Sunday, May 30, 2010

Hadis..

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah berikan kepadanya jalan penyelesaian dan rezeki. Siapa bertawakal kepada Allah nescaya cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah menyempurnakan urusannya dan Allah telah menetapkan peraturan bagi setiap sesuatu."

"Mutiara Kata"

"Manusia yang paling rugi di dunia ialah manusia yang tidak dapat menikmati apa yang dinamakan bahagia. Sedangkan bahagia itu terletak di hati. Nabi Muhammad s.a.w mengatakan apabila baik seketul daging di dalam tubuh seseorang, maka baiklah dia dan ketahuilah daging itu adalah hati. Baik bermakna bahagia, tak mungkin orang yang jahat hidup dalam bahagia. Keanggunan sebenar seseorang adalah apabila dia bahagia."

Thursday, May 20, 2010

Marriage...


Tadi dtg sebuah keluarga comel.. wanita yg kelihatan persis seorg remaja sedangkan umurnya menjangkau awal 30'an..


Asalnya puteri membahasakan wanita itu sebagai adik yang menyangkakan bahawa puteri lebih berusia drnya..rupa2nya wanita tersebut sudah berusia 30'an dan memiliki 3 orang anak yang sudah meningkat remaja. MasyaAllah....kuasa Tuhan.


Dari perkongsian kisah nya, wanita tersebut mengakui kawin muda dan di usia 33, dia telah memiliki anak gadis yang berusia 13 tahun...Ya Allah.. Subhanallah. Kagum pada wanita tersebut... Wajah dan personaliti yang ayu dan kelihatan menawan.


Dan, hati ini berbisik di dalam diri.. alangkah beruntungnya kawin awal. Masa sudah berlalu, yang lepas tak mungkin dapat diulang kembali.. hati berbisik lagi.


Akhirnya, puteri mentafsirkan setiap kejadian dan ketentuan telah tertulis sejak azali lagi. Sesuatu yg baik dan buruk dtg bersama ujian, Kehidupan itu sebuah perjalanan.. ada orang perjalananya licin, lancar dan teratur.. manakala, ada orang yang perjalanan hidupnya berliku, curam dan perlahan. Setiap sesuatu juga datang bersama hikmah. Renung2kan, Selamat Beramal,..

Tuesday, May 11, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”



JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia mel akukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

Monday, May 10, 2010

Hati ini..


Tersimpan sinar yg suram,
Tersimpan impian yg terpendam,
Kadangkala hati sukar dimengerti..
Aku ingin berseorangan,
Aku inginkan kedamaian,
Namun, hati terasa kosong,
Hati terasa sunyi dan sepi..
Namun, jika ia pilihan yang terbaik,
Jika ia memang takdir hidupku..
Aku pasrah..
Aku pasti menunggu sehingga ke lakaran pelangi yg indah,
Walau ia dihujung usia..


Ya Allah berilah aku kedamaian.
Berilah aku cintaMU..
Agar aku tidak bertemu dosa dan balasan deritaMU,
Semoga aku sentiasa dalam rahmatMU,
Semoga aku dalam lindungan tasbih pujian kepadaMU Ya Rabbi..






Thursday, May 6, 2010

Ya Allah..

Ya Allah..

Lindungilah hambaMU ini dari malapetaka dan bencana,
Hindarilah dari fitnah,
Jauhilah hasad dan dengki manusia..
Peliharalah imanku,
Temukan lah aku pada satu cahaya kehidupan dan rahmatMU,
Hindarilah hambaMU ini pada kefakiran dan kekufuran..
Kuatkanlah semangatku..

amin..