Sunday, June 27, 2010

EPISOD 4 : Kisah yang telah menjadi sebuah sejarah hidup.

Selesai mandi, dengan penuh keceriaan ayu menyalin pakaian yang tersedia dan tersimpan kemas dalam lipatan almari tinggalannya di kampung.

Seketika ayu tersedar akan sebuah diary lamanya ketika ayu masih di alam persekolahan. Ayu cukup gemar menulis dan mencatatkan semua aktiviti hariannya, cerita hidupnya, dan kenangan terindah dlm hidupnya.. Beserta, buku biodata teman-teman sekolah yang menjadi penyimpan maklumat rakan-rakan. Ayu membuka diary lamanya yang bewarna biru itu dan lantas terjumpa satu keratan dari teman baiknya, shasha.

"
Apa yang sudah pergi, biarkanla ia pergi..
Bagi orang2 yg waras, fail masa lalu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. ia perlu ditutup rapat buat slama2 nya dan dikurung dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia xdapat keluar....jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jgn biarkan dirimu sentiasa dibayang2 oleh sesuatu yang sudah berlalu, lepaskan dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau...sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan... "wahai masa lalu yang sudah berlalu, tenggelam la seperti mataharimu. aku xkan menangisi kepergian mu dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. kamu sudah meninggalkan aku, pergilah dan jangan kembali lagi.."


Lantas air mataku mengalir dengan laju..
"Ya Allah inikah ujianMU,
Inikah balasan yang aku perolehi..
5 tahun aku memakan hati,
Menahan kepedihan hati,
Menahan gelora di jiwa,
Namun, aku pasti semua ini sementara,
Aku pasti ada hikmah atas segalanya,"

Ayu menyapu air mata yang mulai berhenti, namun masih renyai-renyai bersama sebak dan sedu.

Inilah, inilah sekeping coretan dari Shasha ketika ayu putus cinta yang pertama. Danish, sebuah cinta monyet namun cukup berkesan di hati Ayu.

Dari ruang tamu kedengaran suara emak dan mak cik ina berbual rancak. Dan, ayu merenung wajahnya dari pantulan cermin... Matanya yang lebam dan kuyu diserikan dengan pembayang mata dan eye liner, sedikit calitan lipstik agar tidak menampakkan kepucatan dan supaya tidak kelihatan seperti orang yang sakit dan akhir sekali losyen disapu pada tangan dan kaki.

"Ayu, mak cik ina nak balik ni nak.." Kedengaran suara ibu dari ruang tamu.
"Ya mak", jawab Ayu.

Tanpa membuang masa, ayu melangkah lembut ke ruang tamu bagi menghormati tetamu yang mahu pulang.

"Terima Kasih ya Ayu" mak cik ina menghulurkan tangan dengan senyuman penuh mesra.
"Sama-sama mak cik. Tak ada apa yang kami hidangkan sekadar air teh jer." balasku.
"Eh, ni pun dah kira bersyukur..Terima kasih. Dah, kamu fikirkan semasak-masaknya ya.. mak cik tak sabar mahu makan nasi minyak kamu." Mak cik ina cuba memujukku.
"InsyaAllah, ayu akan fikirkan ya mak cik.." Ayu bermanis bahasa sambil tersenyum manis yang dipaksa-paksa.

.....bersambung..........

Friday, June 25, 2010

Kekosongan di Hati..

Sambil berjalan ayu terkenangkan kata-kata mak cik ina sebentar tadi,.. Benar-benar menusuk kalbu dan hatinya.

Mimpi apalah tuan haji mahu bermenantukannya.
Dan, hati seolah-olah tertutup dan terkunci oleh satu kuasa yang mungkin memakan masa yang agak lama untuk membukanya. Tidak dinafikan hatiku kini memang terasa kekosongan dan sepi. Namun, aku masih mempunyai impian dan cita-cita yang perlu aku capai dan tunaikan demi menjulang kejayaan. Aku masih punyai tanggungjawab sebagai seorang anak untuk membantu kedua orang tuaku walau aku sedar sesungguhnya jasa mereka takkan terbalas olehku. Apapun, hati masih belum menemui insan yang boleh membuka hati ini agaknya.

