ya. Tq.” Nurul memberikan arahan sebaiknya.
“Baik
Cik Nurul.” Jawab Umie sambil meneliti memo yang diberikan.
“Oh
ya Nurul, lagi satu I nak keluar jumpe Fahmie dari KH Construction &
Multimedia Berhad nie. Ada apa-apa call urgent dari luar tolong tinggalkan
mesej and report to me when I come back from meeting nie. And then, kalau ada
orang call minta diaorang call back esok, kalau ade appointment confirmkan
dengan I dulu. Lastly, kalau ade orang nak datang interview or fax resume
please noted and inform or submit to me k. Report and Update ya!. Tq Ummie. Nak
ape-ape tak? I belikan? “banyak pesan yang diamanahkan kepada Ummie.
“No
thanks la Cik Nurul. I’m on diet. Lunch tadi I dah makan banyak!.. hehe..
Anyway, Ok, I’ll done those task and job. Take care Cik Nurul.” Ummie cukup
mengkagumi Cik Nurul yang sangat tabah.
“Ala,
U boleh makan dessert je ke. Sandwidch? Boleh?” pujuk Nurul.
“Ok
lah. Ape-ape pun tak kisah Cik Nurul.” Balas Nurul.
Nurul
keluar melalui pintu hadapan dan menuju ke lif. Lif ditekan ke Level 1. Nurul
menanti penuh sabar. Lif terbuka. Dengan hanya membawa hand bag dan kasut
Rorine, Nurul kemas mengatur langkah masuk ke dalam lif.
Setiba
di Level 1, Nurul menanti di entrance Bangunan Kompleks Pejabat Kerajaaan dan
Swasta itu. Fahmi yang dinanti sudah tiba. Dari jauh dia memerhatikan seraut
wajah yang dirindunya. Setelah 2 minit dibiarkan Fahmi menghidupkan enjin dan
memberhentikan keretanya di hadapan bangunan, betul-betul di hadapan Nurul.
Di
hadapan kelihatan seorang lelaki yang segak bergaya dan kembali sihat setelah
melalui zaman penyembuhan. Seperti pernah aku kenali seraut wajah manis dan
comel itu! Tapi, kenapa lain benar dia sekarang. Fahmi!.. Ya Mohd Adam Fahmi
bin Mohd Khairi. Bisik hati kecil Nurul.
Seulas
senyuman dihulur oleh Fahmi. Hatinya berbunga ria. Nurul cuba mengenalpasti dan
membalas senyum ke arah Fahmi. Nurul melangkah lembut mendekati Fahmi.
“Assalammualaikum,
hai Fahmi!” seraut wajah yang dirindui dapat ditemui juga. Nurul senyum riang.
“Waalaikumsalam.
Nurul, U look so different! No words can describe how I am happy!” lantas Fahmi
keluar dari perut kereta.
Hanya
senyum dan mereka terdiam kaku. Seminit mereka menatapi wajah masing-masing.
Kerinduan barangkali! Ya, mungkin ada sedikit perasaan yang membawa mereka
untuk bersua lagi sekian lama membawa haluan masing-masing.
“Really?
Hehehehe.. Fahmi!!.. Lama tak jumpe. Mana U menghilang ni?” Nurul bijak menyembunyikan
kerinduan, sebaliknya kelihatan girang dan bercahaya. Nurul menjadi seperti
keanak-anakan dan riang sebaik melihat Fahmi di depan matanya. Fahmi dah jauh
berbeza, jika dahulu dia memang pucat, kurus tetapi kini dia semakin sihat dan
kelihatan bermaya. Bukan rupa yang menjadi ukuran Nurul, tetapi gembira kerana
Fahmi semakin ceria dan bertenaga!
“I
bertapa nak dapatkan kekuatan untuk jumpa U lah Nurul” balas Fahmi.
“Hai,
ke menghilang sebab dia dah kawin kot. Berapa anak U? sindir Nurul.
“Nurul…”
hanya nama Nurul yang keluar dari bibir milik Adam Fahmi.