Seteko air teh dan sepinggan kuih muih aku bawa diatas dulang comel lengkap beserta cawan dan tisu.

Mak cik ina memandang dari jauh dengan penuh mesra senyum dan memandangku dengan penuh tenang sekali.

"Buat susah-susah ayu baru sampai dah kena buat air untuk mak cik.." sapa mak cik ina.
"Tak apa mak cik.. biasalah ni.. Jemput minum mak cik" jawabku setelah sepinggan kuih muih dan seteko air teh dihidangkan.
"Terima kasih ya ayu.. jom minum sekali."
"Tak apalah mak cik ina, ayu perlu mandi dan berehat.. Penat pula rasanya memandu hari ni." balasku sebagai tanda menghormati pelawaan mak cik ina.

Sepanjang melangkah menuju ke bilik untuk berehat sebelum memanjakan diri di bilik mandi ayu terkenangkan nasib dirinya.

Cinta?? Sesungguhnya mengapa diri terlalu sukar menerima sebuah cinta? Mengapa diri perlu hipokrit pada cinta??Mengapa manusia perlu memakan diri demi cinta?? Dan,,, perlukah bercinta sebelum disahkan menjadi pasangan hidup??
"Cinta?? arrrrggghhh,,..." getus hati ayu..
Sampai bila menanti cinta sebenar hadir seperti yang diharapkan? Sampai bila mahu menyemai angan-angan untuk dicintai oleh seorang putera raja dari kayangan? Semoga dimakbulkan..amin. Sampai bila mahu mendiamkan diri agar dimamah usia?? tanpa usaha??..

Kring3x..

Ayu tersedar dari lamunanya oleh bunyi handphonenya.
Tertera nama mama angkat ayu.

"Hello, Assalammualikum mama.."Jawabku.
"Waalaikumsalam sayang." mama suzie yang cukup penyayang itu memang terlalu kerap menghubungi ayu sejak kebelakangan ini. Ayu cukup ceria menjawab panggilan mama.
"Anak mama dah sampai ke?"
"Dah mama. Dekat sejam dah sampai."
"Tengah buat apa tu?"
"Ayu tengah berehat. Sekejap lagi nak mandi dah ni.. hehehe"
"Dah la pi mandi. Mama nak pi keluar sat bawak adik-adik beli barang sikit ni.. T.Care ya!" kata-kata mama mengakhiri panggilan telefon kali ini.

Dengan langkah longlai dan bermalasan ayu berjalan menuju bilik mandi untuk memanja dan membasahkan diri. Mahu menghilangkan segala kepenatan, tekanan, dan aura-aura negatif dari perjalanan yang panjang. Dari Kuala Lumpur ke Pahang sememangnya satu perjalanan yang bukan dekat.

"Pap!.." Pintu bilik air ditutup.

......bersambung......

Wednesday, June 9, 2010

EPISOD 3 : Dirisik..

Semenjak 2 bulan yang lepas Ayu belum lagi menjejaki kampung halaman kerana kesebokan kerja. Hampir setiap minggu Ayu menghadiri kursus, seminar, aktiviti sukan dan kelab di pejabatnya dan beberapa aktiviti lain yang dianjurkan oleh syarikatnya.

Dan, hujung minggu ini Ayu berniat mahu menziarahi kedua ibu bapanya yang dirindui. Lebih-lebih lagi Ayu mendapat khabar dari kampung bahawa ibunya tidak berapa sihat.

Sepanjang perjalanan Ayu ditemani oleh alunan lagu yang memukau hati di samping tawa ria celoteh pengacara ternama, Fara Fauzana Hot FM. Sesekali Ayu terkenangkan mimpinya kelmarin.. Mimpinya tentang Adam yang mencintai dirinya. Oh, sesungguhnya aku hanya mampu bermimpi, bisik hatinya. Adam bukan untuknya. Adam bukan cinta terbaik buatnya. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

Perjalanan kali ini dirasakan begitu panjang, lama dan membosankan. Terkadang Ayu terasa kosong, bosan dengan sebuah ungkapan "Cinta".. Cinta??? Sering membuatkan Ayu terguris, sering membuatkan ayu mengalirkan air mata, sering membuatkan ayu sakit. Sakit segalanya, sakit hati, sakit jiwa dan raga dan sakit segalanya. Namun, tanpa cinta ayu merana. Ayu tak dapat menafikan cinta adalah sumber inspirasinya. Cinta jualah tenaga dan udaranya. Dulu, cinta adalah segala-galanya. Kini, cinta lama membuatkan ayu berhati-hati dalam menghadapi arus percintaan.

"Yay!..Dah sampai!.. Kak Ayu dah sampai!".. jerit Irisya.
Kedengaran suara adik kesayangan Ayu menjerit kegirangan.
Ayu tersenyum mesra melihat telatah si comel irisya.
"Sayang sihat??.." Ayu memeluk adik kesayangannya sesudah irisya bersalam dan mencium tangannya.
"Sihat Kak Ayu".. Sebuah ciuman sayang irisya singgah di pipi gebu Ayu.
"Jom naik kakak!.. Mak, kakak dah sampai!!.." jerit Irisya keriangan.


"Assalammualaikum.." Kedengaran salam dari belakang.
"Waalaikumsalam, mak cik ina." Jawabku.

"Hai Ayu.. Lama xnakpak. Baru balik ya?" mesra mak cik ina menghulurkan salam.
"Ya, baru sempat nak balik mak cik. Sebok kerja, kursus sana sini, nak balik kampung pun tak sempat. Baru hujung minggu ni free. Dah book dari awal bulan nak balik kampung ni.. hehehehe"
"Ayu bile lagi ni? Mak cik teringin nak makan nasi minyak kamu ni." Mak cik ina memulakan bicara berbaur peribadi. Soalan yang seringkali ditanya oleh semua orang buat gadis-gadis yang menjangkau ke usia separuh abad.
"Ayu??.. InsyaAllah, kalau sampai seru mak cik, Ayu kawinlah." Balasku tersenyum simpul dan malu-malu.
"Mak cik bukan apa.. Mak cik nak merisik kamu ni. Wakil Tuan Haji Rahman ketua kampung kita ni.. Bukan apa, mak cik dah tanya mak kamu. Mak kamu kata, tanyalah kamu, tuan punya badan. Baru lah rombongan secara rasmi akan datang merisik dan melamar kamu Ayu.."

Ya Allah, berguguran jantungku, seram sejuk aku dibuatnya.. Apa lah yang sepatutnya aku jawab ni.. Apalah kata-kata yang sesuai untuk aku aturkan bagi tidak menampakkan sedikit kesombongan mahupun menyakitkan hati mana-mana pihak.. Ya Allah, sesungguhnya aku insan yang lemah..

"Mak cik, ayu nak kerja dulu lah mak cik.." Sambil tersenyum simpul berbaur malu ayu menutur kata.

"Tapi, ayu dah lama bekerja, mak cik bukan apa. Ada orang tu berkenan sangat dengan kamu, serius nak risik kamu.. Baguslah kalau kamu kawin dengan anak ketua kampung kita tu. Mak cik suka sangat.. Mak cik ni pun wakil dari pihak mereka." Beriya benar mak cik ina bertanyakan ayu.

Hanya senyum sahaja yang mampu menjadi kata-kata hatiku.. Aku terkesima.. Tiada kata yang terkeluar dari seulas bibirnya. Lalu ayu meminta diri mahu masuk ke dalam untuk menyiapkan air dan sedikit kuih muih di samping menjemput mak cik ina masuk ke dalam ruang tamu.

.........bersambung............